omniture

Thailand perkukuh status Dapur Dunia dengan Makanan Masa Depan Lebih Sihat, Lebih Enak

DITP
2022-08-17 16:06 281

BANGKOK, 17 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Thailand, pengeluar terkemuka yang telah lama bertapak dan pengeksport bersih makanan bersiap sedia untuk menyediakan volum dan kualiti berzat dengan cara yang lestari kepada dunia dan untuk memenuhi permintaan pengguna global bagi citarasa yang unik menerusi makanannya daripada tawaran masa depan.

Plant-based meat alternatives become healthier and tastier with infinite ideas of innovation.
Plant-based meat alternatives become healthier and tastier with infinite ideas of innovation.

Negara ini mempromosi dirinya sebagai "Dapur Dunia" lantaran kekuatannya dalam industri makanan, berpunca daripada sumber alam semula jadinya yang banyak, meneruskan pelaburan dalam inovasi makanan serta komitmen terhadap standard keselamatan makanan. Pada tahun 2021, Thailand tersenarai sebagai pengeksport makanan ke-13 terbesar di dunia, dengan eksport bernilai USD30.5 bilion.

Walau bagaimanapun, negara ini masih belum berpuas hati dengan kejayaannya dan terus maju ke hadapan untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap makanan yang lebih sihat dan apa yang digelar sebagai makanan masa depan seperti protein berasaskan tumbuhan dan alternatif daging. Ketika ini, Thailand merupakan pengeksport ke-25 terbesar di dunia bagi protein alternatif dengan nilai makanan masa depan mencecah USD1.21 bilion dalam suku pertama tahun 2022, meningkat 26% berbanding tahun sebelumnya. Pasaran-pasaran utama termasuk AS, China dan juga Vietnam.

Dengan semakin banyak konglomerat, PKS dan syarikat pemula teknologi makanan menyertai segmen ini, tawaran makanan masa depan Thailand semakin meningkat dari segi kuantiti dan kualiti. Untuk bersaing, pengeluar bukan sahaja menyasarkan untuk mencipta citarasa dan tekstur produk daging tradisional, tetapi turut meneroka penggunaan bahan-bahan utama yang baharu seperti kacang kuda, cendawan serta barli dan bukannya soya, jagung dan gandum. Perasa eksotik daripada buah-buahan, rempah-ratus dan herba ditambah secara inventif bagi menjadikan produk makanan masa depan dari Thailand menonjol.

Smith Taweelerdniti, pengeluar bagi Let's Plant Meat berkata kunci kejayaan adalah untuk mencari keseimbangan antara rasa, faedah terhadap kesihatan dan alam sekitar. "Sesiapa yang dapat mengubah arah permintaan pengguna ke arah yang lebih lestari dan lebih sihat, saya rasa ia adalah satu rahmat untuk planet ini," kata beliau dalam satu wawancara dengan CNBC Asia. "Ia berkaitan dengan mencipta rasa dan aroma, inilah kuncinya."

Meningkatkan inovasi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan Thai untuk mempromosikan sektor ini sebagai pemacu ekonomi yang penting. Thaifex, pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar di Asia menawarkan peluang secara berterusan kepada penginovasi makanan untuk mempersembahkan idea mereka. Sebuah pasukan teknologi makanan daripada Chulalongkorn University Bangkok memenangi Cabaran Inovasi Makanan ASEAN 2021 menerusi "The Marble Booster", hirisan daging-marmar gaya Wagyu berasaskan tumbuhan yang diseduh dengan ekstrak penguat imun, kunyit dan lada hitam. Dalam masa terdekat, produk tersebut akan dijual di kedai-kedai runcit.

Protein alternatif yang lain daripada Thailand, iaitu serangga boleh makan, makanan istimewa tempatan yang terkenal dan protein bersumberkan serangga telah lama menembusi pasaran-pasaran termasuk AS, UK, Jerman dan Korea Selatan. Serangga yang popular seperti cengkerik dan belalang digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan termasuk makanan dalam tin, pastri serta gula-gula. Memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung keselamatan makanan dan kelestarian merangsang permintaan global, Thailand menyasarkan untuk meningkatkan jualan serangga boleh makan serta serbuk protein serangga dan kedudukan semasanya sebagai pengeksport ke-17 terbesar bagi serangga hidup.

Source: DITP
Keywords: Beverages Education Food/Beverages Higher Education Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Future Events