omniture

Nobu Hospitality Meraikan Pencapaian Hotel Ke-30 dengan Pelancaran Nobu Hotel & Residences Tulum

Nobu Hospitality
2022-08-17 22:00 384

NEW YORK, 17 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, melalui kerjasama dengan RCD Hotels, jenama gaya hidup mewah yang ikonik dan paling pesat berkembang di seluruh dunia, Nobu Hospitality, mengumumkan pelancaran Nobu Hotel, Restaurant and Residences (Hotel, Restoran dan Kediaman Nobu) di destinasi pantai yang bergaya di Tulum, Mexico.

Ini merupakan satu pencapaian penting buat Nobu Hospitality yang menandakan pembinaan hotel ke-30 jenama ini di seluruh dunia dan juga merupakan projek kediaman yang keempat antara Nobu Hospitality dengan RCD Hotels.  Kerjasama yang semakin erat antara Nobu Hospitality dengan RCD Hotels telah diperkukuhkan pada tahun 2016 dengan pembukaan Nobu Hotel di Miami Beach, diikuti dengan Nobu Hotels di Los Cabos, Chicago serta pembukaan beberapa projek di Punta Cana, Orlando dan kini di Tulum.

Dengan pantai berpasir yang halus dan memutih, reruntuhan kaum Maya di tepi pantai serta salah satu terumbu sawar terbesar di dunia, Tulum merupakan lokasi yang menarik bagi para pengunjung musim panas yang sukakan cabaran. Terletak di Riviera Maya yang menarik, Nobu Hotel Tulum akan menampilkan 200 buah bilik tetamu dan suite termasuk 12 buah vila, restoran Nobu menghadap ke pantai, ruang perjumpaan yang luas dengan lokasi luaran yang menakjubkan untuk majlis perkahwinan dan acara istimewa, pusat kecergasan dan spa yang canggih serta 50 buah kediaman tepi pantai yang bergaya.

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality mengulas "Kami amat berbangga dengan pencapaian kami melancarkan hotel ke-30 dalam masa sembilan tahun sahaja serta berbesar hati dapat berkongsi visi dengan rakan kongsi yang memiliki hotel ini dan bersyukur atas semangat rakan sekerja Nobu kami di seluruh dunia.  Teras bagi sebuah kerjasama yang erat memerlukan sikap saling percaya mempercayai sepenuhnya, nilai yang sejajar dan satu visi yang dikongsi bersama; dengan mewujudkan hubungan yang kukuh dan istimewa bersama peneraju serta kumpulan industri utama di seluruh dunia, pertumbuhan kami telah meningkat kepada 30 buah hotel.  Salah sebuah kumpulan, iaitu RCD Hotels, berasal daripada nilai kekeluargaan dan semangat keusahawanan yang sama seperti Nobu Hospitality, dan pada hari ini, RCD telah berkembang menjadi sebuah syarikat perhotelan terkenal termasuklah enam Nobu Hotels Residences sambil turut mengekalkan nilai-nilai teras mereka. Adalah satu keistimewaan bagi kami apabila dapat bekerjasama dengan RCD sekali lagi, melibatkan projek baharu yang menarik seperti Nobu Hotel and Residences Tulum."

Encik Roberto Chapur, Presiden RCD Hotels menambah "Kami berasa gembira dapat meraikan pencapaian penting ini dan begitu kagum apabila menyaksikan jenama Nobu Hotels mengembangkan jejak pelbagai hartanah miliknya bersama-sama dengan kami di Mexico, Caribbean dan AS.  Tahniah diucapkan kepada sesiapa sahaja yang telah membantu kami mencapai kejayaan ini dan kami yakin bahawa hubungan kerjasama ini akan terus berkembang maju pada tahun-tahun yang akan datang. Dengan portfolio hotel dan resort mewah kami yang semakin berkembang, RCD berterima kasih atas sokongan rakan kongsi dan para pelanggan kami selama bertahun-tahun dan kejayaan ini dikecapi kerana sokongan anda."

Penasihat Undang-undang Nobu Hospitality ialah Paul Hastings LLP. Penasihat Undang-undang RCD Hotels ialah Ari M. Tenzer dari TA PLLC.

www.nobuhotels.com 
https://rcdhotels.com

Video - https://www.youtube.com/watch?v=69NBYFfCApk

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services