omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim dianugerahkan pingat perak dalam penarafan CSR EcoVadis

Xinhua Silk Road
2022-08-18 02:09 394

BEIJING, 18 Ogos 2022  /PRNewswire/ -- Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar global yang terkemuka, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan pingat perak dalam penarafan tanggungjawab sosial korporat (CSR) EcoVadis 2022 untuk sistem pengurusan tanggungjawab sosialnya yang andal dan prestasi yang mengagumkan dalam pembangunan mampan.

Seraphim dianugerahkan pingat perak dalam penarafan CSR EcoVadis
Seraphim dianugerahkan pingat perak dalam penarafan CSR EcoVadis

EcoVadis ialah penyedia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi penarafan kemampanan perniagaan untuk rantaian bekalan global. Penilaiannya, meliputi hampir 200 kategori perbelanjaan di lebih 160 negara dan wilayah, memfokuskan kepada 21 isu yang dikelompokkan menjadi empat tema iaitu alam sekitar, tenaga buruh dan hak asasi manusia, etika dan perolehan mampan.

Seraphim telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam setiap satu daripada empat bidang bertema yang dinilai. Sebagai contoh, dari segi alam sekitar, pada tahun 2021, syarikat ini mengurangkan emisi karbon sebanyak hampir 9,000 tan melalui pembuatan hijau dan kira-kira 8,400 tan dengan mengoptimumkan teknik serta sistem pengeluaran.

Polaris Li, presiden Seraphim, berkata bahawa pingat EcoVadis tahun ini yang dianugerahkan kepada Seraphim merupakan satu pengiktirafan terhadap pelaksanaan amalan CSR syarikat berkenaan. Ia juga merupakan satu galakan untuk Seraphim terus mendukung prinsip-prinsip kelestarian dan menggalakkan pembangunan industri fotovolta (PV) dengan kerjasama rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Seraphim mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, inovasi dan penjualan produk PV, komited untuk mempercepatkan transformasi tenaga, menggalakkan pembangunan mampan serta mewujudkan masyarakat yang lebih baik.

Sebagai penyokong pembangunan mampan yang aktif, Seraphim menyertai United Nations Global Compact (UNGC) pada tahun 2021.

Membina masa depan karbon-rendah, bersih dan hijau merupakan tanggungjawab sosial terbesar Seraphim, kata Li, menambah bahawa menerusi langkah yang seterusnya, syarikat ini akan memanfaatkan sepenuhhnya kelebihannya dalam pembuatan dan inovasi teknologi serta menyumbang kepada pembangunan industri PV yang berkualiti tinggi dan mampan.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Awards