omniture

Zoomlion Raikan Pembukaan Taman Industri Utama Bahan Baharu

Zoomlion
2022-08-18 02:15 289

Kemudahan penanda aras bertujuan untuk menjadi peneraju dalam pembuatan bahan binaan mortar campuran-kering baharu 

CHANGSHA, China, 18 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada bulan Julai ini, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion;" 1157.HK) memulakan pengeluaran komersial Taman Industri Bahan Baharunya di Bandar Ji'an dan memulakan pembinaan dua kilang utama untuk bahan baharu di Daerah Xiangyin serta Bandar Chongqing di China. Kemajuan tersebut membawa kepada pencapaian strategik yang signifikan untuk perniagaan bahan baharu Zoomlion iaitu pelan hala tuju mortar campuran kering dan detik penting dalam pembangunan bahan baharu syarikat ini.

Pembuatan bahan baharu daripada Zoomlion mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran mortar campuran kering baharu yang hijau, menjimatkan tenaga dan berkecekapan tinggi, bagi menyediakan penyelesaian bersepadu bermula daripada formulasi, pengeluaran dan logistik hinggalah pembinaan dan perkhidmatan.

"Keperluan terhadap projek-projek pembinaan yang berkekuatan tinggi, mesra alam serta pintar berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang membawa peluang yang sangat besar kepada pasaran bahan binaan baharu dan Zoomlion memiliki kelebihan yang kukuh dalam teknologi, produk dan rantaian bekalan bagi pembuatan bahan baharu," kata Chen Peiliang, naib presiden Zoomlion dan pengurus besar Zoomlion New Material Technology.

"Kami memiliki lebih 3,000 jenis formula dan teknik bahan binaan dan mewujudkan sistem dengan lima kategori produk utama. Kami juga mempunyai rantaian bekalan lengkap yang merangkumi barisan pengeluaran pintar, bahan binaan baharu, peralatan serta kaedah pembinaan," tambah Chen.

Ketika ini, Taman Industri Bahan Baharu Zoomlion (Ji'an) melancarkan barisan pengeluaran mortar campuran kering RMAS4000 yang menghasilkan terutamanya mortar pasang siap dan mortar ringan untuk pembinaan berjentera. Dalam masa terdekat, syarikat ini berusaha untuk melabur selanjutnya dalam barisan pengeluaran mortar khas yang berkualiti tinggi seperti KMA dan MTA susulan permintaan pasaran.

Kilang bahan baharunya di Xiangyin merancang untuk membina kemudahan pengeluaran berkeluasan 37,000 meter persegi yang setelah siap akan menjadi tapak pembuatan yang terbesar dan paling automatik untuk bahan baharu lestari. Syarikat ini turut membina sebuah kilang utama bahan baharu di Chongqing yang bertujuan untuk mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 800,000 tan pelbagai mortar campuran kering, dengan nilai ramalan tahunan mencecah 800 juta yuan (US$ 118 juta).

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Zoomlion memberi tumpuan untuk berkembang daripada perniagaan utamanya bagi mewujudkan tiga sektor utama: jentera pembinaan, jentera pertanian pintar dan pertanian pintar selain bahan binaan baharu. Susun atur perniagaan yang pelbagai telah menyerlahkan potensi syarikat dan memacu pertumbuhan perniagaan yang baharu," kata Chen.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Expansion