omniture

Bebas Daripada Peluh - Menuju ke Arah Gaya Hidup Bebas Peluh

iHEAL Medical Centre
2013-10-23 19:24 233

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Petaling Jaya - Pusat Perubatan iHEAL, Mid Valley mengadakan satu acara sambutan bagi meraikan 200 pesakitnya yang kini menikmati gaya hidup bebas peluh. Bekas pesakit dijemput untuk menghangatkan acara itu bersama Dr. David Khoo Sin Keat, Pakar Bedah Perunding Kardiovaskular dan Toraks, yang merintis pembedahan ini di Malaysia pada tahun 2001.

Acara awam itu menyediakan pesakit yang menderitai penyakit hiperhidrosis peluang untuk merujuk kepada kakitangan paraperubatan yang berkelayakan. Bekas pesakit berada di sana bagi berkongsi pengalaman mereka dengan mereka yang ingin mencari penyelesaian kekal bagi penyakit ini.

Ramai anak muda berusia 20 tahun ke atas sudah mula mencari rawatan ini sambil mereka memulakan fasa kehidupan yang baharu: permulaan kerjaya mereka, yang seterusnya akan meluaskan lingkungan sosial mereka. Bagi menyedari masalah yang berkaitan dengan hiperhidrosis, kesukaran mengendalikan kertas, pen, butang, peralatan, peralatan elektronik serta mengelak daripada berjabat tangan ialah antara masalah yang biasa.

Satu penyelesaian kekal yang bernama prosedur Simpatikotomi Toraks dengan Endoskopi, atau ETS, mula-mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2001. Antara faedah "Penyelesaian Bebas Peluh 15 Minit" itu ialah:

  1. Prosedur selama 15 minit (penjagaan sewaktu siang)
  2. Pesakit dibenarkan keluar pada hari yang sama
  3. Penghasilan parut minimum
  4. Kesakitan minimum
  5. Risiko minimum
  6. Kadar kejayaan sehingga 100%

Sehingga kini, Dr. David Khoo telah membantu mengubah kehidupan lebih 1,000 pesakit, memberi mereka peluang untuk menikmati kehidupan seperti yang mereka idamkan dan membawa mereka selangkah lebih dekat bagi merealisasikan impian mereka.

Mendapat kembali keyakinan: Satu Testimonial

Cik Ting (29 tahun, Kuala Lumpur): "Walaupun semua ahli keluarga saya menerima diagnosis dengan penyakit ini, keadaan penyakit saya dianggap sebagai yang paling serius. Tapak tangan saya yang sentiasa berpeluh sering membasahkan kertas yang saya pegang dan kunci rumah saya juga berkarat akibat peluh. Ada satu ketika apabila saya sedang membonceng motosikal dengan seorang rakan, dia bertanya saya adakah hari itu sedang hujan kerana seluar dia basah atau lembap akibat perpeluhan berlebihan daripada tapak tangan saya semasa memegangnya. Pada masa itu saya rasa begitu malu. Mungkin ini kedengaran seperti keterlaluan, tetapi ia memang benar-benar berlaku dalam hidup saya. Kemudian saya diperkenalkan kepada penyelesaian kekal ini dan ia telah mengubah hidup saya dan kini saya sudah mendapat kembali keyakinan diri saya."

http://www.sendspace.com/file/ebohp9

Hubungan media: 
Orang untuk Dihubungi: Cik Yap
Nombor Telefon: +601-6261-5547
E-mel: pr@ihealmedical.com

SUMBER: Pusat Perubatan iHEAL

Source: iHEAL Medical Centre
Keywords: Health Care/Hospital