PARIS, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ --
DI FORUM DUNIA JALUR LEBAR, SAGEMCOM MEMPERKENALKAN RANGKAIAN GERBANG KEDIAMAN YANG MEMBOLEHKAN AKSES GIGABIT HUJUNG KE HUJUNG DENGAN PERKHIDMATAN DI PUNCAK KECANGGIHAN TEKNOLOGI
Gerbang kediaman Sagemcom baharu menyediakan akses kepantasan sangat tinggi yang sesuai dengan rangkaian penyedia perkhidmatan (ADSL2+/VDSL2 serasi dengan G.Vector & pengikatan, LTE, PON atau DOCSIS), dan beberapa sambungan wayarles, WiFi, termasuk tawaran standard ''802.11ac'' terkini dengan liputan yang lebih luas dan penggunaan yang andal.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121017/568139 )
Gerbang ini menyepadukan generasi baharu pemproses yang sangat berkuasa serta suite perisian tengah keluaran sendiri Sagemcom yang terbuka dan bermodul sepenuhnya.
Penyepaduan teknologi canggih ini membenarkan akses kepada perkhidmatan yang diedarkan dari hujung ke hujung dengan kelebaran jalur gigabit berganda. Ini juga membolehkan proses transkod dan pengedaran kandungan video rakaman atau secara langsung pada semua skrin di rumah (TV, tablet, telefon pintar, komputer peribadi, dsb.).
Dengan rangkaian menyeluruh produk generasi seterusnya yang disediakan oleh Sagemcom, para pengendali boleh menawarkan inovasi terkini yang sedia ada di pasaran, menggabungkan prestasi tinggi, perkhidmatan baharu serta tahap kebolehskalaan yang tinggi.
"Kami berusaha untuk kejuruteraan dan rekaan produk kami dengan menyepadukan ciri-ciri terbaik teknologi baharu agar memenuhi keperluan pelanggan kami. Kepelbagaian rangkaian kami membenarkan kami mengusulkan produk yang semakin menyeluruh dan boleh disuai khusus sepenuhnya. Dengan kepelbagaian cara sambungan, kepantasan melebihi 1 Gigabit dan penyepaduan perisian generasi terkini, gerbang kediaman Sagemcom menyediakan penyelesaian kukuh untuk keperluan sambungan ultra tempat kediaman, untuk pengalaman pengguna yang dipertingkat," kata Ahmed Selmani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Sagemcom Broadband SAS.
Tentang Sagemcom
Sebagai kumpulan teknologi tinggi Perancis bertaraf antarabangsa, Sagemcom beroperasi dalam pasaran jalur lebar (kediaman digital, kotak atas set, penghala Internet, terminal multimedia dan telefon), telekom dan tenaga (grid pintar dan pengurusan tenaga) dan pengurusan dokumen (terminal percetakan, perisian dan penyelesaian, aliran kerja penerbitan digital).
Dengan hasil kira-kira sebanyak 1.3 bilion euro, Sagemcom menggajikan 4,600 orang di lima benua; kini ia merupakan peneraju Eropah dalam kebanyakan pasaran utamanya, Sagemcom mempunyai matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam terminal komunikasi dengan nilai tambahan tinggi. Sagemcom telah menyediakan sokongan untuk kliennya selama 25 tahun lepas dengan menyediakan dan melaksanakan projek pengurusan tenaga mereka, dan dengan mengaturkan penggunaan penyelesaian pemeteran yang selamat dan mampan, daripada meter kepada sistem maklumat. http://www.sagemcom.com / http://www.facebook.com/SagemcomOfficial / https://twitter.com/Sagemcom_group
Sumber: Sagemcom