![]() |
AMSTERDAM, 18 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Adyen (AMS: ADYEN), platform teknologi kewangan global yang menjadi pilihan syarikat-syarikat terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran terminal pertamanya yang direka bentuk secara dalaman. Diinovasi untuk memudahkan pelbagai jenis kaedah pembayaran, rangkaian terminal ini menandakan langkah kemajuan terkini dalam penawaran komersial bersepadu Adyen yang semakin berkembang. Beroperasi pada platform tunggal syarikat, peranti baharu ini kekal fleksibel untuk menangani landskap pembayaran yang berkembang pesat serta keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.
"Komitmen Adyen adalah untuk membantu perniagaan merealisasikan cita-cita mereka dengan lebih pantas, dan terminal yang kami wujudkan sendiri ini merupakan cara terkini kami bagi menunaikan janji ini," kata Kamran Zaki, Ketua Pegawai Operasi Adyen. "Kami sentiasa berinovasi berdasarkan maklum balas pelanggan untuk memberikan pengalaman yang unggul dengan pantas dan fleksibel. Dengan tawaran pembayaran bersemuka kami ini, perniagaan mempunyai rangkaian penuh terminal untuk dipilih, membolehkan mereka memilih yang terbaik untuk memenuhi keperluan khusus mereka."
Adyen kekal fokus dalam memacu inovasi perdagangan bersepadu melalui platform, yang merangkumi perusahaan serta IKS (perniagaan kecil dan sederhana). Peranti ini merealisasikan keinginan pelanggan agar ia bersifat mudah alih, diskret, boleh dipercayai, mampu milik, dengan bateri yang tahan lama dan menerima pembayaran melalui ketikan, selukan atau leretan. Syarikat ini mempertimbangkan dengan teliti perincian reka bentuk model bagi memastikan bunyi, penampilan dan pengalaman mematuhi piawaian kecemerlangan Adyen di seluruh pengalaman pembayaran. Peranti ini beroperasi pada platform tunggal Adyen yang membolehkan kawalan serba lengkap, aliran pembayaran tersuai dan inovasi berkelajuan tinggi di pusat jualan.
"Dengan pemilikan penuh terhadap reka bentuk terminal ini, Adyen meyakinkan kami untuk meletakkan keperluan pelanggan sebagai suatu keutamaan kefungsian," kata Derk Busser, Naib Presiden Produk, Pembayaran Bersemuka Adyen. "Matlamat kami adalah untuk terus mengurangkan pergeseran dalam perjalanan pengguna. Dengan mereka bentuk peranti yang sangat mudah alih, kami memperkasakan perniagaan untuk mengutip bayaran bukan sahaja di kaunter pembayaran - malah di mana-mana sahaja. Kepelbagaian kaedah penggunaan yang disediakan oleh mobiliti ini menandakan perkembangan yang menarik dalam pembelian bersemuka yang canggih."
Terminal pertama dalam rangkaian produk ini ialah NYC1, peranti yang paling berpatutan dan fleksibel dalam rangkaian pembayaran bersemuka. Peranti ini membolehkan perniagaan menawarkan aliran pembayaran yang tersuai sepenuhnya pada aplikasi pusat jualan mereka sendiri. Ia sesuai untuk perniagaan yang telah melabur dalam perkakasan seperti telefon atau tablet dan ingin menambah pembayaran pada tetapan perkakasan tersebut. Kes penggunaan utama ialah platform yang ingin menawarkan peranti pembayaran yang mudah dan berpatutan kepada pelanggan perniagaan kecil mereka. Terdapat juga kebolehgunaan yang kukuh dalam kalangan perusahaan yang melihat mobiliti sebagai cara untuk memberikan pengalaman pembayaran bersemuka yang lebih lancar - daripada mengurangkan barisan yang panjang semasa membuat pembayaran hingga memberikan rakan jualan lebih banyak masa untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih peribadi. Terminal NYC1 kini tersedia di Amerika Utara dengan liputan yang akan diperluaskan ke rantau lain tidak lama lagi.
Yang kedua ialah AMS1, sebuah terminal serba lengkap dengan sistem pengendalian Android yang boleh digunakan perniagaan untuk menerima pembayaran serta mengendalikan aplikasi perniagaan mereka sendiri. Dengan menyatukan aplikasi, pekerja kedai dapat melaksanakan tugas-tugas seperti mengakses daftar tunai, menguruskan inventori dan menerima pembayaran, semuanya pada satu peranti. Kaedah ini memudahkan operasi harian sambil turut memberikan faedah yang sama seperti NYC1. AMS1 sesuai untuk perniagaan platform dan perusahaan yang ingin mengakses semua aplikasi operasi melalui satu peranti. Terminal ini akan tersedia di seluruh dunia pada akhir tahun ini, bermula dari Eropah dan Amerika Utara.
Dengan rangkaian terminal NYC1 dan AMS1 yang kini berada dalam koleksi pembayaran bersemuka Adyen, syarikat ini berharap untuk mengenal pasti kaedah-kaedah berwawasan bagi memajukan perjalanan pengguna.
Pembacaan selanjutnya tersedia di: https://www.adyen.com/pos-payments/adyen-terminals
Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform teknologi kewangan yang menjadi pilihan syarikat-syarikat terkemuka. Dengan menyediakan keupayaan pembayaran yang serba lengkap, cerapan dipacu data dan produk kewangan dalam satu penyelesaian tunggal global, Adyen membantu perniagaan mencapai matlamat mereka dengan lebih pantas. Dengan pejabat di seluruh dunia, Adyen bekerjasama dengan syarikat seperti Facebook, Uber, H&M, eBay dan Microsoft. Adyen terus meningkatkan dan mengembangkan tawaran produknya sebagai sebahagian daripada perjalanan perniagaannya yang biasa. Produk dan ciri baharu diumumkan melalui siaran akhbar dan kemas kini produk disiarkan pada laman web syarikat.
Untuk pelancaran terminal-terminal ini, Adyen bekerjasama dengan rakan kongsi pembuatan perkakasan.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1879344/AMS1_and_NYC1_terminals.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600