omniture

SUV Coupe Global Pertama GWM, HAVAL H6 GT Terima Ulasan Menggalakkan daripada Media Permotoran

GWM
2022-08-19 02:18 100

BAODING, China, 19 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM HAVAL H6 GT, yang telahpun dilancarkan di Australia, mengadakan pandu uji media yang pertamanya di sana, dengan lebih ramai pengguna mendapat akses kepada pengalaman pemanduannya yang cemerlang.

SUV Coupe Global Pertama GWM, HAVAL H6 GT Mendapat Ulasan Menggalakkan daripada Media Permotoran
SUV Coupe Global Pertama GWM, HAVAL H6 GT Mendapat Ulasan Menggalakkan daripada Media Permotoran

HAVAL H6 GT dipuji melambung tinggi oleh banyak outlet media atas reka bentuknya yang menggamit perhatian dan ciri-ciri teknologi pintar semasa pandu uji. Pelbagai media berwibawa dijemput untuk menikmati pengalaman mendalam coupe ini termasuk CarExpert dan Carsales. 

Model ini menerima pakai reka bentuk estetik bionik ikan yu bagi mendemonstrasikan penampilan kereta sportnya yang unik kepada pemandu uji. Muka hadapannya direka bentuk dengan elemen-elemen sirip pektoral dan gigi jerung manakala bahagian sisi menerima pakai bentuk badan yang diperkemas dan bahagian belakang fastback. Perincian ini menjadikan HAVAL H6 GT menampilkan sentuhan kereta sport yang mantap.

"Ia menggabungkan utiliti SUV standard dengan keunikan SUV Coupe dan kombinasi ini akan mendapat sokongan daripada pembeli tempatan," kata CarExpert, laman sesawang automotif profesional tempatan.

Semasa membuat pandu uji di jalan raya bandar, coupe ini turut menunjukkan prestasi pintarnya yang cemerlang kepada pemandu uji. Model-model pandu uji merupakan varian berspesifikasi tinggi, dilengkapi dengan banyak ciri teknologi pintar seperti Papar Pandu (HUD) dan Sistem Pengecaman Tanda Lalu Lintas (TSR). TSR dapat menangkap maklumat had laju dengan cepat dan memaparkannya dengan jelas pada HUD bagi mengelakkan daripada memandu laju.

Carsales, laman sesawang kereta terkenal Australia mengulas bahawa "HAVAL membina momentum di Australia tatkala model-model generasi baharu menembusi pasaran dengan tahap peralatan, teknologi dan keselamatan yang tinggi. Kini, model gaya coupe yang lebih bergaya telahpun dilancarkan bagi meningkatkannya."

HAVAL H6 GT ialah SUV Coupe global pertama yang berasaskan kepada GWM L.E.M.O.N. Platform. Pandu uji ini membolehkan rakan media mengalami prestasi pemanduan cemerlang coupe ini secara langsung.

"GWM HAVAL komited untuk menyediakan kepada pengguna tempatan dengan pengalaman produk yang paling sesuai dengan gaya hidup Australia mereka," kata Tom, pengurus jenama HAVAL di Australia.

Berdasarkan kepada tinjauan terhadap pasaran Australia dan pemahaman yang mendalam tentang keperluan pengguna, HAVAL berusaha untuk menggalakkan lelaran dan penaiktarafan produk. Beberapa produk telah dilancarkan di Australia secara berturut-turut seperti 3rd Gen HAVAL H6 dan HAVAL JOLION. Kenderaan-kenderaan ini popular dalam kalangan pengguna tempatan atas pengalaman pemanduannya yang bergaya dan pintar.

HAVAL telah mencapai pertumbuhan jualan yang pesat dengan melancarkan produk-produk baharu yang dapat memenuhi pilihan berbeza pembeli tempatan. Menurut data yang didedahkan oleh CarExpert, jenama ini terus menyaksikan pertumbuhan jualan yang luar biasa di Australia, dengan jualan HAVAL JOLION dan HAVAL H6 kedua-duanya meningkat sebanyak lebih daripada 150 peratus.

Kini, HAVAL mempersembahkan barisan produk terpelbagai dalam pasaran global, seperti HAVAL JOLION, rangkaian 3rd Gen HAVAL H6 dengan varian hibrid serta GT, HAVAL DARGO dan HAVAL H9.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services