omniture

APR Energy Umumkan Perikatan Strategik dengan GE dalam Kuasa Siap Guna Pantas

APR Energy
2013-10-24 10:28 138

-- Perjanjian menghasilkan perniagaan kuasa turbin mudah alih pantas yang menerajui di dunia, memperluas capaian global APR Energy dan jejak gas semula jadi

JACKSONVILLE, Florida, 24 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- APR Energy (LSE: APR.L) dengan bangganya mengumumkan perikatan strategik bersama GE (NYSE: GE) yang melangkaui capaian kedua-dua syarikat tersebut dalam ruang penyelesaian kuasa siap guna pantas yang kian berkembang.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO )

Di bawah terma perjanjian itu, GE menyumbangkan perniagaan sewa turbin kepada APR Energy sebagai balasan tunai dan kira-kira 16.5 peratus daripada APR Energy, menjadikan GE sebagai pelabur strategik utama dalam syarikat itu. Selain itu, GE dan APR Energy telah memeterai perjanjian bekalan dan perkhidmatan yang akan terus memberikan sokongan kepada pelanggan APR Energy semasa dan masa depan.

"Ini merupakan transaksi transformasi bagi APR Energy yang membolehkan kami untuk maju ke hadapan dengan pantas ke arah mencapai matlamat perniagaan jangka sederhana kami yang dinyatakan," kata John Campion, Ketua Pegawai Eksekutif APR Energy. "Dengan mewujudkan perniagaan kuasa turbin mudah alih pantas yang menerajui di dunia dan perhubungan jangka panjang bersama GE, kami berada di kedudukan yang baik untuk mewujudkan peluang yang berkembang pesat dengan teknologi yang cemerlang. Transaksi ini mempelbagaikan asas pendapatan kami, memberikan kami pendedahan kepada kawasan dan sektor baharu serta mempertingkat jejak gas semula jadi kami. Kami teruja untuk bekerjasama rapat dengan GE, dengan perkongsian dan komitmen ekuiti miliknya menjadi pengesahan terhadap prospek dan cita-cita kami untuk menjadi peneraju dalam industri kuasa pantas dan berskala besar ini."

Transaksi tersebut menjadikan APR Energy pembekal kuasa turbin gas mudah alih pantas yang menerajui di dunia, dan terus berkembang ke kawasan baharu serta meningkatkan kapasiti kuasa turbin mudah alih miliknya kepada 1.2 gigawatt yang cukup untuk menjana kuasa bagi 1.2 juta rumah di Amerika Syarikat. Perjanjian itu termasuk kira-kira 520MW kapasiti dan kontrak sewa yang dimiliki GE pada masa kini di Kanada, Iraq, Australia, Virgin Islands Amerika Syarikat, dan Bangladesh.

Permintaan terhadap kuasa pantas ini didorong oleh faktor seperti penggunaan tenaga yang semakin meningkat, infrastruktur yang kian lemah, peristiwa geopolitik dan semula jadi, dan pengaruh iklim. Penggunaan turbin mudah alih dalam ruang ini telah berkembang dengan pesat memandangkan pelanggan terus melihat kepada penyelesaian separa kekal, dengan skala yang lebih besar untuk disepadukan ke dalam loji atau operasi yang sedia ada dan menawarkan keandalan, fleksibiliti bahan api dan pelepasan yang lebih rendah.

Lorraine Bolsinger, Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan GE Power & Water's Distributed Power, berkata, "Pelaburan kami dalam APR Energy mengukuhkan kepercayaan kami terhadap segmen kuasa agihan, serta keupayaan APR yang kukuh dan prospek miliknya bagi kejayaan. Permintaan semakin meningkat daripada pelanggan yang benar-benar memerlukan teknologi peneraju kami untuk penyelesaian yang merapatkan jurang sementara penyelesaian yang lebih kekal boleh ditawarkan. Dengan kerjasama ini, pelanggan boleh mendapatkan kuasa yang pantas dengan teknologi kami daripada pembekal kuasa pantas perdana, APR Energy, atau mereka boleh mendapatkan peralatan itu daripada kami. Kami berazam untuk menawarkan produk yang paling berkesan dan yang boleh digunakan dengan pantas untuk kedua-dua jenis pelanggan kami."

Tentang APR Energy

APR Energy merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam jualan elektrik yang andal dan berkesan melalui pemasangan dan pengaturan penggunaan global yang pesat bagi penyelesaian kuasa siap guna berskala. Penyelesaian APR Energy, digabungkan dengan pengendalian yang menyeluruh dan perkhidmatan penyelenggaraan serta terma komersil yang fleksibel, telah menjadikannya peneraju dalam industri ini. APR Energy memberikan perkhidmatan kepada segmen utiliti dan industri, serta menyediakan penyelesaian penjanaan kuasa kepada pelanggan dan masyarakat di seluruh dunia, dengan penekanan terhadap negara Afrika, Amerika, Timur Tengah, dan Asia. Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web syarikat di www.aprenergy.com

Source: APR Energy
Related Stocks:
LSE:APR OTC:APRYY
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements