omniture

Kunjungan Semula "BUILDING LIVES" ke Projek Perumahan Mampu Milik di Algeria

China State Construction Engineering Corporation
2022-08-19 10:24 68

Rumah dengan Kasih Sayang

ALGIERS, Algeria, 19 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Di bandar baharu Sidi Abdellah di Algeria, terdapat beberapa bangunan berwarna merah-perang dan kuning air dalam komuniti Mahelma. Pada waktu petang, beberapa orang penduduk berjalan dengan santai di laluan dan kumpulan kanak-kanak bermain dengan riang berhampiran gelongsor. Ramai anak muda berlari di padang bola sepak, menikmati permainan itu. Ini merupakan kompleks pangsapuri perumahan subsidi kerajaan Sidi Abdellah yang dibina oleh China State Construction Engineering Corporation (CSCEC). Sejak ia siap dan mula digunakan pada tahun 2019, ia telah membantu lebih 10,000 penduduk tempatan merealisasikan impian mereka untuk hidup dengan selesa dan menambah baik keadaan perumahan tempatan dengan cekap.

Keluarga BENSSADA Loubna ialah benefisiari projek tersebut. Pada masa lalu, mereka berhimpit-himpit bersama-sama dalam komuniti yang teruk keadaannya di Ain Benian. Hari ini, memiliki sebuah rumah milik mereka sendiri merupakan sumber kegembiraan buat mereka. "Pada tahun 2019, saya dan keluarga saya berpindah ke pangsapuri baharu yang dibina oleh orang Cina. Sebelum itu, saya sentiasa bimbang hanya kerana kami tidak mempunyai tempat tinggal yang stabil."

 

"Apabila saya membuka pintu rumah baharu saya, perasaan tersebut tidak dapat digambarkan, seakan-akan memulakan kehidupan yang baharu," kata Loubna dengan rasa teruja. Pengurus projek Xuan Shijie berkata apa yang paling mengagumkan beliau ialah wajah ceria mereka yang telah berpindah dan ucap selamat seikhlas hati mereka kepada pembina.

CSCEC meminjam konsep Barcelona Superblock bagi menjadikan trafik dalaman lebih mesra penduduk. Privasi penduduk turut dilindungi dengan baik. "Ini bukanlah sebuah projek mewah. Namun begitu, kami telah berusaha sedaya-upaya dari segi bahan dan perincian reka bentuk serta kemudahan bagi mendorong kebahagiaan penduduk," kata Xuan.

Perumahan mampu milik juga membolehkan lebih ramai penduduk menyertai CSCEC. Omar, seorang jurutera elektromekanikal tempatan, ialah salah seorang daripada mereka. Beliau bekerja di tapak projek selama 10 tahun. Beliau berkata, "Saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada syarikat ini dan untuk membantu menambah baik keadaan kehidupan rakan senegeri saya." Menurut statistik, syarikat tersebut menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 27,000 penduduk tempatan.

CSCEC telahpun terlibat dalam pembinaan di Algeria selama 40 tahun. Sehingga kini, CSCEC telah membina lebih 170,000 tempat tinggal di Algeria, meliputi kawasan seluas kira-kira 17 juta meter persegi. Ia menyelesaikan masalah perumahan untuk hampir 1 juta orang dan dengan berbuat demikian, ia memberi sumbangan yang penting terhadap sara hidup penduduk di Algeria.

Source: China State Construction Engineering Corporation
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Publishing/Information Service Real Estate New products/services