omniture

Dare to be YOU -- XPPen Sambut Ulang Tahun ke-17 dengan Pengenalan Imej Maskot Dipertingkat dan Siri Baharu

XPPen
2022-08-22 09:23 319

SHENZHEN, China, 18 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini merupakan ulang tahun ke-17 jenama seni digital yang terkenal di dunia, XPPen yang meraikan peristiwa tersebut dengan penampilan sulung imej mascot yang dipertingkat, Fenix dan tema berani "Berani menjadi DIRI ANDA" ("Dare to be YOU").


Berpegang teguh kepada mantera jenama "Impian, Berani, Benar" serta wawasan XPPen, Fenix baharu ini mengekalkan imej rubah fanak keseluruhan namun berkembang menjadi lebih bergaya, kemas dan tiga dimensi. Bagi merancakkan permainan, siri meme Fenix yang menarik serta beberapa persisian tersuai akan dilancarkan dengan harapan agar ia dapat menghasilkan interaksi yang lebih menarik dengan Generasi Z dan menjalin hubungan yang lebih mendalam bersama mereka.

Selain itu, XPPen melancarkan siri produk baharu -- Paparan Lukisan Siri Artis (Generasi ke-2) untuk peristiwa yang istimewa ini. Siri baharu ini didatangkan dengan stilus cip pintar X3 baharu yang mana kepekaan IAF adalah sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding generasi terdahulu. Dengan kata lain, hanya 3 gram tekanan yang anda perlukan untuk mula menghasilkan karya yang epik. Stilus baharu ini menawarkan persembahan garisan yang lebih semula jadi serta halus dan lebih-lebih lagi, simulasi taktil pen dan pensel yang sempurna.

Tambahan pula, Pertandingan Melukis XPPen bertemakan "Fenix & the Anywhere Door" berjalan dengan rancak menerusi hadiah-hadiah lumayan. Para pemenang akan diberi ganjaran dengan Paparan Lukisan Siri Artis (Generasi ke-2) yang serba baharu. Untuk butiran lanjut dan tawaran istimewa, sila kunjungi laman sesawang rasmi XPPen.

 

Source: XPPen
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment New products/services