omniture

Menggabungkan Timur dan Barat: Pusat Pengajian Perniagaan Perintis Dilancarkan di China bagi Pelajar Seluruh Dunia

International Business School Suzhou, Xi’an Jiaotong-Liverpool University
2013-10-24 19:23 144

SUZHOU, China, 24 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Universiti pertama di China yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran China dengan hak untuk menganugerahkan semua ijazah dengan dua kelayakan UK dan Cina meraikan pelancaran antarabangsa pusat pengajian perniagaan baharunya hari ini di Suzhou, berhampiran Shanghai.

Pusat Pengajian Perniagaan Antarabangsa Suzhou (IBSS) juga merupakan pusat pengajian perniagaan pertama di China yang memiliki Makmal Kewangan Thomson Reuters yang menawarkan latihan amali dalam masa sebenar bagi para pelajar dalam mengendalikan ekuiti, bon dan pelbagai produk kewangan lain di samping menyediakan alat yang benar-benar berkesan bagi penyelidikan dan analisis.

IBSS merupakan sebahagian daripada Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU), institusi pengajian tinggi berautonomi yang ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Universiti Liverpool di UK dan Universiti Xi'an Jiaotong di China. Pelancarannya seiring dengan pelaburan sebanyak 280 juta RMB (£28.6 juta) bagi membina dua bangunan baharu bagi IBSS di Kampus Selatan universiti tersebut.

Semua program IBSS diajar dalam bahasa Inggeris dan menawarkan pendekatan Barat berdasarkan gaya pengajaran bukan didaktik dan pemikiran bebas. Pada masa yang sama, IBSS menawarkan bagi para pelajar penglibatan dan interaksi dengan perniagaan Cina, seperti motonya: "Menggabungkan Timur dan Barat: Mewujudkan Dunia yang Lebih Baik". Melalui pusat bahasa di kampusnya, para pelajar digalakkan untuk membina kemahiran dalam bahasa Mandarin atau bahasa asing lain.

Pada majlis pelancaran antarabangsa IBSS pada 25 Oktober 2013, pegawai kanan daripada syarikat global yang meneraju seperti HSBC, Coca Cola, Standard Chartered Bank dan BP menyertai pegawai awam dan peneraju perniagaan Cina bagi acara sehari tentang "Inovasi - Cabaran China seterusnya".

Profesor Sarah Dixon, Dekan IBSS, berkata: "China berada di puncak perubahan, bergerak daripada kedudukan hab pembuatan dunia kepada hab inovasi yang kian berkembang. Oleh itu, China amat penting bagi ekonomi dunia. Para pelajar kami dapat merasai pengalaman peralihan ini dalam masa sebenar, memperoleh ijazah UK/Cina daripada kedua-dua universiti, XJTLU dan University of Liverpool."

IBSS menawarkan pelbagai ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang perniagaan dan kewangan, termasuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Antarabangsa untuk Pengurus yang dilancarkan pada awal tahun 2014. IBSS berpegang kepada prinsip internasionalisme, inovasi, inspirasi dan integriti, yang bersama-sama memastikan pusat pengajian perniagaan ini mampu memberikan kesan positif terhadap masyarakat.

Bagi maklumat lanjut tentang IBSS dan program yang disediakan, sila layari http://academic.xjtlu.edu.cn/ibss/SitePages/HomePage.aspx

Source: International Business School Suzhou, Xi’an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Joint ventures