BANGKOK, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- PeopleStrong, platform Teknologi Sumber Manusia (HR) Perusahaan terkemuka di Asia Pasifik yang bekerjasama dengan TrueBusiness, iaitu peneraju perkhidmatan digital di Thailand & ETHRWorld International telah menganjurkan Sidang Kemuncak Industri 4.0 di Grand Hyatt, Erawan, Bangkok.
Acara tersebut, iaitu Industri 4.0 - Cara untuk Merekrut, Mengurus dan benar-benar membina tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan pada skala besar, mengalu-alukan lebih 70 orang pemimpin utama untuk membincangkan tiga aspek kritikal bagi masa depan pekerjaan – memenangi persaingan mendapat bakat, memanfaatkan serta menyepadukan teknologi dan data untuk membuat keputusan dalam memilih bakat yang berkesan dan memacu ketangkasan melalui organisasi autonomi terpencar (DAO).
Sandeep Chaudhary, Ketua Pegawai Eksekutif PeopleStrong berkongsi, "Penduduk Thailand yang berada dalam umur bekerja adalah melebihi 70%! Fasa pertumbuhan seterusnya di APAC akan diterajui oleh bakat. Organisasi yang memanfaatkan teknologi untuk menggunakan sumber pekerja mereka dengan sebaiknya akan membina kelebihan berdaya saing serta kekal berada di hadapan. Platform HR Tech 4.0 kami membolehkan peralihan strategi para pekerja untuk mewujudkan organisasi autonomi terpencar melalui pengalaman pekerja yang diperibadikan secara hiper, memacu ketangkasan perniagaan dan membuat keputusan dalam memilih bakat yang dipacu data."
Ini diikuti dengan pembentangan tentang 'Membayangkan Masa Depan Sumber Manusia: Kemunculan Ekonomi Bakat' oleh Dr. Surapit Promsit, Dekan Bersekutu Universiti Thammasat merangkap Pengarah PMAT Association.
Para pemimpin seperti K. Chutima Sribumrungsart, Bekas Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Naib Presiden Eksekutif Gulf Energy; Shivika Bubber, Pengarah Sumber Manusia Serantau Linfox dan K. Chutchapol Youngwiriyakul, Ketua Amalan Kincentric telah berkongsi pendapat mereka tentang perbincangan panel, iaitu 'Industri 4.0 - Cara untuk Merekrut, Mengurus dan benar-benar membina tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan pada skala besar'. Panel tersebut membuat agakan bahawa transformasi teknologi tidak dapat dielakkan serta turut membentuk semula cara pasukan HR berfungsi hari ini. Terdapat resonans positif yang kuat dengan cara teknologi mendayakan dan mengubah cara kita bekerja dengan lancar, yang telah dizahirkan melalui konsep Industri 4.0 ini.
Encik Pichit Thanyodom, Ketua Pegawai Penyelesaian Korporat dan Kerjasama True Corporation PCL menyimpulkan, "Manusia dan teknologi berjalan dengan seiring apabila melibatkan transformasi yang sebenar. Platform HR Tech 4.0 PeopleStrong memastikan para pekerja berada di tengah-tengah arus teknologi dan memperkasakan mereka untuk memenuhi potensi sebenar mereka."
PeopleStrong dan TrueBusiness baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama antara mereka untuk membawa platform HR Tech 4.0 yang bersepadu dan komprehensif serta dipacu AI (Kecerdasan Buatan) ke seluruh Thailand. PeopleStrong memberikan perkhidmatan kepada lebih 500 buah syarikat terkemuka di seluruh Asia serta telah dipilih sebagai "Pilihan Pelanggan untuk Perusahaan dengan lebih 1,000 orang pekerja" menurut laporan Gartner Voice of Customer 2022.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1882851/PeopleStrong.jpg?p=medium600