omniture

Xiamen Meraikan Ulang Tahun ke-100 Perkampungan Sekolah Jimei yang Ditubuhkan oleh Tan Kah-Kee

Xiamen Municipal Government, P. R. China
2013-10-25 10:02 123

XIAMEN, China, 25 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pada 21 Oktober, mesyuarat peringatan telah diadakan secara besar-besaran di Xiamen bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-100 Perkampungan Sekolah Jimei, kompleks pendidikan yang ditubuhkan oleh Tan Kah-Kee.

Pengerusi Persekutuan Seluruh China untuk Rakyat China Pulang Dari Luar Negara Lin Jun, Pengerusi CPPCC Daerah Fujian Zhang Changping, Ahli Tetap Jawatankuasa untuk Jawatankuasa CPC Daerah Fujian dan Setiausaha Parti Jawatankuasa Perbandaran CPC Xiamen Wang Menghui, Naib Gabenor Daerah Fujian Li Hong, ramai ahli keturunan Tan Kah-Kee serta lebih 2,500 bekas pelajar dari China dan luar negara menyertai mesyuarat itu. Hampir 20 daripada waris keturunan Tan Kah-Kee pulang ke Xiamen untuk kali pertama dalam hidup mereka bagi memberi penghormatan kepada leluhur mereka yang terkenal itu.

"Tan Kah-Kee meninggalkan banyak kemewahan rohani yang berharga kepada negara China dan kepada komuniti rakyat China di luar negara - kemewahan rohani yang merupakan hasil langsung daripada tindakan beliau yang mengagumkan bagi memberi nafas baharu kepada negara ini melalui pendidikan. Hari ini, kita meraikan ulang tahun ke-100 Perkampungan Sekolah Jimei bagi mengiktiraf sumbangan besar yang dibuat oleh Tan Kah-Kee dan bagi menyokong dedikasi beliau terhadap pendidikan yang tidak mengenal erti penat lelah," ujar Lin Jun.

"Kami harap Perkampungan Sekolah Jimei boleh menggalakkan pemupukan budaya dan pembangunan sekolah melalui semangat Tan Kah-Kee dan mengamalkan moto sekolah itu untuk 'menjadi asli dan berani', lalu mengubahnya menjadi jenama yang lebih berpengaruh dan berdaya saing. Kerajaan Daerah Fujian akan menyediakan setinggi-tinggi sokongan kepada pembangunan Perkampungan Sekolah Jimei, seperti yang ia sudah lakukan selama ini," tambah Li Hong lagi.

Perwakilan dari luar negara, termasuk cucu lelaki sulung Tan Kah-Kee, Tan Dib Jin, berkata yang acara itu telah menerima respon yang memberangsangkan dari seluruh dunia kerana pengiktirafan yang diberi kepada sikap dermawan dan murah hati Tan Kah-Kee untuk penubuhan sekolah serta cinta yang beliau ada terhadap negara tanah tumpah darah beliau dan untuk kampung tempat asal beliau, dan mereka teruja serta gembira apabila melihat kemajuan kampung mereka yang semakin bagus, serta reputasi Perkampungan Sekolah Jimei yang semakin berkembang di seluruh dunia.

Pada tahun 1913, Tan Kah-Kee pulang ke kampung beliau lalu menubuhkan sedozen sekolah, yang kemudiannya dikenali sebagai Perkampungan Sekolah Jimei, yang bukan sahaja menyediakan pendidikan rendah dan menengah, tetapi juga latihan perguruan dan pengajaran peringkat tinggi dalam pengemudian maritim, perladangan akuatik, perniagaan, pertanian dan perhutanan, serta kajian negara China.

 

Source: Xiamen Municipal Government, P. R. China
Keywords: Education Higher Education