omniture

'Ada Janji yang Perlu Kami Tepati' - Pelaburan Education Cannot Wait menjangkau 7 Juta Kanak-kanak yang Terjejas Akibat Krisis

Education Cannot Wait
2022-08-23 20:00 138

NEW YORK, 23 Ogos, 2022 /PRNewswire/ -- Education Cannot Wait (ECW), iaitu dana global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pendidikan dalam situasi kecemasan dan krisis yang berlarutan, telah mengeluarkan laporan "We Have Promises to Keep: Annual Results Report" (Ada Janji yang Perlu Kami Tepati: Laporan Hasil Tahunan) baharunya hari ini yang menunjukkan bahawa pelaburan ECW dengan rakan kongsi strategik telah menjangkau hampir 7 juta orang kanak-kanak dan remaja – 48.4% daripada mereka adalah kanak-kanak perempuan - sejak Dana tersebut mula beroperasi pada tahun 2017.

New ECW Annual Results Report highlights impact of the United Nations global fund for education in emergencies and protracted crises as leaders race to deliver on the promise for universal, equitable quality education.
New ECW Annual Results Report highlights impact of the United Nations global fund for education in emergencies and protracted crises as leaders race to deliver on the promise for universal, equitable quality education.

Melalui perkongsian strategiknya, ECW telah menjangkau 3.7 orang juta kanak-kanak di 32 buah negara yang terjejas akibat krisis pada tahun 2021 sahaja. Terdapat penambahan 11.8 juta orang kanak-kanak yang telah dijangkau melalui intervensi COVID-19 oleh Dana tersebut pada tahun yang sama, menjadikan jumlah bilangan mereka yang telah dibantu melalui intervensi COVID-19 kepada 31.2 juta orang.

ECW mengerahkan penggunaan dana yang tertinggi iaitu sebanyak AS$388.6 juta pada tahun 2021, sementara jumlah sumbangan bagi Dana tersebut kini mencecah AS$1.1 bilion.

"Tiada impian yang lebih hebat daripada pendidikan. Kami perlu menepati janji kami untuk menyediakan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama untuk semua orang," kata Yang Amat Berhormat Gordon Brown, Utusan Khas PBB untuk Pendidikan Global dan Pengerusi Kumpulan Pemandu Peringkat Tinggi ECW.

Laporan hasil tersebut diterbitkan susulan anggaran baharu yang mengejutkan yang menunjukkan bahawa terdapat 222 juta orang kanak-kanak dan remaja dalam umur persekolahan yang terperangkap dalam krisis di seluruh dunia memerlukan bantuan pendidikan yang mendesak. Ini termasuk 78.2 juta daripada mereka yang tidak bersekolah dan 119.6 juta orang yang masih bersekolah tetapi tidak mencapai kecekapan minimum dalam subjek matematik dan membaca. 

Menurut laporan tersebut, konflik, perpindahan secara paksa, bencana akibat iklim serta kesan berlarutan pandemik COVID-19 telah mendorong peningkatan keperluan pendidikan dalam situasi kecemasan dengan rayuan pembiayaan mencapai AS$2.9 bilion pada tahun 2021, berbanding AS$1.4 bilion pada tahun 2020. Tahun 2021 turut menyaksikan pembiayaan rayuan pendidikan yang tertinggi berjumlah AS$645 juta - jurang pembiayaan keseluruhannya telah melonjak sebanyak 17%, iaitu daripada 60% pada tahun 2020 kepada 77% pada tahun 2021. 

Persidangan Pembiayaan Peringkat Tinggi ECW akan diadakan di Geneva pada bulan Februari 2023 dan kempen 222 Million Dreams (222 Juta Impian) menyeru para penderma kerajaan, sektor swasta, yayasan dan individu bernilai bersih tinggi untuk mengubah komitmen menjadi tindakan dengan membuat sumbangan pembiayaan yang besar kepada ECW.

"Hasil ECW yang kukuh dalam tempoh lima tahun pertama kami beroperasi adalah bukti bahawa kami boleh memperkasakan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang terjejas akibat krisis dengan membawa harapan, perlindungan dan peluang pendidikan berkualiti," kata Yasmine Sherif, Pengarah Education Cannot Wait.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1881895/Education_Cannot_Wait_Annual_Results_Report.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1656121/Education_Cannot_Wait_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Children-related news Survey, Polls & Research