omniture

PRA Group Memenangi Bronze Stevie® Award pada International Business Awards® 2022

PRA Group
2022-08-23 20:02 187

Pasukan pengurusan syarikat global menerima pengiktirafan tempat kerja utama 

NORFOLK, Virginia, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- PRA Group, Inc. (Nasdaq: PRAA), peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, telah dinobatkan sebagai pemenang Bronze Stevie® Award bagi Pasukan Pengurusan Terbaik Tahun Ini pada International Business Awards® Tahunan ke-19 hari ini.

Para pemenang Stevie Award ditentukan oleh skor purata dalam kalangan lebih 300 orang eksekutif di seluruh dunia yang telah menyertai proses penilaian pada bulan Jun dan Julai.

Para hakim mempertimbangkan lebih 3,700 pencalonan dari hampir setiap industri dalam pelbagai kategori anugerah. Mereka mengiktiraf pasukan pengurusan PRA Group untuk pencapaian yang menakjubkan dalam memajukan "pekerja, keuntungan dan matlamat (budaya)" syarikat sejak tahun 2020.

Seorang daripada hakim menyatakan, "Saya kagum dengan fakta bahawa PRA Group berjaya mencapai pencapaian terbaik untuk kutipan tunai, pendapatan, kecekapan tunai dan pendapatan bersih dalam sejarah mereka selama 26 tahun, terutamanya pada tahun yang sangat sukar kerana dunia ini sedang bergelut dengan pandemik COVID-19. Untuk ini, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan pengurusan."

Para hakim juga memetik komitmen PRA Group untuk memberi kembali kepada komuniti di seluruh dunia dan penggunaan rangka kerja kepelbagaian dan keterlibatan.

"Ia merupakan suatu penghormatan untuk bekerjasama dengan pasukan eksekutif yang mahir. Pengalaman, tempoh perkhidmatan, pertimbangan dan kebijaksanaan mereka menyediakan kepakaran dan membuat keputusan yang penting untuk memimpin syarikat kami dengan jayanya pada masa hadapan secara berintegriti dan bertanggungjawab," kata Kevin Stevenson, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif.

International Business Awards ini merupakan program anugerah perniagaan yang utama di dunia. Semua individu dan organisasi di seluruh dunia—awam dan swasta, berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan, besar dan kecil—layak untuk mengemukakan pencalonan. International Business Awards (IBA) 2022 tersebut menerima penyertaan daripada organisasi dari 67 buah negara dan wilayah.

Para pemenang akan diraikan semasa jamuan gala di InterContinental London Park Lane Hotel di London, England, pada hari Sabtu, 15 Oktober—majlis anugerah IBA pertama yang akan diadakan secara langsung sejak tahun 2019.

"Kategori para penerima penghargaan tahun ini adalah inovatif, pengembaraan, kegigihan dan kejayaan seperti yang biasa kami adakan," kata presiden Stevie Awards, Maggie Miller. "Kami berharap dapat meraikan pencapaian mereka semasa jamuan anugerah kami di London pada bulan Oktober ini."

Maklumat lanjut tentang International Business Awards dan senarai para pemenang Stevie Award boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

Tentang PRA Group 

Sebagai peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar,PRA Group memulangkan modal kepada bank dan pemiutang lain untuk membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada para pengguna. Dengan beribu-ribu pekerja di seluruh dunia, syarikat-syarikat PRA Group bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pragroup.com.

Tentang Stevie Awards Stevie Awards dianugerahkan kepada lapan program: Asia-Pacific Stevie Awards, German Stevie Awards, Middle East & North Africa Stevie Awards, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Stevie Awards for Women in Business, Stevie Awards for Great Employers dan Stevie Awards for Sales & Customer Service. Pertandingan Stevie Awards menerima lebih 12,000 pencalonan setiap tahun daripada pelbagai organisasi dari lebih 70 buah negara. Memberi penghormatan kepada organisasi dari pelbagai jenis dan saiz serta para pekerja yang terlibat di belakang mereka, Stevie Awards mengiktiraf prestasi luar biasa di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Stevie Awards di www.StevieAwards.com.

Hubungan Media Berita: 
Elizabeth Kersey 
Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar Awam 
(757) 961-3525 
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com

Hubungan Pelabur: 
Najim Mostamand, CFA  
Naib Presiden Perhubungan Pelabur 
(757) 431-7913 
IR@PRAGroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: PRA Group
Related Stocks:
NASDAQ:PRAA
Keywords: Banking/Financial Service Awards