omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Nanchang, Jiangxi, Timur China mengadakan acara promosi untuk menunjukkan daya tarikan, menarik pelaburan

Xinhua Silk Road
2022-08-24 00:08 372

BEIJING, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Daerah Nanchang di wilayah Jiangxi, timur China memulakan "festival teratai" baru-baru ini, sebuah acara ekonomi, perdagangan dan kebudayaan tahunan untuk mempromosikan persekitaran perniagaan dan menarik pelaburan.

Foto menunjukkan upacara perasmian untuk festival ekonomi, perdagangan dan kebudayaan teratai keenam diadakan pada 18 Ogos 2022 di daerah Nanchang, wilayah Jiangxi, timur China.
Foto menunjukkan upacara perasmian untuk festival ekonomi, perdagangan dan kebudayaan teratai keenam diadakan pada 18 Ogos 2022 di daerah Nanchang, wilayah Jiangxi, timur China.

Dengan upacara perasmian diadakan pada 18 Ogos, festival tahun ini meliputi penggiatan semula luar bandar, ekonomi digital dan persekitaran perniagaan yang baik menerusi aktiviti-aktiviti seperti perdagangan dan ekspo produk kebudayaan dan pelancongan, pameran seni serta pasar malam yang dijangka berlangsung selama empat bulan.

Dalam tahun keenamnya pada tahun ini, festival ekonomi dan perdagangan teratai telah menjadi acara terbaik untuk daerah Nanchang bagi mempromosikan daya tarikannya dengan lebih baik, menarik minat lebih ramai bakat dan juga untuk penduduk tempatan berseronok dalam semua jenis aktiviti kebudayaan. Lebih-lebih lagi, ia telah menjadi platform untuk pemadanan projek, rundingan dan penggalak untuk pembangunan tempatan, ujar seorang peserta perniagaan.

Turut diperkenalkan semasa upacara perasmian bahawa ekonomi digital dan pengoptimuman persekitaran perniagaan merupakan keutamaan daerah Nanchang pada tahun ini, yang akan mempromosikan dengan aktif industrialisasi digital dan pendigitan perindustrian. Daerah tersebut melancarkan beberapa projek digital seperti Taman Perindustrian VY Xiaolan · Taihao, pusat data China Mobile Jiangxi Xiaolan dan satu-satunya tapak penyelidikan VR / AR China Unicom di China.

Daerah Nanchang juga sentiasa menambah baik persekitaran perniagaan. Daerah tersebut telah membina dan menaik taraf perkhidmatan korporat dalam talian dan perkhidmatan e-kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang mudah, sepanjang masa kepada individu serta perusahaan dan dalam masa yang sama menyediakan dasar yang menggalakkan untuk mengurangkan kos perniagaan.

Daerah Nanchang merupakan yang pertama di wilayah Jiangxi yang tersenarai antara 100 daerah terunggul China. Statistik menunjukkan bahawa KDNKnya mencecah 102.78 bilion yuan pada tahun 2019, juga merupakan yang pertama antara daerah-daerah di Jiangxi yang menjangkau 100 bilion yuan. Daerah tersebut telah membentuk struktur perindustrian "3 + 3 + N" bagi automobil dan kenderaan tenaga baharu, makanan hijau, bioperubatan, pembuatan peralatan pintar, semikonduktor, tenaga baharu dan bahan baharu.

https://en.imsilkroad.com/p/329626.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services Trade show news