omniture

Ekspo China Pintar 2022 Dibuka untuk Galakkan Kerjasama Teknologi-Tinggi Antarabangsa China

iChongqing
2022-08-24 00:14 444

CHONGQING, China, 23 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing:

A boy plays Go with a robot in the exhibition hall of SCE 2022, on 21st August 2022, Chongqing, China. (photo/ Ganxi Yi)
A boy plays Go with a robot in the exhibition hall of SCE 2022, on 21st August 2022, Chongqing, China. (photo/ Ganxi Yi)

Ekspo China Pintar 2022 (SCE) 2022 telahpun diadakan di Perbandaran Chongqing, Barat Daya China mulai 22 hingga 24 Ogos, yang melaluinya rancangan pembangunan, pencapaian terkini dan topik-topik hangat dibincangkan berhubung aplikasi teknologi inovatif sains pintar bagi pembinaan bandar pintar. Pameran dalam talian tersedia di sini SCE.

Saintis-saintis tersohor di dunia yang mewakili di SCE 2022 termasuk pemenang Hadiah Nobel 2010 Konstantin Novoselov dan pemenang Hadiah Turing 2021 Jack Dongarra, ahli-ahli akademik daripada Chinese Academy of Sciences dan Chinese Academy of Engineering serta ketua-ketua daripada perusahaan yang terkemuka seperti Changan Auto, Alibaba Group dan Huawei. Mereka menyampaikan ucapan video untuk membincangkan teknologi, pembangunan dan trend baharu dalam pembinaan "bandar pintar" di Upacara Perasmian dan Sidang Kemuncak SCE hari ini.

Ekspo berkenaan menghimpunkan lebih daripada 50 perusahaan Fortune Global 500 dan Fortune China 500, termasuk Huawei, Bosch, BOE dan Inspu, digabungkan dengan pelancaran global perisian pengiraan berangka Beitai Tianyuan V2.0 dan juga pelancaran skim operasi komersial pemanduan berautonomi Baidu buat julung kalinya.

Dengan kawasan pameran seluas 90,000 meter persegi, 557 peserta pameran dari 19 negara dan wilayah mengambil bahagian termasuk Itali, lebih daripada 1560 senario aplikasi dibentangkan dalam lebih 30 bidang dan memanfaatkan teknologi maklumat yang ekstensif seperti 3D mata kasar, Realiti Maya (VR) dan Realiti Lanjutan (XR).

SCE pada tahun ini mengetengahkan wadah pencapaian termaju. Lima puluh lapan produk baharu seperti penyahkod 8k berdefinisi tinggi dan bengkel mesin pintar, 15 teknologi baharu termasuk pertanian pintar sosialisasi padang pasir, 24 aplikasi baharu seperti platform data raya "otak bandar" dan 16 pencapaian baharu melibatkan mikrocip dan sistem IntelliSense, dipersembahkan di sesi ini.

Memfokuskan kepada "Bandar Pintar" pada tahun ini, SCE mewujudkan wilayah tetamu kehormat oleh Wilayah Sichuan, bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan industri-industri pintar di Chengdu dan Chongqing melalui kerjasama.

Tahun ini merupakan tahun kelima SCE, membantu Chongqing mempercepatkan pembinaan bandar pintar dan menggalakkan penyepaduan teknologi digital yang mendalam serta pembangunan ekonomi dan sosial. Dengan Chongqing sebagai titik tumpuan, penyepaduan dan pertukaran teknologi canggih antara China dan negara-negara asing akan didorong selanjutnya dalam kecerdasan data raya.

Untuk maklumat lanjut tentang SCE2022, sila kunjungi
https://www.ichongqing.info/special/smart-china-expo-2022/

 

Source: iChongqing
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Trade show news