omniture

Sejuta Orang Sertai Cruelty Free International dan The Body Shop Menyeru Pengharaman Global Uji kaji ke atas Haiwan bagi Tujuan Kosmetik

Cruelty Free International
2013-10-25 12:30 217

LONDON, 25 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Cruelty Free International dan The Body Shop hari ini mengumumkan kejayaan terhadap seruan global dengan sokongan sejuta orang yang menyeru untuk pengharaman sedunia terhadap uji kaji ke atas haiwan bagi tujuan kosmetik. Seruan yang telah digariskan kini akan diserahkan kepada pihak kerajaan dan badan kawal selia di seluruh dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131025/648040-a)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131025/648040-b)

The Body Shop menyokong Cruelty Free International, organisasi global pertama yang ditubuhkan khusus untuk menghentikan penggunaan haiwan bagi uji kaji produk kosmetik di seluruh dunia, dengan meminta para pelanggan dari 65 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Korea, Jepun dan Rusia untuk menurunkan tandatangan bagi menyeru pengharaman sebarang uji kaji ke atas haiwan. Kempen ini merupakan kempen terbesar dan paling bersemangat yang pernah dilakukan bagi pengharaman global uji kaji ke atas haiwan untuk tujuan kosmetik.

Pengharaman uji kaji ke atas haiwan bagi tujuan kosmetik oleh Kesatuan Eropah telah diraikan secara meluas pada bulan Mac 2013. Walau bagaimanapun, Cruelty Free International meneruskan usaha kempen pengharaman global tersebut memandangkan lebih 80% daripada penduduk dunia masih membenarkan haiwan digunakan dalam uji kaji kejam bagi penghasilan produk kosmetik.

Ketua Pegawai Eksekutif Cruelty Free International, Michelle Thew, berkata: "Dengan sokongan hebat daripada The Body Shop ini, kami dapat menjalankan kempen global terbesar untuk menyeru pengharaman uji kaji terhadap haiwan untuk tujuan kosmetik. Hasilnya, satu juta individu telah bangkit dan kami menjadi lebih gigih berusaha berbanding sebelum ini."

Jessie MacNeil-Brown, Pengurus Kempen Global The Body Shop International berkata: "Selama lebih 20 tahun, The Body Shop telah membuktikan kecantikan boleh diperoleh tanpa kekejaman. Maka, satu juta tandatangan ini bakal menunjukkan semangat yang tidak berbelah bahagi daripada pelanggan yang menyokong perjuangan kami untuk tujuan ini."

Nota kepada Editor

Tiada larangan di mana-mana tempat seluruh dunia tentang uji kaji ke atas haiwan bagi tujuan kosmetik. Walaupun beberapa negara dan syarikat berjaya diyakinkan supaya mengelakkan perkara ini berlaku, lebih 80% daripada dunia masih membenarkan haiwan, termasuk arnab dan tikus belanda, untuk digunakan dalam uji kaji berkenaan. Dalam pasaran global, adalah penting semua negara mengharamkan amalan ini untuk mengelakkan berlakunya uji kaji ke atas haiwan dengan hanya berkempen di seluruh dunia ke negara yang tidak mempunyai undang-undang berkaitan pengharaman tersebut.

Cruelty Free International bekerjasama dengan kerajaan, pengawal selia, syarikat dan organisasi rakan kongsi di seluruh dunia. Ia telah meletakkan isu uji kaji haiwan ini dalam agenda banyak kerajaan buat kali pertama sebagai sebahagian daripada strategi global untuk mengatasi isu uji kaji produk kosmetik. http://www.crueltyfreeinternational.org

The Body Shop ialah syarikat kosmetik pertama dan paling lama untuk mengambil tindakan ke atas isu uji kaji haiwan dalam kosmetik. Pada tahun 1996, pengasasnya, Dame Anita Roddick menyertai organisasi pengasas Cruelty Free International, BUAV dan rakan kongsi Eropah bagi membentangkan petisyen yang mengandungi 4 juta tandatangan yang diserahkan kepada Suruhanjaya Eropah. The Body Shop ialah syarikat kosmetik antarabangsa pertama yang memperoleh pensijilan BUAV di bawah Standard Kosmetik Berperikemanusiaan (Humane Cosmetics Standard), yang dilancarkan pada tahun 1997, dan dengan bangganya memaparkan logo Leaping Bunny di kedai mereka di seluruh dunia: http://www.thebodyshop.com

Hubungi: media@crueltyfreeinternational.org atau +44(0)7850-510-955 atau +44(0)207-619-6978.

SUMBER  Cruelty Free International

Source: Cruelty Free International
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household Products Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility