omniture

Inovasi Terkini Biosafe: Smart-Max

Biosafe Group
2013-10-28 07:00 110

EYSINS, Switzerland, 28 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Biosafe dengan bangganya melaporkan pelancaran peranti Smart-Max baharu di Kongres Darah Plasenta Dunia ESH di Monaco minggu lalu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648200 )

Peranti Smart-Max meliputi pelbagai aplikasi pemprosesan sel termasuklah pencampuran, penyejukan, nyahsejuk beku, pencairan, inkubasi dan penghadaman sel. Peranti ini berfungsi sepenuhnya secara automatik dengan antara muka skrin sentuh yang mudah digunakan dan mampu mengendalikan beg yang terdiri daripada pelbagai saiz.

Smart-Max digunakan bersama-sama sistem pemisah sel Sepax oleh Biosafe dan mampu meningkatkan hasil produktiviti persediaan produk berasaskan sel.

Dalam bidang terapi sel, Sepax dan Smart-Max bersama-sama membentuk penyelesaian berintegrasi bagi mewujudkan prosedur pemprosesan sel yang lengkap dengan pengautomatan terkawal yang melibatkan simpanan sel dan juga persediaan pemindahan sel. Aplikasi bioteknologi dan masa penjagaan kesihatan akan memperoleh manfaat daripada teknologi inovatif ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Biosafe, Olivier Waridel berkata: "Smart-Max menunjukkan komitmen Biosafe terhadap inovasi berterusan. Smart-Max berjaya menyempurnakan kumpulan peranti Coolmix yang telah mantap, dengan penambahan keupayaan produk nyahsejuk beku sel. Dengan fungsi yang serba boleh, Smart-Max perlu menjadi pilihan bagi setiap kemudahan terapi sel."

Smart-Max kini boleh didapati, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Tentang Biosafe Group

Ditubuhkan pada tahun 1997, Biosafe Group aktif dalam mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan sistem pemprosesan sel automatik. Beribu pejabat di Switzerland dan dimiliki secara persendirian, Biosafe Group beroperasi menerusi syarikat subsidiari serantau (Geneva, Houston, Hong Kong, Shanghai dan São Paulo) dan boleh didapati di lebih 45 negara, sama ada secara langsung atau melalui pengedar.

Bagi maklumat lanjut:
Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group SA
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch

Source: Biosafe Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services