omniture

Percubaan Keberkesanan Kos Perancis bagi Gegelung LVR RePneu PneumRx Selesai dalam Tempoh Terbaik

PneumRx, Inc.
2013-10-28 07:00 116

MOUNTAIN VIEW, California, 28 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- PneumRx, Inc. (www.pneumrx.com), peneraju dalam bidang pulmonologi intervensi, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam Kajian REVOLENS, kajian keberkesanan kos Gegelung Pengurangan Isipadu Peparu RePneu PneumRx (RePneu LVRC) di Perancis, telah selesai. Kajian REVOLENS telah dikemukakan pada tahun lepas kepada Kementerian Kesihatan Perancis oleh Profesor Gaetan Deslee daripada Hospital Universiti Reims dan Charles-Hugo Marquette daripada Hospital Universiti Nice dan telah diterima dan dibiayai oleh Kementerian Kesihatan di bawah program soutien aux techniques innovantes couteuses (STIC). Program STIC menyediakan pembiayaan kerajaan untuk teknologi perubatan inovatif yang telah disahkan oleh kajian klinikal sebelumnya, dengan tujuan ke arah mewujudkan pembayaran balik bagi peranti baharu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120514/SF06703LOGO)

Kajian tersebut dijangka mengambil masa selama 12 bulan bagi mendapatkan 100 orang peserta dan pendaftarannya bermula pada Mac 2013. Sebaliknya, penyertaan individu bagi kajian tersebut telah berjaya dilengkapkan kurang daripada 7 bulan. Pendaftaran pantas yang jarang berlaku dalam kajian STIC, menekankan keperluan dan kepentingan dalam pilihan rawatan inovatif dan invasif secara minimum untuk pesakit yang menghidap emfisema teruk.

"Setelah melihat penambahbaikan fungsi peparu, kapasiti udara ketika bersenam dan kualiti hidup yang dialami oleh pesakit yang dirawat dalam ujian sebelumnya dengan Gegelung RePneu, kami teruja untuk memperkenalkan teknologi inovatif ini kepada pesakit tambahan melalui program STIC. Minat pesakit terhadap percubaan ini amat menggalakkan," kata Profesor Gaetan Deslee, Pengkaji Utama kajian tersebut. "Penyertaan pantas boleh berlaku disebabkan oleh komitmen tinggi semua ahli pasukan Perancis yang terlibat dalam rawatan pesakit COPD teruk.  RePneu LVRC merupakan kemajuan penting dalam rawatan pesakit emfisema dan COPD teruk, dan kami tidak sabar-sabar untuk menawarkan Pengurangan Isipadu Peparu RePneu sebagai pilihan terapeutik pada masa depan," kata Profesor Charles-Hugo Marquette.

Kajian REVOLENS ialah salah satu daripada hanya dua projek STIC yang dipilih oleh Kementerian Kesihatan untuk pembiayaan pada tahun 2012, dan yang pertama dalam bidang rawatan emfisema sejak tahun 2006. Kerajaan Perancis amat bersungguh-sungguh membayar sebanyak 1.3 Juta Euro ($1.8 Juta) bagi menyokong kajian ini.

Sistem RePneu LVRC merupakan peranti yang invasif secara minimum yang bertujuan untuk meningkatkan fungsi peparu, kapasiti udara ketika bersenam dan kualiti hidup dalam kalangan pesakit emfisema dengan mengimplan gegelung Nitinol ke dalam peparu dengan menggunakan bronkoskopi bagi memampatkan tisu berpenyakit, memulihkan keanjalan, dan menegangkan semula rangkaian saluran udara. Rawatan RePneu LVRC telah terbukti berkesan bagi pelbagai pesakit emfisema tanpa memerlukan sebarang penilaian diagnostik kompleks. Gegelung RePneu tidak menyekat saluran pernafasan, menghalang capaian distal, atau memusnahkan tisu peparu, tetapi sebaliknya menyediakan penyelesaian mekanikal mudah yang direka untuk merawat kesan fisiologi utama emfisema dan mengatasi cabaran utama dalam rawatan emfisema. RePneu LVRC terbukti berkesan merawat pesakit yang menghidap emfisema heterogen dan homogen, di bahagian lobus atas dan lobus bawah, dan pada pesakit dengan Baki Isipadu melebihi 175% seperti yang diramalkan. Tambahan pula, RePneu LVRC mampu berfungsi tanpa ventilasi kolateral, dan dilakukan dalam prosedur yang teliti dengan tempoh pemulihan yang pantas.

RePneu LVRC, yang sedang menjalani ujian klinikal penting di Amerika Syarikat, mempunyai Tanda CE dan telah digunakan dalam lebih 1500 prosedur di seluruh dunia, walaupun peranti boleh didapati secara komersil di Eropah untuk hanya lebih 2 tahun.

"Kami amat gembira kerajaan Perancis mengiktiraf manfaat Gegelung RePneu dan bersetuju untuk memberi sokongan terhadap kajian yang penting ini," kata Erin McGurk, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PneumRx. "Kami berharap untuk membawa manfaat RePneu LVRC kepada pesakit emfisema yang semakin meningkat bilangannya di Perancis dan di seluruh dunia."

Tentang PneumRx, Inc.
PneumRx, Inc. ialah syarikat peranti perubatan yang kian berkembang pesat, yang memberi tumpuan terhadap pembangunan dan pengkomersilan produk inovatif untuk merawat emfisema dengan menggunakan teknik invasif minimum. Ia merupakan syarikat milik persendirian yang terletak di Mountain View, California.

 

Source: PneumRx, Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries