VEVEY, Switzerland, 25 Ogos, 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Belia Globalnya, Nestlé hari ini melancarkan Platform Keusahawanan Belia Nestlé (YEP), sebuah platform digital baharu untuk para inovator dan usahawan muda yang ingin mempelajari pengetahuan dan kemahiran baharu, menguji idea atau mengembangkan perniagaan mereka, dalam bidang yang terdiri daripada sains dan teknologi makanan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan – termasuk pertanian regeneratif dan pembungkusan lestari.
YEP menyatukan semua inisiatif dan program inovasi sedia ada Nestlé pada satu tempat. Platform ini memberikan akses kepada Akademi Keusahawanan Nestlé serta program khusus kepada para inovator muda untuk mengembangkan pengetahuan, mempelajari kemahiran baharu dan memperoleh pengalaman. Ia juga menawarkan kandungan dan sumber tersuai daripada lokasi geografi yang khusus.
Stefan Palzer, Ketua Pegawai Teknologi Nestlé berkata, "Di Nestlé, kami bekerjasama dengan syarikat pemula, usahawan, inovator dan penyelidik untuk memacu inovasi, membawa idea yang baik ke pasaran dengan pantas dan menyediakan produk yang berkhasiat, lestari dan berpatutan untuk populasi dunia yang semakin meningkat."
"Platform digital baharu kami menyokong golongan muda untuk menghidupkan idea-idea hebat di seluruh rantaian nilai makanan yang membentuk masa depan makanan!"
Program utama yang tersedia di Platform Keusahawanan Belia Nestlé termasuk:
Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO ), dua daripada setiap lima orang anak muda sama ada menganggur atau mempunyai pekerjaan yang menyebabkan mereka mengalami kemiskinan. Atas sebab ini, Nestlé telah melancarkan Nestlé Needs YOUth pada tahun 2013. Inisiatif Belia Global syarikat ini membantu anak muda memperoleh kemahiran yang mereka perlukan untuk berkembang maju di tempat kerja pada masa hadapan. Di seluruh dunia, ia telah memberikan manfaat kepada lebih 4 juta orang muda di tiga buah teras, kebolehpasaran, keusahawanan dalam bidang pertanian dan keusahawanan.
Keusahawanan boleh menjadi pilihan yang positif, cara membuka inovasi, kemahiran dan tenaga untuk memacu kemajuan ekonomi dan sosial. Melalui platform baharu ini, Nestlé menggalakkan perkara tersebut dan melabur dalam syarikat peringkat awal dan membantu usahawan muda untuk mempraktikkan idea mereka."
"Para usahawan muda memerlukan bimbingan, sokongan dan terutamanya peluang serta platform yang mana suara mereka boleh didengari dan idea mereka direalisasikan. Ini termasuk membina pengetahuan dan kemahiran mereka, menguji idea mereka dalam situasi kehidupan nyata, mendapat maklum balas daripada khalayak mereka dan menerima sokongan untuk membawa konsep mereka ke tahap seterusnya" kata Laurent Freixe, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé untuk Amerika Latin dan pengasas inisiatif Nestlé Needs YOUth.
"Platform Keusahawanan Belia Nestlé akan membantu mereka melengkapkan kemahiran, pengalaman dan pemikiran yang diperlukan untuk memulakan idea dan perniagaan mereka."
Akses kepada Platform Keusahawanan Belia Nestlé adalah percuma, memberikan peluang yang menarik kepada para inovator muda untuk mengubah masa depan makanan dan bekerjasama dengan Nestlé ke arah sistem makanan regeneratif pada skala besar.
Adakah anda ingin membangunkan kemahiran anda? Mengembangkan idea? Mendapatkan pengalaman? Lihat Platform Keusahawanan Belia Nestlé dan temui peluang yang tersedia.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1883997/Nestle_Platform.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1883999/Nestle.jpg?p=medium600