omniture

Siem Reap Bersedia Menjadi Hab Sektor Perkhidmatan dan Pelancongan Bersepadu bagi Dekad Seterusnya

CHEUNG SHENG DEVELOPMENT LIMITED
2013-10-28 11:52 98

HONG KONG, 28 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Setelah beberapa minggu penuh ketidakpastian apabila parti pembangkang Kemboja, CNRP, yang dipimpin oleh Encik Sam Rainsy membuat tuntutan serius terhadap CPP atas tuduhan penipuan dalam pilihan raya, negara tersebut akhirnya berjaya menubuhkan parlimen baharu dan Hun Sen yang berusia 61 tahun telah mengangkat sumpah sekali sebagai Perdana Menteri negara tersebut dan berjaya mempertahankan gelarannya.

Dengan keadaan politik yang tidak menentu yang bakal berakhir tidak lama lagi, dunia kembali melihat prospek ekonomi dan perniagaan negara tersebut dan pelabur asing mula kembali untuk mengambil bahagian dalam pelbagai projek pembangunan di seluruh tanah Kerajaan Khmer Purba itu.

Sejak undang-undang tanah baharu di Kemboja pada tahun 2010 diluluskan, daya tahan dan pertumbuhan ekonomi negara yang stabil semasa krisis telah memikat hati ramai pemaju dan pelabur hartanah asing kepada bandar utama seperti Phnom Penh, Siem Reap, Sihanoukville dan Battambang, dalam mencari tanah dengan harga yang rendah tetapi mempunyai potensi peningkatan harga yang ketara.

Dengan harga hartanah yang semakin meningkat secara beransur-ansur selepas penurunan harga pada tahun 2008, dan undang-undang tanah secara terbuka yang membenarkan warga asing untuk memiliki unit pegangan bebas yang terletak di atas paras tanah (kerana hanya warga Kemboja dibenarkan untuk memiliki tanah sendiri, dan unit tingkat bawah dikira sebagai "tanah"), harga semasa tanah memperlihatkan margin yang lebih besar untuk diperkembangkan selari dengan perancangan masa depan oleh pihak pemaju tempatan dan luar.

Di wilayah Siem Reap, tempat lebih 2 juta pelawat dari luar negara memasuki negara tersebut setiap tahun, dan jumlah ini semakin meningkat pada kadar yang pesat lebih 20% setahun, jenama besar telah memasuki pasaran dengan teratur untuk berkembang bukan sahaja dalam industri pelancongan, bahkan infrastruktur umum bandar.

Pada 27 Jun tahun ini, Pihak Berkuasa Apsara Kemboja dan Perbadanan Pembinaan Kejuruteraan Awam China telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tentang projek pengurusan mampan sumber sedia ada bagi pemuliharaan dan pembangunan mampan di Tapak Warisan Dunia Angkor dan wilayah Siem Reap.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani antara Bun Narith, ketua pengarah Pihak Berkuasa Apsara yang melindungi dan menguruskan Taman Arkeologi Angkor, dan Liu Zhiming, pengerusi Perbadanan Pembinaan Kejuruteraan Awam China, yang turut dihadiri oleh Sok An, Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Menteri Kabinet.

"Kerjasama ini adalah sangat penting dan tepat pada masanya bagi menangani isu kontemporari Angkor yang bukan sahaja memerlukan proses pemuliharaan, bahkan pembangunan hijau dan mampan," kata Sok An pada majlis menandatangani perjanjian itu.

Pada akhir Ogos lalu, Syarikat Cheung Sheng Global Holdings yang bertapak di Hong Kong mengumumkan perancangan terkini dalam membangunkan projek hartanah berdekatan dengan Siem Reap, yang dikenali sebagai Siem Reap Metropolis, dengan harapan ini akan menjadi pewujudan kosmopolitan lengkap pertama di bandar pelancongan ini.

Bandar Metropolis tersebut dengan keluasan lebih 22 hektar tanah, akan terdiri daripada taman tema berasaskan sejarah dan warisan Empayar Khmer purba, 2 hotel, 3 kompleks membeli-belah dan 7 projek kondominium.

Dengan sokongan yang berterusan daripada para pemaju asing yang tidak mengejar keuntungan segera, Siem Reap boleh mendapat peluang yang lebih baik untuk pembangunan dan pertumbuhan berstruktur untuk faedah sosial jangka panjang, berbanding dengan pertumbuhan yang tidak dirancang dan tidak teratur di Phnom Penh. Dengan pelaburan sebenar terhadap infrastruktur, penginapan dan tarikan alternatif bandar, bandar ini mampu menerima industri sekunder dalam membangunkan dan mengembangkan ekonomi bandar ini selama dekad seterusnya.

Source: CHEUNG SHENG DEVELOPMENT LIMITED
Keywords: Construction/Building Real Estate Travel