Dengan Perolehan Harian melebihi AS$ 12.1 bilion dan pendapatan tahunan sebanyak AS$ 189 juta
DUBAI, UAE, 25 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- MultiBank Group, broker derivatif kewangan terbesar dan paling dikawal selia di seluruh dunia, mendedahkan angka kewangan dengan rekod baharu untuk tahun 2021.
Kumpulan perkhidmatan kewangan yang memenangi anugerah ini telah mengumumkan rekod baharu perolehan harian yang melebihi AS$ 12.1 bilion dengan rekod baharu pendapatan tahunan sebanyak kira-kira AS$ 189 juta bagi Tahun Kewangan 2021. Ini merupakan satu peningkatan yang mengagumkan sebanyak 35.4% berbanding keputusan bagi tahun 2020, yang merupakan tahun dengan pencapaian rekod baharu untuk syarikat gergasi global ini.
MultiBank Group yang ditubuhkan pada tahun 2005 mempunyai rekod kawal selia yang tiada tandingan, yang memiliki lebih 11 pengawal selia kewangan dan lebih 25 buah cawangan di seluruh dunia.
Selain itu, Kumpulan ini meneruskan fokus strategiknya untuk pembangunan dan pelaburan dalam teknologi perdagangan canggih. MultiBank Group kini berada dalam peringkat lanjutan untuk melancarkan bursa aset digital yang dikawal selia sepenuhnya di Australia yang bermatlamat untuk menjadi ekosistem silang aset pertama di dunia yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara kewangan tradisional dengan kewangan alternatif.
Pengasas merangkap Pengerusi MultiBank, Naser Taher, yang telah dianugerahkan sebagai salah seorang daripada 50 Tokoh Kewangan Paling Berpengaruh dalam Pasaran Kewangan Global pada tahun 2022, menyatakan dengan lebih lanjut:
"2021 merupakan tahun yang penting bagi MultiBank Group dan saya berasa bangga dengan angka kewangan yang memecahkan rekod ini. Selain itu, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa bilangan pengguna di platform kami telah melebihi 1 juta orang pada penghujung suku kedua tahun 2022. Keputusan ini merupakan bukti komitmen kami untuk menyediakan platform canggih yang boleh dipercayai serta perkhidmatan pelanggan kelas pertama yang disediakan oleh lebih 600 kakitangan kami di seluruh dunia kepada pelanggan kami yang dihargai. Pencapaian ini memberikan motivasi yang berterusan kepada kami untuk meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi dan kawal selia kami untuk manfaat para pedagang di seluruh dunia secara amnya dan untuk para pelanggan kami yang dihargai secara khususnya. Kami mempunyai harapan yang tinggi untuk separuh kedua tahun 2022 dan merancang untuk melancarkan projek seterusnya yang akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju global dalam pasaran".
Tentang MultiBank Group:
MultiBank Group telah ditubuhkan di California, AS, pada tahun 2005. Ia mempunyai jumlah dagangan harian melebihi AS$ 12.1 bilion dan memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang luas dengan lebih 1,000,000 pelanggan di 100 buah negara. Kumpulan ini telah berkembang menjadi salah sebuah penyedia derivatif kewangan dalam talian yang terbesar di seluruh dunia, menawarkan platform dagangan yang memenangi anugerah kepada pelanggannya yang dihargai dengan leveraj sehingga 500:1 ke atas produk termasuk Saham, Komoditi, Indeks, Aset Digital, Logam dan Pertukaran Asing.
Untuk maklumat lanjut tentang MultiBank Group, sila layari https://multibankfx.com/
Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1884783/MultiBank_Revenue_Growth_Chart.jpg?p=medium600
Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1884785/MultiBank_Map.jpg?p=medium600