omniture

Saudi Falcons Club : Para Pemilik Helang Tempatan dan Antarabangsa meningkatkan jangkaan terhadap Lelongan Helang Antarabangsa yang Terbesar di Dunia

Saudi Falcons Club
2022-08-25 16:35 144

30% peningkatan dalam penyertaan daripada pusat pembiakan helang antarabangsa yang terkemuka di dunia di Pameran Helang & Perburuan Antarabangsa Arab Saudi 

RIYADH, Arab Saudi, 25 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Para pemilik helang dari seluruh dunia bakal menghadiri Pameran Helang & Perburuan Antarabangsa Arab Saudi tahunan yang keempat di Riyadh. Acara ini telah menarik perhatian global daripada pemilik helang tempatan dan antarabangsa menjelang pelancaran Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa yang dianjurkan oleh Saudi Falcons Club (Kelab Helang Arab Saudi) bersempena dengan aktiviti pameran tersebut, terutamanya disebabkan jualan tertinggi yang dicatatkan dalam edisi pertama lelongan antarabangsa itu. Burung helang termahal di dunia, "Gyr Qarmousha" (Falco Rusticolus) telah dijual pada harga SAR 1.75 juta ($466,000), yang dimiliki oleh pusat pembiakan helang Amerika iaitu Pacific Northwest Falcons yang terkenal sebagai salah sebuah ladang helang terbaik di dunia.



Saudi Arabia holds the largest platform of Falconry in the World
Saudi Arabia holds the largest platform of Falconry in the World

Arab Saudi berbangga dengan kedudukannya sebagai sebuah destinasi global untuk pelancongan warisan dalam bidang falkonri serta dalam bidang memelihara warisan budaya dan tamadun rantau ini. Acara ini dijangka akan mencatatkan peningkatan bilangan peserta sebanyak 30% dan akan berlangsung di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada 25 Ogos dengan menampilkan pusat pembiakan helang dari seluruh dunia yang merangkumi Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Poland, Jerman, Denmark, Belgium dan Republik Czech. Selain daripada burung helang mereka yang bertaraf dunia, syarikat-syarikat Teluk dan Arab Saudi akan turut mempamerkan pelbagai produk mereka melalui 25 buah astaka di pameran tersebut.

Arab Saudi telah berjaya menyepadukan perkhidmatan transaksi kewangan untuk produk pameran tersebut dalam program pembayaran elektronik, di mana semua pembelian senjata, peluru dan aksesori dibuat hanya melalui platform elektronik Saudi Falcons Club, dengan nilai transaksi komersial pameran ini dijangka akan meningkat sebanyak 25% berbanding jumlah yang telah diperoleh pada tahun lepas.

Dalam edisi keempatnya, pameran ini akan berlangsung selama 10 hari dan dijangka akan menyaksikan kehadiran yang tinggi bagi burung helang dan senjata berburu yang ditunjukkan buat kali pertama, selain daripada pameran kenderaan 4x4 tersuai. Sebuah astaka khas telah diperuntukkan untuk kereta pacuan empat roda luar biasa yang diubah suai serta motosikal empat roda bagi memenuhi keadaan iklim dan persekitaran yang berbeza yang dihadapi oleh para peminat perburuan dan pengembaraan luar. Adalah dijangkakan bahawa pameran ini akan turut menyaksikan penyertaan pempamer baharu bagi kenderaan 4x4 tersuai dari seluruh dunia.

Hubungan Media:

Ahmad AlRefaie, Pengarah
+966 54 501 7470
ahmad.alrefaie@xpotential-data.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1884685/Saudi_Falcon_Auction.jpg?p=medium600

Source: Saudi Falcons Club
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Travel Animals/Pets Trade show news Future Events