omniture

Experlogix LLC dan Xpertdoc Technologies akan Bergabung di Bawah Jenama Experlogix

Experlogix
2022-08-25 19:10 282

SOUTH JORDAN, Utah, 25 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Experlogix, yang memiliki perisian CPQ dan penyelesaian automasi dokumen yang memudahkan jualan dan proses lain yang paling kompleks, hari ini mengumumkan rancangannya untuk menggabungkan semua produk serta perkhidmatan Experlogix LLC dan Xpertdoc Technologies bersatu di bawah jenama Experlogix. Peralihan jenama ini adalah susulan perubahan nama operasi Xpertdoc Technologies Kanada kepada Experlogix Technologies Kanada.

Experlogix is a leader in CPQ and document generation and automation software for Microsoft Dynamics 365, Salesforce, NetSuite, SugarCRM, and many other top CRM and ERP platforms.
Experlogix is a leader in CPQ and document generation and automation software for Microsoft Dynamics 365, Salesforce, NetSuite, SugarCRM, and many other top CRM and ERP platforms.

Selepas pengambilalihan Xpertdoc Technologies pada bulan Disember 2020, Experlogix telah mengembangkan penawaran CPQ terbaik dalam bidangnya dengan memasukkan keupayaan penjanaan dan automasi dokumen bersepadu melalui Xpertdoc. Di bawah jenama korporat Experlogix yang baharu ini, semua pelanggan — pelanggan CPQ dan juga automasi dokumen — boleh menjangkakan dedikasi dan sokongan yang sama terhadap semua produk dan perkhidmatan yang kini ditawarkan sebagai satu set penyelesaian.

Produk penjanaan dan automasi dokumen Xpertdoc kini akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada Automasi Dokumen Experlogix. Produk Configure, Price, Quote (CPQ) Experlogix kini akan dijual sebagai Experlogix CPQ.

Kedua-dua domain web syarikat yang sedia ada ini akan digabungkan untuk memudahkan peralihan menjadi satu jenama. Laman web baharu ini akan menggabungkan kandungan dan sokongan Xpertdoc ke dalam Experlogix.com dengan peralihan semua ciri-ciri digital telah dijadualkan buat masa ini pada awal tahun 2023.

"CPQ dan automasi dokumen berkongsi satu elemen yang sama: Mereka membantu syarikat menguruskan proses yang kompleks dengan berkesan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan pekerja mereka serta mempercepat penjanaan pendapatan," kata Bill Fox, Ketua Pegawai Eksekutif Experlogix. "Dari awal lagi, kami sudah tahu yang kami ingin menjadi sebuah syarikat yang kukuh dengan pelbagai tawaran produk. Kini, sebagai sebuah jenama tunggal, Experlogix dapat membawa pasukan kami dengan lebih 300 orang pakar bersama-sama dengan pengalaman yang tiada tandingan untuk memacu kejayaan bagi para pelanggan dan rakan kongsi."

Pengambilalihan ini telah meningkatkan nilai kepada para pelanggan dan membantu menjana pertumbuhan syarikat yang signifikan, termasuk penambahan lebih 100 pekerja baharu di pelbagai rantau, peningkatan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 49% serta sokongan kepada lebih 600 buah syarikat di seluruh dunia — menandakan kedudukan Experlogix sebagai Syarikat Persendirian No. 3,079 yang Terpantas Berkembang di A.S., seperti yang disenaraikan dalam Inc. 5000 2022.

"Kami telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil kepada syarikat bersaiz sederhana yang masih boleh menjadi tangkas dan fleksibel, dengan sumber dan kestabilan sebuah organisasi yang lebih besar," kata Fox. "Sebagai sebuah entiti gabungan, matlamat kami adalah agar jenama Experlogix ini dapat mencerminkan evolusi tersebut dan menjadi lebih mudah untuk dikendalikan kepada para pelanggan, rakan kongsi dan pemerhati industri kami — yang membolehkan kami membawa mereka ke dalam visi masa depan kami."

Pengumuman ini menyusuli pelantikan kepemimpinan baharu untuk meningkatkan kepakaran, pengembangan pasaran dan pertumbuhan syarikat yang berterusan, termasuk:

  • Beth Thornton, Ketua Pegawai Hasil
  • Renee Gregor, Naib Presiden Perikatan dan Perkongsian Strategik
  • Mark Conway, Naib Presiden Jualan EMEA
  • Angie Cox, Naib Presiden Jualan Amerika Utara
  • Arjun Nukal, Ketua Pegawai Kewangan

Experlogix akan menjemput para pelanggan ke Sidang Kemuncak Komuniti Amerika Utara yang akan datang di reruai 406, di mana ia akan berkongsi maklumat lanjut tentang rangkaian produknya yang bertaraf dunia, perkongsian serta penyepaduan platform CRM dan ERP yang hebat.

Tentang Experlogix

Penyelesaian Experlogix memudahkan dan menjadikan produk dan proses yang paling kompleks lebih mudah diuruskan untuk membentuk halaju aliran kerja dan mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Experlogix CPQ membuatkan konfigurasi dan proses lain menjadi lebih cepat daripada jangkaan anda dan lebih mudah daripada apa yang anda bayangkan. Automasi Dokumen Experlogix memudahkan dan turut mengoptimumkan proses dokumen yang paling kompleks untuk syarikat-syarikat di seluruh dunia dalam mana-mana industri. Experlogix — memudahkan perkara yang kompleks.

Experlogix ialah sebuah syarikat global yang beribu pejabat di Salt Lake City, dengan ibu pejabat Eropah di Veenendaal, Belanda. Kami berada dalam talian di www.experlogix.com 

Hubungan Media, Pamela Velentzas,  Pengurus Kanan Pemasaran, Experlogix, pvelentzas@experlogix.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1884638/Experlogix_Experlogix_LLC_and_Xpertdoc_Technologies_to_Unify_Und.jpg?p=medium600 

Source: Experlogix
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Personnel announcements Restructurings/recapitalizations