omniture

GEODIS Menandatangani Perjanjian Pengembangan dengan Locus Robotics untuk Menggunakan 1,000 LocusBots di Tapak Gudang Seluruh Dunia

Locus Robotics
2022-08-25 20:44 505

NASHVILLE, Tennessee dan WILMINGTON, Massachusetts, 25 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- GEODIS, sebuah syarikat penyedia pengangkutan dan logistik global terkemuka, dan Locus Robotics, peneraju Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) untuk gudang pemenuhan, hari ini mengumumkan perjanjian pengembangan baharu untuk menggunakan sejumlah 1,000 LocusBots di lokasi gudang GEODIS di seluruh dunia dalam tempoh 24 bulan akan datang. Ini merupakan salah satu urus niaga Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) terbesar dalam industri setakat ini.

GEODIS Signs Expanded Agreement with Locus Robotics to Deploy 1,000 LocusBots at Global Warehouse Sites
GEODIS Signs Expanded Agreement with Locus Robotics to Deploy 1,000 LocusBots at Global Warehouse Sites

"Ketika kami terus mengharungi cabaran di seluruh industri seperti permintaan e-dagang yang meningkat dengan pantas dan kekangan buruh, penting bagi kami untuk terus komited melaksanakan penyelesaian automasi robotik yang paling inovatif dan berkesan yang tersedia, ke dalam gudang kami bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami," kata Eric Douglas, Naib Presiden Eksekutif Teknologi dan Kejuruteraan GEODIS di Amerika. "Pendekatan pelbagai bot kolaboratif Locus telah membuktikan keberkesanan dan kebolehpercayaannya di setiap tapak kami, memberikan kami keupayaan untuk meningkatkan prestasi dengan mudah sambil menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan pintar kepada rakan sepasukan kami. Perjanjian pengembangan baharu ini mengukuhkan komitmen kami yang jelas dan berterusan terhadap teknologi termaju bagi memenuhi jangkaan para pelanggan kami yang kian meningkat di peringkat global."

Pada masa ini, GEODIS menggunakan AMR Locus di 14 lokasi di seluruh dunia dan memberikan perkhidmatan kepada pelbagai jenama runcit dan pengguna termasuk gudang di A.S. dan Eropah. Perjanjian ini akan memperluas jejak syarikat secara signifikan apabila tapak baharu disusun atur.

"Fleksibiliti terbina dalam, kebolehskalaan dan pulangan pelaburan pantas Locus membantu GEODIS memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan global mereka secara konsisten," kata Rick Faulk, Ketua Pegawai Eksekutif Locus Robotics. "Pengembangan strategik ini membolehkan GEODIS memenuhi keperluan gudang yang mengalami pertumbuhan tinggi hari ini dan kami berharap dapat terus bekerjasama untuk memacu kecekapan operasi dan pertumbuhan."

GEODIS dan Locus Robotics mula bekerjasama pada tahun 2018 di tapak Indiana yang membolehkan syarikat logistik pihak ketiga global tersebut menggunakan teknologi inovatif Locus dalam operasinya bagi membantu kakitangan melaksanakan proses kutipan yang rumit. Sejak itu, Penyelesaian Locus telah meningkatkan produktiviti, fleksibiliti dan ketangkasan serta menambah baik persekitaran tempat kerja untuk rakan sepasukan dengan mengurangkan tugas yang rumit dan berulang bagi meningkatkan pengekalan pekerja di seluruh tapak yang akhirnya membolehkan GEODIS meningkatkan operasinya serta memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah.

Dengan peningkatan e-dagang yang mendadak dan kekurangan tenaga kerja yang berterusan, penambahan automasi robotik kini menjadi keperluan yang penting dan strategik dalam memenuhi permintaan pelanggan. LocusBots membantu gudang e-dagang GEODIS menguruskan kutipan pesanan dan penambahan inventori dengan cekap, meningkatkan daya pemprosesan secara signifikan untuk mempercepat proses penghantaran. LocusBots mengurangkan masa berjalan yang tidak produktif dengan ketara, menghapuskan kemudi gerabak berat yang dilakukan secara manual di gudang, mengurangkan keperluan pekerja secara fizikal serta meningkatkan ergonomik dan kualiti di tempat kerja.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Locus Robotics, sila layari www.locusrobotics.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GEODIS, sila layari www.geodis.com.

Tentang Locus Robotics

Penyelesaian berbilang bot Locus Robotics yang revolusioner menggabungkan robot mudah alih autonomi yang hebat dan pintar yang beroperasi secara kolaboratif dengan tenaga kerja manusia untuk meningkatkan produktiviti pengendalian setiap unit secara dramatik iaitu sebanyak 2 hingga 3 kali ganda dengan tenaga buruh yang kurang berbanding sistem pengendalian setiap unit secara tradisional. Penyelesaian yang memenangi anugerah ini membantu peruncit, pengendali logistik pihak ketiga (3PL) dan gudang khusus memenuhi dan mengatasi keperluan persekitaran pemenuhan yang semakin kompleks dan mencabar dengan cekap serta disepadukan dengan mudah ke dalam infrastruktur gudang sedia ada tanpa mengganggu aliran kerja yang dengan serta-merta mengubah produktiviti tanpa mengubah gudang. Pada tahun 2021, Locus Robotics menduduki tempat ke-428 dalam Inc. 500 dan dinobatkan sebagai Syarikat AMR Terbaik Tahun 2021 oleh Forrester. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.locusrobotics.com.

Tentang GEODIS

GEODIS ialah penyedia pengangkutan dan logistik global terkemuka yang diiktiraf atas komitmennya untuk membantu pelanggan mengatasi kekangan logistik mereka. Tawaran berfokuskan pertumbuhan GEODIS (Pengoptimuman Rantaian Bekalan, Penghantaran Kargo, Logistik Kontrak, Pengedaran & Ekspres serta Pengangkutan Jalan Raya), disertai dengan jangkauan syarikat yang benar-benar global dengan rangkaian seluruh dunia yang meliputi hampir 170 buah negara, digambarkan dengan kedudukan tertinggi perniagaannya: no. 1 di Perancis dan no. 7 di seluruh dunia. GEODIS mempunyai lebih 44,000 orang pekerja di seluruh dunia dan menjana pendapatan sebanyak €10.9 bilion pada tahun 2021. Ketahui lebih lanjut di www.geodis.com.

Locus Robotics and GEODIS
Locus Robotics and GEODIS

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1885065/Unknown.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1885064/Locus_and_Geodis.jpg?p=medium600

Source: Locus Robotics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements