![]() |
Identiti baharu menyokong penyelesaian yang semakin meningkat yang memenuhi keperluan pelanggan apabila ekosistem serbaneka yang kompleks mengalami transformasi
ATLANTA, 26 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- PDI, peneraju global yang memberikan penyelesaian dan pemahaman yang hebat yang berfungsi sebagai tulang belakang ekosistem borong petroleum dan peruncitan serbaneka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dijenamakan semula kepada PDI Technologies. Perkembangan ini juga merangkumi logo dan laman web baharu (pditechnologies.com) yang mencerminkan komitmen dan pelaburan organisasi ini yang berterusan dalam menyokong transformasi industri.
Ditubuhkan hampir 40 tahun yang lalu dan sebelum ini dikenali sebagai Professional Datasolutions, Inc., syarikat ini telah berkembang daripada 1,200 rakan sekutu pada awal tahun 2020 kepada hampir 2,000 rakan sekutu pada bulan Ogos 2022. Pertumbuhan ini ekoran daripada syarikat ini yang memperluas jejak globalnya, mempercepat pelaburan produk dan memperoleh penyelesaian baharu—termasuk penambahan tawaran perusahaan yang signifikan dalam pembayaran, promosi dan penglibatan tawaran; keselamatan; tempat jualan (tersedia di luar Amerika Syarikat); kelestarian; pemahaman canggih; dan banyak lagi. PDI juga memiliki dan mengendalikan dua inisiatif pengguna yang diiktiraf secara meluas—program Fuel Rewards® dan GasBuddy®—yang menghubungkan lebih 20 juta pengguna aktif ke ekosistem serbaneka yang lebih luas.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah membuat pelaburan yang signifikan dalam mengembangkan organisasi kami melalui inovasi, kerjasama pelanggan dan penggabungan serta pengambilalihan strategik," kata Jimmy Frangis, Ketua Pegawai Eksekutif PDI Technologies. "Nama dan jenama PDI Technologies baharu ini bakal meneruskan legasi pengalaman kami yang dipercayai selama beberapa dekad, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai penyelesaian yang lebih luas yang direka untuk menyokong pelanggan ketika mereka mengembangkan perniagaan mereka."
Peruncit serbaneka, pemborong dan pengedar petroleum serta jenama CPG dan pengguna hari ini menghadapi pelbagai cabaran—daripada kekurangan tenaga kerja kepada kekangan rantaian bekalan, ancaman keselamatan siber, perubahan keutamaan pengguna dan banyak lagi. Dengan menyediakan penyelesaian bersepadu untuk membantu mereka meningkatkan produktiviti, menghubungkan data dan operasi dengan selamat serta memanfaatkan pemahaman yang boleh dilaksanakan, PDI adalah "Menghubungkan Serbaneka" di seluruh dunia.
"Dalam empat dekad sejak kisahnya bermula, perniagaan ini telah mengalami transformasi secara berperingkat—seperti industri peruncitan serbaneka yang ia tawarkan—kerana ia terus membina keupayaan baharu untuk menyediakan saluran yang berkembang pesat," kata Dan Munford, pempengaruh industri dan Pengarah Urusan Insight Research and Global Convenience Store Focus. "Ia terletak pada teras perniagaan pelanggan ketika mereka berusaha untuk memenuhi keperluan pengguna baharu secara cekap dan menguntungkan. Apa yang telah dicapai oleh PDI Technologies merupakan satu pencapaian yang hebat dan saya berharap dapat melihat pencapaian seterusnya."
Hari ini, PDI menyokong pelanggan di lebih 50 buah negara dan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kepada lebih 200,000 lokasi serbaneka dan borong petroleum. Syarikat ini kekal berdedikasi untuk mengukuhkan hubungan pelanggan semasanya, kerana ia mencari pertumbuhan tambahan pada tahun-tahun akan datang.
"Kisah PDI merupakan sesuatu yang menarik dengan sejarah yang kaya," kata Linnea Geiss, Ketua Pegawai Operasi PDI Technologies. "Pencapaian jenama baharu kami ialah tentang melancarkan perbualan dengan ekosistem kami yang lebih luas dan berkongsi wawasan untuk masa depan yang membina reputasi kami untuk perkhidmatan yang mendalam kepada industri ini. Untuk terus menjadi peneraju ketika pasaran dinamik ini berkembang, PDI Technologies akan berubah bersama-sama dengan pelanggan, rakan sekutu dan pemegang saham kami."
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PDI Technologies dan jenama baharunya, sila layari bahagian "Kisah Kami" di pditechnologies.com yang baharu.
Tentang PDI Technologies
Dengan penerajuan industri selama 40 tahun, PDI Technologies, Inc. berada di persimpangan pertumbuhan produktiviti dan jualan yang memberikan penyelesaian yang hebat yang berfungsi sebagai tulang belakang ekosistem peruncitan serbaneka dan borong petroleum. Dengan "Menghubungkan Serbaneka" di seluruh dunia, kami memperkasakan perniagaan untuk meningkatkan produktiviti, membuat keputusan yang bermaklumat dan terlibat dengan lebih pantas dengan pelanggan mereka. Daripada operasi ERP dan logistik berskala besar kepada program kesetiaan dan keselamatan siber, kami memudahkan rantaian bekalan industri untuk menerima apa sahaja yang akan datang. Hari ini, kami memberikan perkhidmatan kepada lebih 200,000 lokasi di seluruh dunia dengan penyelesaian seperti program Fuel Rewards® dan GasBuddy®, dua jenama popular yang mewakili lebih 20 juta pengguna aktif. pditechnologies.com
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kelly O 'Brien, kelly.obrien@pdisoftware.com
Keri Callaghan, PDI@peppercomm.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1517102/PDI_color_Logo.jpg?p=medium600