omniture

Inisiatif Seni Global Guggenheim UBS Map Merasmikan Jelajah Antarabangsa di Pusat Masyarakat Asia Hong Kong

Solomon R. Guggenheim Foundation
2013-10-28 16:00 141

-- No Country: Seni Kontemporari bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara dibuka di Pusat Masyarakat Asia Hong Kong pada hari Rabu, 30 Oktober

-- Pameran itu Mengkaji Kepelbagaian Amalan Seni Kontemporari di Rantau itu

NEW YORK dan HONG KONG, 28 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pusat Masyarakat Asia Hong Kong membawakan No Country: Seni Kontemporari untuk Asia Selatan dan Asia Tenggara, pameran jelajah pertama Inisiatif Seni Global Guggenheim UBS MAP, mulai 30 Oktober 2013 hingga 16 Februari 2014. Dengan hasil karya terkini 13 artis dari Bangladesh, Kemboja, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, No Country membawakan antara suara yang paling mencabar dan berdaya cipta di Asia Selatan dan Asia Tenggara hari ini.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/DC03483)

Pameran ini mulanya dipamerkan di New York di Muzium Solomon R. Guggenheim (22 Februari – 22 Mei 2013) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Seni Global Guggenheim UBS MAP, kolaborasi berbilang tahun yang mengikuti amalan seni kontemporari di tiga rantau geografi – Asia Selatan dan Asia Tenggara, Amerika Latin dan Timur Tengah serta Afrika Utara – dan merangkumi khidmat kuratorial, pameran jelajah antarabangsa, pemprograman pendidikan yang dipacu penonton, dan pemerolehan untuk koleksi tetap Guggenheim. Semua hasil karya baru diperoleh untuk koleksi Guggenheim dengan jasa Dana Pembelian Guggenheim UBS MAP. Berikutan pamerannya di Hong Kong ini, pameran ini akan menjelajah ke Singapura.

Gambaran Menyeluruh Pameran

No Country telah dianjurkan oleh June Yap, Kurator Guggenheim UBS MAP, Asia Selatan dan Asia Tenggara, dan Dominique Chan, Kurator Pameran, Pusat Masyarakat Asia Hong Kong. Pameran itu terdiri daripada 18 lukisan, arca, gambar foto, video dan karya media bercampur.

Menurut Cik Yap, "Ada kepelbagaian amalan artistik yang sangat meluas di Asia Selatan dan Asia Tenggara, dan sudah tentu lebih ramai artis dan lebih banyak hasil karya daripada yang mampu ditampung oleh apa-apa projek tunggal. Dalam pameran ini, kami ingin mempersembahkan rangkaian pembangunan estetik dan subjek yang menarik minat kepada artis kontemporari, dan untuk mencabar pemberian keistimewaan sesebuah negara dan naratif kebangsaan sebagai asas untuk memahami mereka. Disertakan dengan program untuk penglibatan bersama penonton tempatan yang berbeza, No Country bukan sekadar pameran biasa; ia merupakan platform untuk perbincangan dan pertukaran."

Artis yang terlibat dalam pameran ini ialah:

  • Bani Abidi (l. 1971, Karachi, Pakistan)
  • Reza Afisina (l. 1977, Bandung, Indonesia)
  • Khadim Ali (l. 1978, Quetta, Pakistan)
  • Aung Myint (l. 1946, Yangon, Myanmar)
  • Shilpa Gupta (l. 1976, Mumbai, India)
  • Vincent Leong (l. 1979, Kuala Lumpur, Malaysia)
  • Tayeba Begum Lipi (l. 1969, Gaibandha, Bangladesh)
  • Tuan Andrew Nguyen (l. 1976, Saigon, Vietnam)
  • Araya Rasdjarmrearnsook (l. 1957, Trad, Thailand)
  • Norberto Roldan (l. 1953, Bandar Raya Roxas, Filipina)
  • Tang Da Wu (l. 1943, Singapura)
  • Truong Tan (l. 1963, Hanoi, Vietnam)
  • Vandy Rattana (l. 1980, Phnom Penh, Kemboja)

Pameran itu – yang tajuknya ialah baris pembukaan puisi nukilan W.B. Yeats "Sailing to Byzantium" (1928) – mengusulkan pemahaman rantau yang melangkaui sempadan fizikal dan politik. Naratif bersejarah untuk Asia Selatan dan Asia Tenggara mengunjur dari zaman kerajaan dan empayar purbanya sehingga ke negara bangsa zaman kini dan dipengaruhi dengan kejadian penjajahan, perpecahan, dan pencampuran tangan – kejadian dan proses yang terpahat dalam ingatan budaya. Asia Selatan dan Asia Tenggara juga merupakan tempat pelbagai kepercayaan, agama dan kod etika penting dan berpengaruh diamalkan, termasuk agama Buddha, Hindu dan Islam.

Diadaptasikan dengan kolaborasi bersama Pusat Masyarakat Asia Hong Kong, pameran itu memberi penekanan tambahan kepada impak rukun rohani dan moral Asia Selatan dan Asia Tenggara ke atas pembentukan masyarakat rantau itu. No Country meneliti kepelbagaian amalan artistik kontemporari dalam rantau yang berkepelbagaian ini dan menunjukkan bagaimana artis yang diwakili dalam pameran ini bergerak jauh meninggalkan tanggapan penyempitan bagi mencerminkan manifestasi dan kesan kepercayaan.

Pameran No Country membahagikan karya seninya kepada empat kumpulan mengikut tema, setiap satunya mencerminkan aspek berbeza dalam kepercayaan dan moraliti. Empat seksyen ini menerokai impak agama terhadap kelahiran negara bangsa di rantau ini, saling tindakan antara masyarakat global masa kini dan warisan keagamaan, persoalan bagaimana ajaran agama boleh menyatukan komuniti yang berpecah-belah atau menyebabkan mereka terus bertelagah, dan penerokaan pilihan yang ada untuk individu dan komuniti tanpa mengambil kira kepercayaan agama dan budaya.

Tentang Inisiatif Seni Global Guggenheim UBS MAP

Diilhamkan bagi melibatkan pelbagai kalangan pengunjung, termasuk artis, kurator dan pendidik, Inisiatif Seni Global Guggenheim UBS MAP ingin merangsang dialog dan interaksi kreatif di peringkat rantau dan global, memupuk perhubungan berkekalan dalam kalangan institusi, artis, sarjana, pengunjung muzium, dan komuniti dalam talian. Dilancarkan pada bulan April 2012, program itu ialah tambahan kepada serta mencerminkan sejarah cemerlang Yayasan Solomon R. Guggenheim untuk internasionalisme dan meningkatkan secara signifikan pegangan seni Guggenheim daripada komuniti dinamik ini.

Memperluas Dialog, di Lapangan dan dalam Talian

Sebagai sebahagian daripada misinya untuk menggalakkan dialog merentasi budaya tentang seni kontemporari dan amalan budaya, Guggenheim telah bekerjasama rapat dengan Pusat Masyarakat Asia Hong Kong bagi membangunkan siri program tersuai khusus yang menyeluruh dan inovatif termasuk bengkel latihan guru, bengkel amali keluarga, jelajah untuk pengunjung dengan kekurangan daya penglihatan, siri program yang dikendalikan artis, jelajah multimedia menggunakan app telefon pintar, dan simposium yang menangani tanggapan identiti sebagai kekalutan budaya dalam seni kontemporari. Melalui proses pertukaran budaya dan profesional yang dinamik, penglibatan langsung artis, penyepaduan kreatif teknologi, dan rangkaian program menyeluruh dalam seni tampak, program pendidikan itu akan menyediakan forum intelek antarabangsa yang penting dan melangkaui sempadan geografi untuk sampai kepada ratusan ribu orang di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut lawati:
Laman Web Inisiatif: guggenheim.org/MAP
Laman Web Pusat Masyarakat Asia Hong Kong:  asiasociety.org/hong-kong 
Media Sosial   guggenheim.org/connect

Untuk perkembangan terkini ikuti #GuggUBSMAP di Twitter.

Source: Solomon R. Guggenheim Foundation
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment