omniture

Sidang Kemuncak Pandangan India - Penjana Ekonomi Masa Depan dan Peluang Pelaburan

UBM India
2013-10-28 16:41 133

MUMBAI, India, 28 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

"Dengan pasaran besarnya, keberkesanan kos perbandingan dan keupayaan IT, India telah berjaya menarik minat syarikat antarabangsa ke destinasi pelaburan ini," kata fDi Magazine, yang diterbitkan oleh Financial Times

UBM, dengan kerjasama Financial Times dan FDI Magazine mengumumkan pelancaran Sidang Kemuncak Pandangan India pada 5 Disember 2013 di London. Acara itu akan berlangsung di London, Singapura dan Dubai.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131025/648362 )

Courtney Fingar, Editor fDI Magazine terus berkata, "Kemunculan serentak sebagai kuasa ekonomi telah menjadikan negara itu tumpuan utama dunia. Namun, China telah berjaya mengatasinya dalam menarik pelaburan terkini dan pasaran memuncul yang lain juga sedang cepat menyamakan kedudukan. Masalah berlarutan dalam persekitaran perniagaan, seperti peraturan yang ketat dan menghalang tindakan, undang-undang yang tidak mesra, ketidaktentuan cukai dan perlindungan harta intelek yang tidak mencukupi, menjadikan India agak tercicir dalam mencapai potensi FDI miliknya dengan sepenuhnya."

Dengan permintaan pasaran yang kian meningkat dan peningkatan kuasa beli dalam pelbagai industri, India telah muncul sebagai perniagaan yang berdaya maju dan mempunyai daya tarikan bagi pelaburan. Courtney menekankan perkara ini dengan berkata, "India terus mampu bersaing kerana banyak peluang perniagaan yang dimilikinya. Tetapi kini merupakan masa untuk India maju ke peringkat seterusnya, dan meningkatkan lagi daya tarikan terhadap pelabur."

Sidang Kemuncak Pandangan India merupakan destinasi berbilang, juga persidangan antarabangsa yang akan memberi tumpuan terhadap penilaian, cabaran dan peluang pelaburan dalam ekonomi India.

Persidangan tersebut akan menjemput para individu yang berpengaruh dalam bidang ekonomi, pembuat keputusan dan peneraju perniagaan untuk membantu para peserta dalam perbincangan tentang prospek pelaburan masa depan di India. Ucap utama dan penceramah eksekutif acara itu akan membentangkan perspektif domestik dan global.

Isu-isu Utama yang akan ditekankan semasa Persidangan:

  • Menentukan status semasa ekonomi India dan pandangan masa depannya
  • Mengkaji masa depan FDI India dan peluang masa depan yang berpotensi
  • Menilai arah aliran ekonomi dan peraturan masa depan
  • Mengenal pasti cabaran utama cukai dan kawal selia apabila melabur di India
  • Menilai sektor utama untuk pelaburan yang menguntungkan dan peluang perniagaan
  • Memahami pelaburan yang berjaya dan strategi perniagaan untuk India
  • Mengembalikan keyakinan pelabur terhadap pasaran India masa depan

Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.indiainvestmentoutlook.com/pr

Tentang UBM

UBM plc merupakan syarikat komunikasi dan perkhidmatan pemasaran yang dipacu acara global yang menerajui. Syarikat ini membantu perniagaan menjalankan perniagaan, mengumpulkan pembeli dan penjual di seluruh dunia bersama-sama di acara yang disediakan, secara dalam talian dan cetakan. 5,500 kakitangan syarikat ini di lebih 30 negara ditugaskan mengikut kumpulan kepakaran masing-masing yang berkhidmat untuk komuniti komersil dan profesional, yang membantu mereka untuk menjalankan perniagaan dan bagi pasaran mereka berjalan dengan berkesan dan cekap.

Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.ubm.com; ikuti mereka di Twitter di @UBM_plc bagi mendapatkan berita korporat UBM yang terkini; ikuti @UBMNews untuk berita daripada semua perniagaan UBM; ikuti @UBM untuk pengalaman UBM daripada ahli-ahli terpilih Twitterati UBM.

Tentang FDI Magazine

fDi Magazine merupakan penerbitan pelaburan langsung asing berita dwi-bulanan berbahasa Inggeris yang menyediakan ulasan yang terkini tentang aktiviti pelaburan global. Edarannya telah mencapai angka 14,969 para profesional pelaburan melangkaui sempadan dan korporat aktif yang diaudit ABC di seluruh dunia.

fDi Magazine ialah tumpuan utama portfolio Perisikan fDi bagi produk pelaburan dan perkhidmatan Financial Times.

Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.indiainvestmentoutlook.com/pr

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Encik Sean Palanna, Pengarah Urusan, UBM India: T: +91-(022)6172-7072/ +91-(0)9920-857525, e-mel: sean.palanna@ubm.com

Sumber: UBM India

Source: UBM India
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news