omniture

Australia Undang Pengembara Belia Sertai Kempen 'Be Changed'

Tourism Australia
2013-10-29 10:00 84

SYDNEY, 29 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pelancongan Australia telah menghasilkan filem pendek bertajuk 'Be Changed' melalui pautan YouTube yang bertujuan memberi inspirasi kepada pengembara belia antarabangsa dan menggalakkan mereka memulakan pengembaraan bagi meneroka Australia.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran media ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/63919-tourism-australia-invites-the-youth-traveller-to-be-changed

'Be Changed' telah dihasilkan oleh Infinity Squared dan memaparkan puisi hasil tulisan Bravo Child dan dideklamasikan oleh beliau selepas menonton filem pendek yang diilhamkan oleh satu pertandingan anjuran Pelancongan Australia yang dikenali sebagai pertandingan 'Best Jobs in the World' baru-baru ini.

Pengarah Urusan Pelancongan Australia, Andrew McEvoy berkata filem terbaharunya, 'Be Changed', dihasilkan dengan tujuan untuk memperkasakan kempen 'Best Jobs in the World' dengan memaparkan manfaat transformasi percutian bekerja belia di Australia.

"Bagi finalis dan pemenang, saya merasakan pengalaman 'Best Jobs' dan pengembaraan yang telah dinikmati mengubah fahaman mereka terhadap kehidupan. Imej yang menakjubkan dan kata-kata Bravo Child yang indah amat bersesuaian dengan kehebatan Australia untuk mengolah dan memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan belia di seluruh dunia untuk mengikuti jejak mereka dan memulakan pengembaraan unik mereka sendiri yang membawa kepada penemuan diri," kata En. McEvoy.

Pengarah filem, Rob Stanton-Cook berkata, beliau mahu mencipta sesuatu yang asli dan unik dengan suara individu yang jauh berbeza daripada pengiklanan pelancongan lazim.

"Kami berhasrat untuk membawa rasa kehebatan unik yang dirasakan apabila mengembara dan meneroka negara baharu. Perasaan yang timbul berkisar kepada rasa keyakinan dan keseronokan (seperti apa-apa sahaja boleh berlaku!) dari saat anda melangkah keluar dari kapal terbang dan dikelilingi oleh orang-orang baharu, budaya baharu, pelbagai bunyi-bunyian dan tapak baharu," kata Stanton-Cook.

Penyair Bravo Child amat terkesan dengan memperlihatkan visi yang merealisasikan "destinasi bukanlah sekadar kiriman poskad yang berpemandangan indah, tetapi sebagai gelanggang riang untuk diterokai. Australia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan pengembaraan. Sekali anda tiba di sini, jika anda berani untuk meneroka, suatu perubahan akan berlaku dalam diri anda."

Pertandingan 'Best Jobs in the World' oleh Pelancongan Australia merupakan sebahagian daripada pemasaran antarabangsa utama bagi menggalakkan peluang pelancongan yang disediakan oleh program visa Australia's Working Holiday Maker (WHM).

En. McEvoy berkata kempen itu sudah menampakkan hasilnya, terutamanya kenaikan yang ketara dalam kepentingan antarabangsa dan pengambilan percutian bekerja di Australia.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Leo Seaton, Pelancongan Australia,
+61-0-447-463-197
Twitter: www.twitter.com/TourismAus

SUMBER  Pelancongan Australia

Source: Tourism Australia
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Travel New products/services