omniture

Pesta Sukan Kebangsaan Melabuhkan Tirai setelah Park Tae-hwan Beroleh Gelaran MVP

Incheon-National Sports Festival Organizing Committee
2013-10-29 15:20 188

INCHEON, Korea Selatan, 29 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Sukan Kebangsaan ke-94 melabuhkan tirainya di Incheon pada hari Khamis baru-baru ini setelah perenang hebat Olimpik, Park Tae-hwan dinobatkan dengan gelaran Pemain Paling Berharga (MVP).

Incheon merupakan bandar metropolitan yang terletak di sebelah barat Seoul yang telah memainkan peranan sebagai tuan rumah bagi pertandingan sukan berbilang kebangsaan terbesar negara tersebut buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun. Kira-kira 22,000 atlet dan 8,000 pegawai membanjiri bandar ketiga paling padat di negara tersebut selama tujuh hari bagi menyertai 46 acara sukan yang disediakan.

Pertandingan kebangsaan tersebut diadakan kira-kira setahun menjelang Sukan Asia 2014 yang akan turut diadakan di bandar tersebut. Pegawai bandar raya mengatakan mereka mahu menjadikan Pesta Sukan Kebangsaan itu sebagai sebahagian daripada persiapan  untuk acara benua besar-besaran. Incheon membina enam tempat baharu menjelang Sukan Asia dan tempat tersebut turut digunakansemasa Pesta Sukan Kebangsaan.

Park,pemenang pingat emas bagi acara lelaki 400 meter gaya bebas pada Sukan Olimpik Beijing 2008, berjaya mengumpul empat pingat emas dan satu pingat gangsadi sini bagi mendapatkan gelaran MVP.  Park mendapat 17daripada 24 undi oleh ahli media.Beliau juga telah dipilih sebagai atlet terbaik bagi acara kebangsaan pada tahun 2005,2007 dan 2008. Beliau kini seri dengan KimTae-hyun, seorang atlet angkat berat dengan anugerah MVP paling banyak dimenangi di PestaSukan Kebangsaan.

LeeWoo-seok,seorang pemanah remaja yang memenangi lima pingat emas,mendapat tempat kedua dengan hanya lima undi.

Bersaing diarena renang baharu dengan mempunyai namanya sendiri, Park mendahului bagi acara renang lelaki 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 4x100m berganti-ganti dan 4x200m berganti-ganti.

Harapan Park untuk mengumpul pingat emas kelimanya pada Khamis lepas kecundang kerana beliau hanya mampu mendapat tempat ketiga bagi acara renang 4x100m rampaian berganti-ganti.

Dengan pencapaian Park pada acara renang lalu, bintang Olimpik beroleh keputusan yang pelbagai di Incheon pada minggu yang lepas.

Ahli gimnastik,YangHak-seon menggondol gelaran kebangsaan ketiga bagi acara gimnastik lelaki (melombol) pada Rabu lalu.Pemenang pingat emas Olimpik dan juara dunia dua kali tersebut tetap bertanding walaupun kaki kanannya terseliuh bagi mengukuhkan dominasi beliau dalam acara melombol.

Ahli angkat berat,SaJae-hyouk menyapu bersih pingat emas dalam acara snatch, clean and jerk dan jumlah beratdalam kategori 77kilogram lelaki pada Rabu lalu. Juara Olimpik Beijing 2008 itu terkehel siku kanannya dalam mempertahankan gelarannya di London pada tahun lepas, tetapi membuat pulangan berjaya untuk pertandingan di sini.

Sebaliknya, Ki Bo-bae, pemenang pingat emas berganda dalam acara memanah wanita di London Games 2012 hanya membawa pulang dua pingat perak dan satu pingat gangsa. Beliau gagal memecahkan rekod bagi kedudukan 10 teratas dalam pusingan kelayakan untuk 30m,60m dan 70m.

Oh Jin-hyek, juara memanah individu lelaki di London, hanya beroleh empat pingat gangsa di Incheon.

Bagi acara tinju, pemenang pingat perak Olimpik 2012, Han Sun-cheol telah tersingkir pada suku akhir acara di Incheon. Bagi acaraJudo pula,ChoJun-ho, pemenang yang membuat kejutan dengan kemenangan pingat gangsa pada Sukan Olimpik tahun lepas,menarik diri daripada perlawanan akhir beliau kerana kecederaan dan sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

Secara keseluruhannya, 25 rekod kebangsaan berjaya dipecahkan dengan 20 daripada rekod tersebut terdiri daripada acara sukan beroda. Dua daripadanya ialah acara sukan bawah air dan tiga yang lain pula merupakan acara renang.

Acara sukan bawah air dan sukan beroda tidak disenaraikan sebagai acara sukan Olimpik. Pesta Sukan Kebangsaan di Daegu tahun lepas menyaksikan lapan rekod kebangsaan baharu bagi tiga acara sukan Olimpik -- enam daripada acara renang,satu daripada acara angkat berat dan satu daripada sukan padang.

Pegawai trek berpendapat suhu yang agak dingin pada lewat bulan Oktober mungkin menjadi faktor penyumbang kepada keputusan rekod sedemikian, namun beliau menyatakan para atlet muda menampilkan persembahan terbaik di Incheon.

Walaupun tiada rekod baharu bagi acara angkat berat, para pegawai sukan menyatakan acara angkat berat Korea Selatan masih mengalami pertukaran dengan jaguh Olimpik terdahulu memberi ruang bagi kemunculan atlet muda.

Tiga perenang masing-masing mencatatkan rekod kebangsaan dan para pegawai menyatakan sekurang-kurangnya enam perenang hampir-hampir mencatatkan rekod baharu semasapertandingan tersebut. Rekod yang diciptakan bagi acaratertentumungkin menurun berbanding acara yang lain, tetapi para pegawai tetap berpuas hati walaupun catatan rekod kurangbagi acara sukan kali ini berbanding Pesta Sukan Kebangsaan sebelumnya.

SUMBER  Jawatankuasa Penganjuran Pesta Sukan Kebangsaan-Incheon

Source: Incheon-National Sports Festival Organizing Committee
Keywords: Sporting Events Sports