omniture

Pemimpin Hartanah Runcit Global Bakal Berkumpul di ICSC RECon Asia 2013

Acara Majlis Antarabangsa Pusat Membeli-belah berlangsung 1-3 Disember di Beijing
ICSC
2013-10-29 15:30 121

BEIJING, 29 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pemimpin hartanah runcit global akan berkumpul di ICSC RECon Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kebangsaan China (CNCC) di Beijing mulai 1-3 Disember.

Penceramah tahun ini termasuklah eksekutif daripada C&A, CBRE Global, Charming Charlie, Inter IKEA Center, Jumba Juice, Ru Guo (If Juice), Twice Fashion dan Walmart Asia Realty.

Acara tahunan Asia untuk Majlis Antarabangsa Pusat Membeli-belah (ICSC) ini akan mengumpul bersama eksekutif tertinggi dunia dalam bidang peruncitan, pemajuan hartanah runcit, sewaan, pengurusan dan kewangan bagi meneliti isu dan arah aliran industri.

"Para penceramah kami mengesahkan lagi nilai RECon Asia sebagai platform industri bagi menerokai kemungkinan dan cabaran Asia," kata Pengarah Asia Pasifik ICSC Tan Guan Heng.

China mengalami proses urbanisasi yang semakin pantas dan semakin menumpu terhadap pembangunan ekonomi domestik, maka pembangunan dan pengurusan pusat membeli-belah yang sejajar juga menjadi penting. Perbelanjaan pengguna – pada tahun 2012, hanya 36% daripada KDNK dibandingkan dengan 60% atau lebih dalam ekonomi maju, menurut Bank Dunia – akan menjadi bahagian yang lebih besar dalam ekonomi China.

Delegasi juga akan belajar bagaimana pemain industri merebut keuntungan daripada prospek keseluruhan Asia termasuk Indonesia dan Indochina. Mereka akan menilai pasaran baharu untuk kemasukan, cuba menangani isu seperti cabaran mendapatkan data pasaran yang andal atau bagaimana untuk melindungi integriti produk.

Peserta baharu ialah sorotan menarik dalam RECon Asia 2013, dengan jenama aksesori fesyen segera AS Charming Charlie membuat persembahan di Retail Runway dan Arcoretail menyertai bersama rakan kongsi China Jihua Group sebagai Penaja Perak majlis pertemuan itu.

Pempamer dan penaja utama juga termasuklah: Aedas, AEON, Architects Orange, Arterior Group, Ayala Land, Benoy, Broadway Malyan, Concept International Design, Garde, Giken Shoji, Inter IKEA Centre, International Software, Jihua Group, McDonald's, PLAYTIME, RDG, Shen Zhen Avic 9 Square Real Estate, ShopperTrak, SM Prime Holdings, SPARK Design Consulting, Subway Real Estate Corp., Starbucks, Taubman Asia, The Buchan Group.

Bagi maklumat lanjut tentang ICSC RECon Asia, sila lawati www.icsc.org/2013APC

Tentang Majlis Antarabangsa Pusat Membeli-belah (ICSC)

Ditubuhkan pada tahun 1957, ICSC ialah persatuan perdagangan global ulung bagi industri pusat membeli-belah. Ahlinya yang sebanyak lebih 60,000 ahli di lebih 90 negara terdiri daripada pemilik, pemaju, pengurus, pakar pemasaran, pelabur, peruncit dan broker pusat membeli-belah, serta ahli akademik dan pegawai awam. Bagi maklumat lanjut, lawati www.icsc.org

Perhubungan media:
June Lam/Rachel Chung
Pronto Communications
Tel: +852 25406872
E-mel: june.lam@prontochina.com

SUMBER:  ICSC

Source: ICSC
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Trade show news