Jayme Han dan Craig Matthew Menyertai Syarikat sebagai Pengarah Urusan; Membawa Pengalaman Kepimpinan Kolektif, Pelaburan dan Hubungan Pelabur Selama Beberapa Dekad di Seluruh Eropah, Asia dan Australia
Memperkukuh Hubungan Di Lapangan dengan Pelanggan dan Rakan Kongsi di Kedudukan Geografi Utama
NEW YORK, 30 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pretium Partners, sebuah firma pelaburan khusus dengan kira-kira $50 bilion aset di bawah pengurusan, hari ini mengumumkan pengembangan keupayaan dan komitmen pembangunan perniagaannya ke Asia dan Australia dengan pelantikan dua orang pegawai pengurusan kanan. Jayme Han yang berpangkalan di Seoul, Korea dan Craig Matthew yang berpangkalan di Sydney, Australia, masing-masing menyertai Pretium sebagai Pengarah Urusan untuk rantau Asia serta Australia & New Zealand. Dengan pelantikan ini, Pretium menubuhkan pejabat pertamanya di Asia dan Australia untuk meneruskan matlamatnya sebagai rakan kongsi yang menjadi pilihan para pelabur di seluruh dunia.
Pengembangan ini menunjukkan komitmen berterusan firma tersebut untuk memastikan pelanggan dan rakan kongsi mendapat manfaat daripada kehadiran dan perspektif tempatan yang mantap yang membolehkan Pretium memberikan sokongan di lapangan secara lebih peribadi dalam pasaran yang serba dinamik. Cik Han dan Encik Matthew membawa perspektif pasaran yang unik dan pengalaman kepemimpinan serta hubungan pelanggan selama beberapa dekad di seluruh London, New York, Seoul, Singapura dan Sydney serta akan bekerjasama rapat dengan para pelanggan dan perunding sedia ada, pelanggan baharu serta entiti dan institusi pengurusan kekayaan di rantau masing-masing.
"Dalam usaha Pretium untuk terus mengembangkan pangkalan pelanggan kami ke seluruh dunia dan menggunakan modal yang semakin meningkat bagi strategi hartanah dan kredit kami, Asia dan Australia merupakan pasaran yang strategik dan peluang pertumbuhan yang penting," kata Don Mullen, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pretium. "Jayme dan Craig membawa kepakaran dan hubungan tempatan yang mendalam bagi pasaran Asia dan Australia bagi menyokong para pelabur kami di lokasi perniagaan mereka. Susulan pengembangan kami ke Timur Tengah baru-baru ini, kami berbesar hati untuk terus mengembangkan pasukan kami dengan individu yang berbakat dan dihormati seperti mereka bagi menjalinkan kerjasama dengan para pelanggan di peringkat antarabangsa."
Cik Han telah memegang beberapa jawatan kepemimpinan yang penting sejak 20 tahun yang lalu dalam industri modal swasta global di London, Seoul dan Singapura yang bertanggungjawab ke atas pengedaran dana dan pelaksanaan pelaburan di seluruh rantau. Terkini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Korporat untuk Jones Lang Lasalle. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Alternatif di Tongyang Life Insurance, penyedia insurans hayat kelima terbesar di Korea dan pada peringkat awal kerjayanya, Cik Han telah dilantik menjadi salah seorang ahli yang mengasaskan perniagaan alternatif – dan merupakan pakar aset sebenar pertama yang dilantik secara khusus – untuk National Pension Service. Cik Han memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Reka Bentuk dari University of California, Davis.
"Pretium memiliki sebuah pasukan yang luar biasa dan saya teruja untuk menyertai syarikat ketika ia mengalami pertumbuhan sambil kami berusaha memperluas jejak kami di peringkat antarabangsa dan di seluruh Asia," kata Cik Han. "Dengan menyokong rakan kongsi am (GP) dan mengetuai pasukan dalam semua aspek peningkatan modal, penggunaan dan pengurusan aset, saya berharap dapat bekerjasama dengan para pelanggan Pretium di Asia dan di seluruh dunia."
Encik Matthew membawa pengalaman pembangunan perniagaan dan perhubungan pelabur selama hampir tiga dekad yang menyokong dan memperluas tawaran pelanggan kepada rakan kongsi terhad termasuk individu bernilai tinggi dan pelabur institusi yang sofistikated seperti pembiayaan, dana kekayaan berdaulat, dana persaraan dan pejabat kekayaan keluarga. Beliau menyertai Pretium dari Asia Principal Capital dan Morpheus Ventures, di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah dalam kumpulan perhubungan pelabur bagi pasaran swasta. Sebelum menyertai Asia Principal Capital, beliau merupakan Pengarah Perhubungan Institusi di Capital Group Companies dengan memainkan peranan yang aktif dalam menubuhkan pejabat syarikat yang pertama di Sydney, Australia. Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan pembangunan perniagaan dengan tanggungjawab yang semakin meningkat sebagai pengurus aset global Alliance Bernstein di New York dan Sydney. Encik Matthew merupakan pengarah pemegang amanah persaraan yang bertauliah dan telah berkhidmat selama beberapa dekad yang lalu sebagai penganjur Persidangan Persatuan Dana Persaraan Tahunan Australia yang aktif. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Bucknell University.
"Menyertai platform pelaburan global yang inovatif dan berwawasan ke hadapan seperti Pretium merupakan suatu peluang yang luar biasa," kata Encik Matthew. "Dengan rangkaian pelabur dan rakan kongsi terkemuka sedia ada di Australia dan New Zealand serta rekod prestasi pelaburan yang tiada tandingan, saya yakin bahawa kami berada pada landasan yang tepat untuk terus mengembangkan pangkalan pelanggan dan kewujudan firma di seluruh rantau ini."
Tentang Pretium
Pretium ialah sebuah firma pelaburan khusus dengan tumpuan terhadap bidang hartanah kediaman, kredit kediaman dan kredit korporat di A.S. Pretium telah ditubuhkan pada tahun 2012 untuk memanfaatkan peluang pelaburan dan pinjaman sekular akibat perubahan struktur, gangguan dan ketidakcekapan dalam kitaran ekonomi. Pretium telah membina ekosistem analitik dan operasi bersepadu dalam pasaran perumahan, kredit kediaman dan kredit korporat di A.S. serta percaya bahawa pemahaman dan pengalamannya dalam pasaran ini mewujudkan kelebihan strategik yang mampu mengatasi pengurus pelaburan lain. Platform Pretium mempunyai kira-kira $50 bilion aset dengan pekerja seramai lebih 4,000 orang di lebih 30 buah pejabat termasuk London dan Dubai. Sila layari www.pretium.com untuk maklumat lanjut.
Hubungan
Jon Keehner / Lyle Weston / Erik Carlson
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
212-355-4449
Media-SFR@pretium.com