omniture

CATL dan ZEEKR tandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun, volum pertama bateri Qilin untuk beri kuasa kepada model ZEEKR

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2022-08-30 21:51 441

NINGDE, China, 30 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 27 Ogos, CATL dan ZEEKR bersama-sama mengumumkan ZEEKR sebagai jenama kereta pertama yang akan diberi kuasa oleh bateri Qilin yang dikeluarkan secara besar-besaran. ZEEKR 009 akan menjadi kereta pertama di dunia dengan Qilin di dalamnya sementara ZEEKR 001 pula akan menjadi model pertama di dunia yang dilengkapi dengan bateri Qilin dengan jarak sejauh 1,000 km. Kedua-dua syarikat ini telah mencapai persetujuan perkongsian strategik selama lima tahun dan berdasarkan kepada kerjasama yang erat, bersetuju untuk mengukuhkan interaksi bekalan dan permintaan bagi menggalakkan kemajuan teknologi dalam industri tenaga baharu.

CATL dan ZEEKR menandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun, volum pertama bateri Qilin untuk memberi kuasa model ZEEKR
CATL dan ZEEKR menandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun, volum pertama bateri Qilin untuk memberi kuasa model ZEEKR

Bateri Qilin adalah berdasarkan kepada teknologi CTP generasi ketiga CATL. Dengan kecekapan penggunaan volum memecah rekod 72% dan ketumpatan tenaga sehingga 255 Wj/kg, ia mencapai tahap integrasi sistem tertinggi di dunia setakat ini, berupaya untuk memberi jarak sejauh lebih 1,000 km. Tambahan pula, dengan menerima pakai teknologi penyejukan sel permukaan besar perintis, Qilin menyokong permulaan panas dalam 5 minit dan pengecasan pantas dalam 10 minit. Dengan sistem kimia yang sama dan saiz pek yang sama, ia dapat menyampaikan 13% lebih kuasa berbanding bateri 4680, mencapai penambahbaikan menyeluruh dari segi jarak, pengecasan pantas, keselamatan, hayat perkhidmatan, kecekapan dan prestasi suhu rendah.

Dengan mengambil kira permintaan pasaran dan pengalaman pengguna, bateri Qilin akan dapat memanfaatkan sepenuhnya kecekapan tenaganya dengan sokongan daripada Seni Bina Pengalaman Lestari (Sustainable Experience Architecture, SAE) terbuka dan utama, lalu menyediakan penyelesaian pemanduan elektrik tulen yang sempurna. Model-model dengan Qilin di dalamnya akan menghilangkan kebimbangan pengguna tentang jarak, pengecasan dan keselamatan bateri EV, seterusnya membolehkan mereka menikmati pengalaman pemanduan yang selesa.

"ZEEKR 009 dengan Qilin di dalamnya akan diserahkan kepada pelanggan kami dalam suku pertama tahun 2023 manakala ZEEKR 001 edisi Qilin akan dikeluarkan dalam suku kedua tahun 2023. Disokong oleh SEA yang terkemuka di dunia dan bateri Qilin termaju, kami akan dapat menawarkan keseronokan memandu sepenuhnya kepada pelanggan kami," kata An Conghui, Ketua Pegawai Eksekutif ZEEKR.

"Mendukung prinsip menyampaikan penyelesaian dengan usaha bersama, kami berdedikasi untuk mengupayakan pembuat auto membangunkan jenama-jenama kereta mewah global dengan bateri dan penyelesaian teknologi bateri EV yang utama, seterusnya menggalakkan peralihan e-mobiliti global," kata Dr. Robin Zeng, pengasas dan Pengerusi CATL.

Hanya 65 hari diperlukan untuk CATL memperkenalkan model-model yang dikeluarkan besar-besaran dengan Qilin di dalamnya susulan keluaran bateri tersebut yang melambangkan komitmen CATL terhadap permintaan untuk produk bateri dengan jarak jauh, pengecasan amat pantas dan keselamatan tinggi oleh pasaran dan juga pelanggan. Ia merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan kenderaan elektrik pintar yang akan mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik.

CATL dan ZEEKR menandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun, volum pertama bateri Qilin untuk memberi kuasa model ZEEKR
CATL dan ZEEKR menandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun, volum pertama bateri Qilin untuk memberi kuasa model ZEEKR

 

CATL dan ZEEKR menandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun, volum pertama bateri Qilin untuk memberi kuasa model ZEEKR
CATL dan ZEEKR menandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun, volum pertama bateri Qilin untuk memberi kuasa model ZEEKR

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Auto Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Retail Transportation Utilities Contracts