omniture

CATL tandatangani perjanjian kerjasama strategik lima tahun dengan SERES, bekalkan bateri Qilin untuk model AITO baharu

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2022-08-31 03:38 224

NINGDE, China, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 27 Ogos, CATL dan SERES bersama-sama mengumumkan bahawa bateri Qilin akan memberi kuasa kepada model-model AITO baharu. Kedua-dua pihak ini telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik jangka panjang selama lima tahun yang termasuk perjanjian bahawa kesemua model AITO akan dilengkapi dengan bateri EV daripada CATL.

CATL menandatangan perjanjian kerjasama strategik lilma tahun dengan SERES, membekalkan bateri QILIN untuk model AITO baharu
CATL menandatangan perjanjian kerjasama strategik lilma tahun dengan SERES, membekalkan bateri QILIN untuk model AITO baharu

Kesimpulan daripada perjanjian kerjasama strategik tersebut ialah penaiktarafan keseluruhan perkongsian yang dijalin oleh kedua-dua pihak pada tahun 2021. Sebagai teknologi CTP generasi ketiga daripada CATL, bateri Qilin yang akan digunakan pada model-model AITO baharu merupakan tahap integrasi tertinggi di seluruh dunia untuk sistem bateri. Dengan kecekapan penggunaan volum memecah rekod 72% dan ketumpatan tenaga sehingga 255 Wj/kg, ia mampu menyampaikan jarak sejauh lebih 1,000 km. Tambahan pula, dengan menerima pakai teknologi penyejukan sel permukaan besar perintis, Qilin menyokong permulaan panas dalam 5 minit dan pengecasan pantas dalam 10 minit. Model-model berkuasa Qilin akan meningkatkan jarak pemanduan sebanyak 10%, lalu mencapai penambahbaikan keseluruhan dari segi jarak, pengecasan pantas, keselamatan, kitaran hayat, kecekapan dan prestasi suhu rendah.

Richard Yu, Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer BG dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Penyelesaian Automotif Pintar Huawei, berkata: "Kualiti produk yang tinggi, pengalaman pengguna yang baik dan perkhidmatan cemerlang merupakan sebab utama untuk daya tarikan model-model AITO kepada pengguna. Huawei, SERES dan CATL kesemuanya komited untuk mencipta teknologi inovatif dan produk berkualiti tinggi dan kami akan terus berinovasi dan membawakan teknologi yang paling berkuasa dan canggih untuk model-model AITO, seterusnya menawarkan pengalaman pemanduan pintar yang sebenar kepada pengguna."

Zhang Xinghai, pengasas dan Pengerusi SERES berkata: "CATL merupakan peneraju global bagi teknologi inovatif dan kekuatan teknologi serta pengalaman pengeluaran besar-besarannya jelas untuk semua. Saya percaya bahawa disokong oleh teknologi tenaga baharu yang sofistikated daripada SERES dan keupayaan cemerlang dalam pembuatan pintar, serta diperkasa oleh teknologi utama Huawei dalam industri ICT dan bateri Qilin yang terkini daripada CATL, model-model AITO yang baharu akan menawarkan pengalaman pemanduan yang unik kepada pelanggan."

"Penandatanganan perjanjian kerjasama strategik jangka panjang ini menunjukkan kesungguhan kami untuk memanfaatkan teknologi bateri tarikan termaju untuk memperkasa rakan-rakan kongsi membina jenama auto mewah bertaraf global. Ia juga menunjukkan keyakinan kami untuk berjaya dalam era kenderaan elektrik pintar melalui usaha bersama kami," kata Dr. Robin Zeng, pengasas dan Pengerusi CATL. 

Hanya 65 hari diperlukan untuk CATL memperkenalkan model-model yang dikeluarkan besar-besaran dengan Qilin di dalamnya susulan keluaran bateri tersebut yang melambangkan komitmen CATL terhadap permintaan untuk produk bateri dengan jarak jauh, pengecasan amat pantas dan keselamatan tinggi oleh pasaran dan juga pelanggan. Ia merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan kenderaan elektrik pintar yang akan mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik.

CATL menandatangan perjanjian kerjasama strategik lilma tahun dengan SERES, membekalkan bateri QILIN untuk model AITO baharu
CATL menandatangan perjanjian kerjasama strategik lilma tahun dengan SERES, membekalkan bateri QILIN untuk model AITO baharu

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Contracts