omniture

Xinhua Silk Road: Sidang Kemuncak Pembangunan Zhangjiagang Pertama saksikan penandatanganan 145 perjanjian utama bernilai RMB84.8bln

Xinhua Silk Road
2022-08-31 22:05 314

NANJING, China, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Sejumlah 145 perjanjian projek penting dengan pelaburan sebanyak 84.76 bilion yuan (kira-kira 12.26 bilion dolar A.S.) ditandatangani di Sidang Kemuncak Pembangunan Zhangjiagang pertama yang diadakan pada hari Sabtu di Zhangjiagang, Wilayah Jiangsu, timur China.

Foto menunjukkan Sidang Kemuncak Pembangunan Zhangjiagang pertama diadakan di Zhangjiagang, Wilayah Jiangsu, timur China pada 27 Ogos 2022. [Foto disediakan untuk Xinhua Silk Road]
Foto menunjukkan Sidang Kemuncak Pembangunan Zhangjiagang pertama diadakan di Zhangjiagang, Wilayah Jiangsu, timur China pada 27 Ogos 2022. [Foto disediakan untuk Xinhua Silk Road]

Dibahagikan kepada tiga bahagian, sidang kemuncak tersebut, yang menarik minat beratus-ratus penduduk asal Zhangjiagang serta tetamu-tetamu lain di dalam dan luar negara, meneliti perubahan, kenangan lalu dan pembangunan masa depan bandar tersebut melalui video dan juga ucapan.

Sebagai sebuah bandar yang terkenal di China, pelopor reformasi dan bahagian penting Suzhou, Zhangjiagang haruslah amat mementingkan kawalan wabak, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang selamat, kata Cao Lubao, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Suzhou Parti Komunis China (CPC).

Han Wei, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Zhangjiagang CPC, berucap kepada khalayak bahawa bandar tersebut tidak dapat mencipta pencapaian sedemikian sepanjang enam dekad yang lalu tanpa sokongan daripada penduduk asal Zhangjiagang, manakala pembangunan masa depan bandar tersebut yang menampilkan inovasi, pembukaan dan tamadun dalam enam dekad akan datang memerlukan sokongan yang selanjutnya daripada mereka.

Xue Yongqi, seorang ahli akademik daripada Chinese Academy of Sciences dan anak kelahiran Zhangjiagang, berjanji untuk menyumbang kepada pembangunan kampung halaman beliau berdasarkan kepada kepakaran beliau sendiri.

Sidang kemuncak tersebut turut menyaksikan majlis penganugerahan gelaran kehormat, pelancaran buku dan perasmian institusi.

Selepas sidang kemuncak tersebut, Festival Kebudayaan Sungai Yangtze 2022 bermula pada petang Sabtu di Zhangjiagang, mempersembahkan lagu-lagu rakyat daripada budaya Sungai Yangtze. Bermula pada tahun 2004, festival tersebut telah diadakan secara berturut-turut selama 19 tahun dengan tujuan untuk melindungi, mewarisi dan membangunkan budaya Sungai Yangtze.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/329729.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service