omniture

J&T International Lancar Khidmat Penghantaran Bungkusan Kecil "J&T One Packet" ke Eropah dan Amerika Utara

J&T Express
2022-08-31 22:19 334

Sokong Pengembangan Saudagar E-Dagang dalam Pasaran Antarabangsa

SHANGHAI, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- J&T Express ("J&T"), sebuah syarikat logistik ekspres antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa cabang logistik antarabangsanya, J&T International baru-baru ini melancarkan perkhidmatan "J&T One Packet". Dengan memanfaatkan kelebihannya yang merangkumi sumber rentas sempadan yang menyeluruh, J&T International bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran bungkusan kecil rentas sempadan pada harga yang berpatutan dengan ciri keandalan dan kecekapan untuk pelanggan domestik yang menghantar bungkusan dari Tanah Besar China ke Eropah dan Amerika Utara.

J&T International Mengadakan Persidangan VIP dan Majlis Pelancaran Produk Baharu
J&T International Mengadakan Persidangan VIP dan Majlis Pelancaran Produk Baharu

Sebagai cabang logistik antarabangsa J&T Express, J&T International bergantung kepada sumber logistik global yang banyak dan jaringan perniagaan yang kukuh J&T Express. Perniagaannya, meliputi kira-kira 100 negara dan wilayah di serata dunia, merangkumi bungkusan kecil rentas sempadan, pengangkutan barangan antarabangsa, penyelesaian penggudangan antarabangsa, menyokong pelbagai kaedah pengangkutan termasuk penghantaran udara, laut dan darat. J&T International turut memanfaatkan kelebihan perkhidmatan pelepasan kendiri, penggudangan bina sendiri dan terminal milik sendiri untuk menyediakan penyelesaian logistik tersuai kepada semua pelanggan.

Pelancaran "J&T One Packet" memberi pilihan yang menjimatkan untuk menghantar bungkusan kecil ke Eropah dan Amerika Utara yang dapat membantu menangani kebimbangan penjual terhadap keberkesanan kos dan meningkatkan margin keseluruhan mereka. Perkhidmatan ini akan menyediakan kepada saudagar produk 3C, aksesori dan komoditi kecil dengan penyelesaian yang paling berkesan kos. Dari segi kelajuan penghantaran, bermula daripada pengambilan hingga penerimaan, J&T Tracking menjejak seluruh proses dan hanya 7-15 hari bekerja diperlukan untuk tiba melalui udara.

Charles Hou, Naib Presiden Kumpulan J&T Express, berkata: "Sejak penubuhan kami tujuh tahun yang lalu, J&T Express telah menyaksikan pembangunan pesat perniagaan rentas sempadannya bermula daripada penggudangan antarabangsa hinggalah bungkusan kecil rentas sempadan, selain daripada jaringan ekspres tempatan di 13 negara di seluruh dunia. Digandingkan dengan perdagangan global, terutamanya pembangunan e-dagang rentas sempadan, kami sentiasa menaik taraf produk dan perniagaan bagi memaksimumkan nilai untuk pelanggan kami dan saya percaya dengan berbuat demikian, ia akan meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan mampan dan pesat syarikat ini."

Menurut Jason Yang, presiden J&T International, ketika skala e-dagang rentas sempadan global terus berkembang, J&T International akan memanfaatkan sumber-sumber logistik sedia ada J&T Express untuk terus melabur dalam infrastruktur logistik global dan membina kekuatan perniagaan yang mendasarinya. Ini akan membantu menyediakan kepada penjual rentas sempadan dengan produk serta perkhidmatan menyeluruh, tersuai dan memudahkan pertumbuhan pesat sektor-sektor perniagaan rentas sempadan.

Selain daripada penaiktarafan perniagaan bungkusan kecil rentas sempadan yang berterusan, dari segi penghantaran barangan, J&T International mewujudkan rangkaian udara-laut bagi mempercepatkan saling hubungan logistik global hasil daripada kolaborasi langsungnya dengan syarikat penerbangan dan syarikat perkapalan. Sementara itu, kombinasi yang hebat antara perkhidmatan pelepasan kendiri, penggudangan luar negara bina sendiri dan penghantaran terminal milik sendiri telah menyediakan pemangkin diperlukan kepada J&T International bagi tujuan pembangunan perniagaan B2C dan B2B rentas sempadan.

Dengan pembangunan pesat perniagaan rentas sempadan dan pengembangan jaringan antarabangsa yang mantap, J&T Express mengukuhkan kepimpinannya dengan aktif dalam pasaran Asia Tenggara dengan sentiasa menaik taraf jaringan dan perkhidmatan penghantaran ekspresnya. Syarikat ini melabur sebanyak RM 600 juta ($136 juta) untuk memperoleh sebidang tanah di Malaysia dalam bulan Mei pada tahun ini dan mengumumkan pengembangan dua pusat pengisihan di Indonesia pada bulan lalu untuk memenuhi permintaan perniagaan tempatan yang semakin berkembang dan meningkatkan perkhidmatan kerja untuk pekerja. Memandang ke hadapan, J&T akan tetap komited untuk "Menghubungkan Dunia dengan Kecekapan Lebih Tinggi dan Membawa Faedah-faedah Logistik buat Semua" ("Connect the World with Greater Efficiency and Bring Logistical Benefits to All") dan dalam masa yang sama menggalakkan pembangunan yang sihat untuk industri logistik dan menyumbang kepada masyarakat setempat di tempat kami beroperasi.

Latar Belakang J&T Express 

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global dengan perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Latar Belakang J&T International 

J&T International ialah cabang logistik antarabangsa J&T Brand. Dengan sumber logistik global yang banyak dan jaringan perniagaan kukuh J&T Express, perkhidmatan J&T International meliputi kira-kira 100 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk bungkusan kecil rentas sempadan, pengangkutan laluan-angkut antarabangsa, penyelesaian penggudangan antarabangsa. Menyokong pelbagai kaedah pengangkutan termasuk penghantaran udara, laut dan darat, J&T International komited untuk menyediakan penyelesaian logistik tersuai untuk semua pelanggan.

Laman Sesawang J&T Express: www.jtexpress.com

Source: J&T Express
Keywords: Computer/Electronics Transportation New products/services