ATLANTA, 1 September 2022 /PRNewswire/ -- Polyvision Corporation, peneraju global dalam inovasi dan pembuatan CeramicSteel, produk penulisan kolaboratif dan panel seni bina untuk pelapisan dalaman dan luaran, hari ini mengumumkan kenaikan pangkat Wout Van de Broek kepada Naib Presiden Operasi Global.
Dalam peranan baharunya, Van de Broek akan terus memimpin operasi Polyvision Belgium dan juga akan memikul tanggungjawab untuk operasi syarikat-syarikat A.S. di Okmulgee, Oklahoma dan New Philadelphia, Ohio.
Yang terkini, Van de Broek telah berkhidmat sebagai Pengarah Operasi Perniagaan Polyvision, di mana beliau bertanggungjawab untuk operasi perniagaan dan inovasi global syarikat, termasuk penyelidikan dan pembangunan, pengurusan produk dan strategi serta pembangunan produk global. Sebelum itu, beliau memegang pelbagai peranan di Polyvision dalam pengurusan projek dan pengurusan rantaian bekalan.
"Wout membawa pelbagai kepakaran kepada peranan beliau yang telah diperluaskan," kata Kevin McCoy, Ketua Pegawai Eksekutif Polyvision Corporation. "Pengalaman beliau yang luas, termasuk lebih 15 tahun pengalaman di Polyvision dalam menerajui Operasi, Inovasi Global, Kualiti dan Rantaian Bekalan Global, akan membantu memacu kecekapan di seluruh organisasi kami. Pengetahuan teknikal beliau yang mendalam tentang enamel porselin dan salutan seramik membawa perspektif yang unik dan sangat berharga kepada pasukan operasi kami."
Inisiatif di seluruh organisasi Polyvision untuk memperluas jangkauan produk CeramicSteel dalam pelbagai bidang dan khalayak di seluruh Amerika, APAC dan EMEA – yang telah dilancarkan oleh McCoy pada awal tahun 2022 – disokong oleh fokus global baharu Van de Broek terhadap inovasi dan operasi.
Van de Broek memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dan Sarjana Sains dengan pengkhususan dalam bidang Biokimia dari University of Hasselt di Belgium dan memiliki beberapa paten aktif. Beliau telah menyertai pelbagai projek penyelidikan dengan syarikat-syarikat global dan institusi penyelidikan serta menampilkan inovasi dalam persidangan industri global dan serantau.
Polyvision Corporation ialah peneraju global dalam inovasi dan pembuatan CeramicSteel untuk pelbagai industri. Selama lebih 65 tahun, syarikat tersebut telah membantu menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik dengan mencipta produk yang meningkatkan pengalaman visual dan menghubungkan individu dengan persekitaran mereka. CeramicSteel Polyvision digunakan di seluruh dunia untuk permukaan papan kapur dan papan putih tradisional, produk kolaboratif moden untuk kebanyakan organisasi dan dinding seni bina paling berpengaruh di dunia serta pelapisan untuk ruangan awam.
Beribu pejabat di Atlanta, Georgia, Polyvision menjalankan perniagaan di lebih 65 buah negara. Untuk maklumat lanjut tentang CeramicSteel dan penggunaannya, sila layari Polyvision.com.