SHENZHEN, China, 29 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- China Hi-Tech Fair (CHTF) 2013 akan dibuka bermula dari 16 hingga 21 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen. Dengan keluasan lebih 110,000 meter persegi, pesta tersebut akan memperlihatkan pencapaian sistem inovasi kebangsaan rakyat Cina dan memperkenalkan sejumlah besar produk dan teknologi penting proprietari.
Di CHTF 2013, Kementerian Perdagangan China akan membentangkan tiga bahagian yang melibatkan Pameran Pencapaian Asas Inovasi untuk Promosi Perdagangan melalui Teknologi, Pameran Eksport, dan Pameran Umum untuk mendedahkan hasil yang besar berkaitan asas inovasi negara tersebut bagi tujuan promosi perdagangan melalui teknologi.
Di Dewan Perisian dan Perkhidmatan IT, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China akan memaparkan perisian asas dan industri, aplikasi robot dan terminal pintar, teknologi cetak 3D, pengiraan awan, data yang besar, dan Internet berkaitan Perkara dalam pengurusan sosial, bandar, pertanian dan industri.
Kementerian Pertanian China akan membuat pembentangan bertajuk "Inovasi Teknikal Membantu Pemprosesan Halus dan Mendalam Bagi Membangunkan Produk Pertanian" di CHTF 2013.
Pejabat Harta Intelek Negeri China akan memaparkan pembangunan hak harta intelek di China yang turut memberi tumpuan terhadap penjimatan tenaga, perlindungan alam sekitar dan inovasi teknikal.
Akademi Sains dan Teknologi Cina (CAS) pula akan mengadakan pameran yang bertemakan "Fahami China - Bekerjasama dan Berinovasi untuk Menyokong dan Berkhidmat untuk Industri Memuncul Strategik China." Program seperti "Platform Integrasi," "To Sense the Hall," "IOT Sumber Pertanian dan Keselamatan Makanan", "Wawasan Pintar", dan penyelesaian bagi industri pintar, pemantauan alam sekitar, serta beberapa industri memuncul seperti robot dan penjagaan kesihatan akan menjadi tumpuan dalam pelan pameran tersebut.
Pendaftaran kini dibuka:
Sila daftar di laman web rasmi CHTF (www.chtf.com) bagi mendapatkan ID akses dan tiket. Sila layari laman web tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang CHTF 2013.
Tentang CHTF:
China Hi-Tech Fair (CHTF) yang diluluskan oleh Majlis Negeri Republik Rakyat China pada tahun 1999 dibuka di Shenzhen setiap tahun antara 16 hingga 21 November. Ia dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial, Kementerian Pertanian, Pejabat Harta Intelek Negeri, Akademi Sains Cina, Akademi Kejuruteraan Cina dan Kerajaan Shenzhen. Pameran teknikal Cina terbesar dan paling berpengaruh ini terkenal sebagai "Pertunjukan Teknologi No.1 di China."