omniture

Airbus Menyeru Industri Penerbangan Menetapkan Standard Baharu untuk Keselesaan Penerbangan Jarak Jauh

Airbus
2013-10-29 23:54 127

LONDON, 29 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Airbus mengusulkan kelebaran tempat duduk sebanyak 18 inci (45.72cm) sebagai standard bagi pengangkutan udara kelas ekonomi jarak jauh pada masa hadapan

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648544-a )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648544-b )

Pada hari ini, Airbus mendedahkan penyelidikan baharu tentang impak kelebaran tempat duduk terhadap tahap keselesaan penumpang yang menaiki penerbangan kelas ekonomi jarah jauh; menyeru industri penerbangan menetapkan standard minimum selebar 18 inci (45.72cm) bagi memperbaiki keselesaan masa hadapan penerbangan udara jarak jauh.

Penyelidikan yang inovatif ini dikendalikan oleh klinik perubatan Harley Street The London Sleep Centre menggunakan polisomnografi* bagi merekodkan setiap pengukuran tidur fisiologi standard – termasuk memantau gelombang otak, pergerakan mata, abdomen, dada, pinggul dan kaki – terhadap penumpang terpilih dan menunjukkan yang ukuran minimum kelebaran tempat duduk sebanyak 18 inci memperbaiki kualiti tidur penumpang sebanyak 53% apabila dibandingkan dengan standard tahun 1950an sebanyak 17 inci.

Dr Irshaad Ebrahim MBChB MRCPsych daripada The London Sleep Centre memberi komen: "Perbezaan yang ditunjukkan adalah signifikan. Semua penumpang mengalami tidur yang lebih lena, kurang terganggu dan lebih lama di dalam tempat duduk selebar 18 inci. Mereka berubah daripada satu peringkat tidur kepada peringkat seterusnya seperti yang kita jangka dalam keadaan yang normal. Sementara itu, di dalam tempat duduk 17 inci yang lebih sempit pula, para penumpang dijejaskan dengan pelbagai gangguan sewaktu tidur - yang bermakna mereka jarang mengalami tidur lena yang merehatkan. Apabila menaiki penerbangan kelas ekonomi jarak jauh, satu inci sudah membawa perbezaan yang besar dalam keselesaan penumpang."

Penerbangan udara sudah berubah secara signifikan dalam masa 50 tahun lepas. Terdapat lebih ramai penumpang, yang terbang lebih jauh untuk jarak yang lebih jauh. Dalam masa lima tahun lepas sahaja, jumlah penerbangan melebihi 6000 batu nautika (masa penerbangan selama 13+ jam) telah meningkat sebanyak 70% daripada 24 menjadi 41 penerbangan harian. Pada tahun 1998 tiada langsung penerbangan melebihi 7000 batu nautika yang pernah dilakukan. Dalam masa 15 tahun akan datang lalu lintas penumpang akan berganda dan menjelang tahun 2032, syarikat penerbangan dunia akan membawa lebih 29,220 kapal terbang penumpang dan muatan baharu.

Kevin Keniston, Ketua Keselesaan Penumpang Airbus memberi komen: "Jika industri penerbangan tidak menetapkan pendirian sekarang, kita akan berisiko membahayakan keselesaan penumpang sehingga tahun 2045 dan selepasnya – terutamanya jika kita mengambil kira jadual waktu penerbangan kapal terbang digabungkan dengan jangka tahun perkhidmatan. Ini bermakna satu lagi generasi penumpang akan terpaksa menerima kenyataan tempat duduk yang dibina berdasarkan standard yang lapuk."

Airbus memang sudah sedia mengekalkan standard selebar 18 inci (45.72cm) minimum bagi kabin kelas ekonomi penerbangan jarak jauh mereka. Namun begitu, pengeluar lain sedang menjadikan standard keselesaan penumpang kian merosot dengan kembali kepada kelebaran tempat duduk yang lebih sempit yang berasal dari zaman 1950an dahulu agar dapat kekal berdaya saing. Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan perspektif yang semakin berubah tentang ruang peribadi telah menggalakkan industri lain, seperti industri riadah dan automotif, memikirkan semula kelebaran tempat duduk mereka. Dan kajian terkini yang dikendalikan dengan penumpang kelas ekonomi penerbangan jarak jauh di lapangan terbang antarabangsa** menunjukkan yang keselesaan tempat duduk kini merupakan kriterium yang paling penting apabila menempah penerbangan jarak jauh dalam kelas ekonomi, malah mengatasi kriterium jadual penerbangan.

Kevin Keniston menambah lagi, "Penyelidikan kami mendedahkan yang kelebaran tempat duduk bukan sahaja memberikan impak dramatik ke atas keselesaan penumpang tetapi kini sudah ada kohort yang semakin bertambah untuk penumpang kelas ekonomi yang lebih bijak menilai yang tidak bersedia untuk menerima tempat duduk sempit seluas 17 inci sahaja bagi penerbangan jarak jauh tetapi sebaliknya akan memilih syarikat penerbangan yang menawarkan keselesaan tempat duduk yang lebih tinggi, selalunya akan bergantung kepada media sosial atau laman web pakar bagi menentukan nilai tempat duduk sebenar. Mujurlah para penumpang hari ini sudah mempunyai pilihan dan mereka memilih untuk mengutamakan keselesaan. Kami menggalakkan mereka untuk mengetahui tentang perbezaan yang boleh diberi dengan hanya seinci sahaja dalam penerbangan kelas ekonomi jarak jauh."

Bagi maklumat lanjut tentang Future oleh Airbus sila ke http://www.airbus.com #AirbusComfort

*Polisomnografi penuh merekodkan setiap pengukuran fisiologi standard sewaktu tidur terhadap penumpang yang terpilih, termasuk gelombang otak, pergerakan mata, abdomen, dada, pinggul dan kaki. Rekaan kajian dihasilkan berdasarkan prinsip kajian klinikal sedia ada – ini merupakan kajian pindah silang bagi menilai impak terhadap pemboleh ubah tidur oleh dua saiz tempat duduk berbeza – 17 dan 18 inci dalam sampel kecil yang terdiri daripada 6 orang dewasa sihat yang telah diperiksa terlebih dahulu agar tidak mempunyai masalah perubatan atau gangguan tidur. Persekitaran kabin dibina agar menyerupai semirip mungkin persekitaran penerbangan sebenar dari mula termasuk pencahayaan mirip matahari terbenam dan terbit, bunyi latar dan pelepasan kapal terbang, hiburan dalam penerbangan dan katering. (Oktober 2013)

Semua peserta kajian mempunyai BMI sederhana dan tiada rekod isu kesihatan atau masalah tidur dan tidak diberitahu matlamat sebenar kajian ini. Setiap seorang daripada mereka menghabiskan waktu tidur selama beberapa malam dalam simulasi penerbangan yang menyerupai pengalaman penumpang kelas ekonomi penerbangan jarak jauh, semua pemboleh ubah dikekalkan tetap kecuali kelebaran tempat duduk yang berubah antara 17 dan 18 inci.

Objektif (Data Saintifik) – Pembaikan pemboleh ubah Kualiti Tidur sebanyak 53%

  • Masa yang diambil untuk lelap (juga dikenali sebagai Kependaman Mula Tidur) menunjukkan peningkatan sebanyak 14.7% (6 minit) semasa di dalam tempat duduk berkelebaran 18 inci;
  • Bilangan terjaga daripada lelap selepas terlelap (Permulaan Jaga Selepas Mula Tidur –WASO) menunjukkan pengurangan purata selama 28 minit semasa di dalam tempat duduk berkelebaran 18 inci
  • Indeks Rangsangan – pengukuran paling sensitif untuk Kualiti Tidur – mengukur bilangan dan kekerapan gangguan terhadap gelombang otak sepanjang malam – menunjukkan peningkatan purata sebanyak 53% semasa di dalam tempat duduk berkelebaran 18 inci
  • Sentakan Kaki Tangan dikurangkan sebanyak 11% semasa di dalam tempat duduk berkelebaran 18 inci

Subjektif (data peserta)

  • 67% daripada peserta kajian melaporkan Kualiti Tidur yang lebih baik dan 86% daripada peserta melaporkan Kuantiti Tidur yang lebih baik semasa di dalam tempat duduk berkelebaran 18 inci.

Sumber: Airbus

Source: Airbus
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel