omniture

Kertas Putih daripada PIERS dan InformEx Bawa Pandangan Baharu bagi Arah Aliran Eksport Bahan Kimia AS

PIERS; InformEx
2013-10-30 01:09 152

NEWARK, New Jersey dan HAMILTON, New Jersey, 30 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- PIERS, yang mengekalkan portfolio paling menyeluruh bagi sumber perisikan data untuk aktiviti perdagangan bawaan air AS di dunia, telah bekerjasama dengan InformEx, pasaran kimia global yang ulung, untuk melancarkan laporan baharu yang mengkaji pasaran utama bagi eksport bahan kimia AS berdasarkan jumlah penghantaran bawaan air antara tahun 2007 hingga 2012. (Muat turun laporan di sini: http://content.piers.com/piers-us-chemical-exports-report-2012.)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/NY05330LOGO-a)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/NY05330LOGO-b)

"Peluang Pasaran bagi Eksport Bahan Kimia AS: Penilaian Pertumbuhan Merentasi Pasaran Utama" melihat kepada pasaran geografi utama bagi eksport yang dikelaskan di bawah bab 28 dan 29 Jadual Tarif Harmoni AS, yang merangkumi pelbagai bahan kimia organik dan bukan organik, serta logam nadir bumi dan berharga tertentu. Laporan ini menyediakan penilaian makro bagi komoditi terpilih yang telah menunjukkan pertumbuhan ketara dalam tempoh lima tahun, sehingga tahun 2012 dan didagangkan dalam jumlah yang agak tinggi. Penemuan ini memberikan data pasaran bernilai tinggi yang berharga kepada para pengeluar kimia, pengedar, pengguna akhir, dan individu terlibat dalam perkhidmatan rantaian bekalan bahan kimia.

"Pasaran bahan kimia global berada dalam keadaan yang sentiasa berubah dan syarikat yang terlibat dalam rantaian bekalan bahan kimia perlu benar-benar sedar akan isu yang menjejaskan permintaan terhadap bahan mereka," kata Nancy Largay, pengarah jenama InformEx. "Dengan gabungan platform InformEx dengan perisikan perdagangan AS PIERS yang tiada tandingan, kami menyediakan pengetahuan perniagaan yang boleh memacu proses membuat keputusan oleh pemain utama dalam industri bahan kimia ini."

Berikut merupakan beberapa penemuan utama laporan eksport AS bagi tempoh antara tahun 2007 hingga 2012:

  • Asid nukleik (Kod HS 2934) ke Brazil meningkat sebanyak 405 peratus.
  • Derivatif hidrokarbon berhalogen (Kod HS 2903) ke China meningkat sebanyak 246 peratus.
  • Titanium oksida (Kod HS 2823) ke India meningkat sebanyak 513.9 peratus.
  • Kompaun berfungsi amina (Kod HS 2921) ke Korea Selatan meningkat sebanyak 368 peratus.
  • Hidrokarbon siklik (Kod HS 2902) ke Belgium meningkat sebanyak 114.6 peratus.
  • Asid karboksilik (Kod HS 2918) ke Belanda meningkat sebanyak 334.6 peratus.

"Selama lebih 35 tahun, PIERS telah menjadi pembekal yang dipercayai dalam risikan yang berharga untuk industri bahan kimia," kata Wael Jarous, naib presiden kanan PIERS – JOC Group Inc. "Banyak nama besar dalam sektor ini melabur dalam penyelesaian kami berdasarkan komitmen kami untuk memberikan risikan yang andal dan sedia untuk keputusan. Matlamat ini dicapai dengan gabungan pengetahuan perniagaan pelanggan dengan kepakaran kami dalam pengoptimuman dan pemprosesan data; keputusan akhir yang diperoleh ialah penyelesaian disuai khusus yang berkuasa bagi menyokong dan memberikan kuasa kepada pembuatan keputusan yang strategik. InformEx memberikan kepada kami forum hebat untuk membangunkan lagi kerjasama ini dan atas sebab itu, saya gembira untuk meneruskan hubungan rapat ini."

Sila muat turun salinan percuma "Peluang Pasaran bagi Eksport Bahan Kimia AS: Penilaian Pertumbuhan Merentasi Pasaran Utama," untuk risikan pasaran dan komoditi yang paling pesat berkembang untuk eksport bahan kimia Amerika Syarikat.

Tentang PIERS
PIERS merupakan pangkalan data paling menyeluruh bagi aktiviti perdagangan bawaan air AS di dunia yang menyediakan perkhidmatan maklumat kepada beribu-ribu pelanggan di seluruh dunia. PIERS yang dilancarkan lebih 35 tahun yang lalu, merupakan usaha pertama bagi risikan perdagangan global digital dan dengan pantas menjadi standard industri untuk ketepatan, keandalan dan wawasan. Infrastruktur yang unik dan teknologi proprietari miliknya membolehkan PIERS berupaya bukan sahaja untuk menerbitkan data import, tetapi juga liputan lengkap data urus niaga eksport AS. PIERS merupakan bahagian JOC Group Inc., dan merupakan syarikat rakan kongsi The Journal of Commerce. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.piers.com.

Tentang JOC Group Inc.
JOC Group Inc. ialah pembekal berwibawa dalam bidang perisikan perniagaan, data dan acara untuk para profesional logistik, perdagangan, dan pengangkutan di seluruh dunia. Melalui pangkalan data PIERS dan liputan pengangkutan dalam talian JOC, cetakan dan acara, JOC Group Inc. menyediakan bagi pelanggan pandangan kritikal, perisikan yang dipenuhi data dan peralatan untuk bersaing dengan berkesan dalam pasaran global. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.joc.com/group.

JOC Group Inc. ialah sebahagian daripada Kumpulan Data AXIO, yang dimiliki oleh Electra Partners, pengurus dana ekuiti persendirian bebas dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam pasaran pertengahan. Pada September 2012, firma tersebut mempunyai dana yang diuruskan bernilai lebih $2 bilion. Pendekatan pelaburan fleksibel membolehkan firma itu untuk melabur dalam pelbagai sektor dan instrumen kewangan termasuk ekuiti, ekuiti kanan, barang tukaran dan hutang mezzanine. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.axiogroup.net atau www.electrapartners.com.

Tentang InformEx
Dihasilkan oleh UBM Live, InformEx menggalakkan kemajuan berterusan bagi industri bahan kimia halus, khusus, dan lazim dengan menyediakan peralatan rangkaian, peluang pendidikan dan forum kerjasama masyarakat yang kesemuanya diwujudkan bagi mempercepat pertumbuhan dalam landskap perusahaan bahan kimia yang kian berubah. Acara InformEx tahunan merupakan acara penting yang mesti dihadiri bagi industri bahan kimia selama 30 tahun lalu, yang menyediakan platform untuk rangkaian individu tertentu dan pembangunan perniagaan. Setiap tahun, acara tersebut mampu membawa bersama gabungan antarabangsa yang terdiri daripada lebih 3,500 ahli kimia profesional dalam bidang kimia halus dan khusus serta beratus-ratus peserta pameran. Bagi mengetahui lebih lanjut, sila layari www.informex.com. Pendaftaran kini dibuka bagi acara InformEx 2014, yang akan diadakan pada 21 hingga 24 Januari di Miami Beach, Florida.

Source: PIERS; InformEx
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis