omniture

Virginia 500 Power List Mengiktiraf Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PRA Group

PRA Group
2022-09-02 19:43 344

Kevin Stevenson dari PRA Group diberikan pengiktirafan untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai pemimpin Virginia 

NORFOLK, Virginia, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- Kevin Stevenson, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PRA Group, Inc. (Nasdaq: PRAA), telah disenaraikan dalam Virginia 500 Power List oleh Majalah Virginia Business bagi tahun 2022-2023.

Penerbitan tahunan Virginia 500 bagi majalah tersebut mengiktiraf pemimpin paling berkuasa di negeri ini merentasi sektor perniagaan, pendidikan, politik dan kerajaan. Sebagai pengasas bersama dan ketua peneraju global dagangan awam dalam industri pinjaman tidak berbayar, Stevenson ditampilkan dalam kategori kewangan dan insurans. 

"Saya berbesar hati kerana disenaraikan dalam kalangan mereka yang hebat yang membentuk negeri kita—dan dapat melakukannya bersama-sama mereka sebagai seorang pemimpin perniagaan," kata Stevenson. "Saya percaya bahawa di mana adanya perniagaan yang berjaya, pasti ada komuniti yang berjaya di sekelilingnya. Saya berharap PRA Group akan sentiasa dapat menunjukkan contoh kepada kepercayaan tersebut sambil kami terus melakukan perkara yang betul, untuk tujuan yang betul, dengan fokus yang tetap teguh untuk jangka panjang."

Dengan ibu pejabatnya yang terletak di Norfolk, Virginia, PRA Group memberi tumpuan untuk membantu para pengguna meningkatkan masa depan kewangan mereka, mewujudkan kerjaya yang dapat memuaskan beribu-ribu pekerjanya dan menyumbang kepada komuniti tempatan di seluruh dunia.

Untuk membaca tentang sorotan Virginia 500 Power List ini, sila layari: https://www.virginiabusiness.com/article/finance-insurance-kevin-p-stevenson/

Tentang PRA Group 

Sebagai peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, PRA Group memulangkan modal kepada bank dan pemiutang lain untuk membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada para pengguna. Dengan beribu-ribu pekerja di seluruh dunia, syarikat-syarikat PRA Group bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pragroup.com.

Hubungan Media Berita:
Elizabeth Kersey
Naib Presiden Kanan Komunikasi dan Dasar Awam
(757) 961-3525
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com

Hubungan Pelabur: 
Najim Mostamand, CFA
Naib Presiden Perhubungan Pelabur
(757) 431-7913
IR@PRAGroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600

Source: PRA Group
Related Stocks:
NASDAQ:PRAA
Keywords: Banking/Financial Service Awards