Sumbangan mata wang kripto pertama di dunia dalam jumlah begitu besar yang diterima oleh Yayasan Al Jalila bagi menyokong Hospital Amal Kanser Hamdan Bin Rashid
DUBAI, UAE, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- Strategi Metaverse Dubai yang dilancarkan baru-baru ini oleh Yang Amat Mulia Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai yang juga merupakan Pengerusi Majlis Eksekutif Dubai, telah merangsang penubuhan QUINT, sebuah projek DeFi yang beribu pejabat di Dubai, untuk membawa unsur kedermawanan ke dalam dunia DeFi.
Pengasas QUINT, iaitu sebuah projek yang memperjuangkan penerimagunaan arus perdana teknologi DeFi, metaverse, token dan blok rantai, telah menyumbangkan derma bernilai USD 16 juta kepada Yayasan Al Jalila, anggota Inisiatif Global Mohammed Bin Rashid Al Maktoum yang didedikasikan untuk mengubah kehidupan melalui inovasi perubatan.
Sumbangan tersebut, iaitu yang pertama seumpamanya di UAE dan merupakan sumbangan dalam jumlah terbesar di dunia, disalurkan untuk menyokong Hospital Amal Kanser Hamdan Bin Rashid melalui mekanisme penguncian serta letak hak direka khas yang akan menjadikan dana diperlukan tersedia kepada Yayasan Al Jalila sepanjang pembinaan pusat pemindahan sumsum tulang hospital tersebut selama 3 tahun. Setelah derma tersebut digunakan sepenuhnya, kemudahan ini akan diberi nama "QUINT Bone Marrow Transplant Centre" apabila dilancarkan kelak. Pasukan Pembangun dan Rakan Kongsi Strategik token QUINT turut menyumbang dalam jumlah yang besar kepada pendermaan ini.
Dr. Abdul Kareem Al Olama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al Jalila berkata: " Sebagai sebuah organisasi kedermawanan, kami bergantung pada sumbangan amal dan sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memperluas saluran derma kami bagi memudahkan para penderma dari seluruh dunia menyokong program-program kami. Para dermawan kripto telah mula menjadi sumber kutipan dana yang penting dan mampan bagi badan amal, sekali gus memberi peluang yang lebih besar kepada para penderma untuk membantu aktiviti amal kemanusiaan. Kami berterima kasih kepada QUINT atas sumbangan mereka yang pemurah yang bakal memberi impak besar kepada kehidupan para penghidap kanser dewasa dan kanak-kanak."
Pemindahan sumsum tulang (juga dikenali sebagai pemindahan sel stem) ialah sejenis prosedur perubatan yang menyemai sel stem sihat bagi menggantikan sumsum tulang yang rosak atau berpenyakit. Rawatan ini biasanya dilakukan untuk jenis penyakit kanser seperti leukaemia, limfoma atau penyakit serupa yang lain yang mengancam nyawa. Penggantian sumsum tulang atau sel stem boleh diambil daripada pesakit itu sendiri (pemindahan autologus) atau daripada penderma (pemindahan alogenik).
QUINT, projek DeFi utama pada blok rantai BSC, telah menginovasi idea kumpulan pemegangan hebat yang membolehkan para pelabur mendapat manfaat daripada peluang pulangan, ganjaran dan pelaburan dalam dunia nyata. Pasaran kecil NFT Quint menghubungkan Metaverse kepada dunia fizikal melalui Bingkai Token yang inovatif. Pada bulan Mei 2022, Quint bekerjasama dengan Galaxy Racer (GXR), sebuah syarikat transmedia terkenal yang beribu pejabat di Dubai dengan tumpuan khusus dalam bidang e-sukan, pencipta kandungan, muzik dan sukan serta merupakan token natif untuk ekosistem GXR. Ekosistem Quint turut menyokong Strategi Blok Rantai Dubai dan Strategi Blok Rantai Emirates serta sedang mewujudkan piawaian baharu untuk ESG, ketelusan, akauntabiliti dan penyampaian dalam ekosistem mata wang kripto.
Encik Mohammed Al Bulooki, Pengerusi Quint, berkata: "Pengasas, pembangun dan rakan kongsi Quint menyokong matlamat Yayasan Al Jalila untuk mengubah kehidupan melalui penyelidikan perubatan dan berasa sukacita kerana dapat menyumbang kepada misi ini. Quint berbesar hati kerana dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan berpegang teguh dengan piawaian tadbir urus dan etika yang tinggi. Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk menghubungkan metaverse kepada dunia nyata dan meningkatkan penerimagunaan arus perdana mata wang kripto serta DeFi, kami berasa gembira kerana menjadi antara yang pertama memulakan aktiviti pendermaan kripto di UAE dan Timur Tengah."
Pasukan pengasas dan rakan kongsi strategik Quint terdiri daripada para veteran industri dengan rekod prestasi yang kukuh. Penting untuk dimaklumi bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Quint, Encik Rahul Chaudhary merupakan pemimpin CG Corp Global, sebuah konglomerat multinasional bernilai berbilion dolar yang telah beroperasi selama lebih 140 tahun dan mempunyai 160 buah syarikat serta 123 jenama di lebih 35 buah negara.
Dalam masa kurang daripada setahun, Yayasan Al Jalila telah mengumpulkan AED400 juta ke arah sasaran kutipan dana berjumlah AED750 juta dengan sumbangan utama yang diterima daripada beberapa orang dermawan, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, perniagaan dan syarikat korporat UAE bagi menyokong pembangunan hospital amal kanser UAE yang pertama ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ekosistem Quint, sila layari:
Laman Web: https://quint.io/
Telegram: https://t.me/projectquint
Twitter: https://twitter.com/projectquint
Untuk maklumat lanjut tentang Yayasan Al Jalila, sila layari: www.aljalilafoundation.ae
Hubungan:
Hisham Wyne
hisham@quint.io
Info@quint.io
+971509433383
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1890005/QUINT_Transplant_Centre.jpg?p=medium600