![]() |
NEW YORK dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- Stagwell (NASDAQ: STGW), rangkaian pencabar yang ditubuhkan untuk mengubah cara pemasaran, telah memperluas kehadirannya di rantau Asia Pasifik (APAC) dengan pembukaan pejabat global terbaharunya, Stagwell Malaysia. Stagwell telah membuka ibu pejabat serantau di Singapura pada bulan November 2021. Kandungan perjalanan dan jenama media Stagwell, Ink dan Assembly, sebuah agensi media saluran omni global yang menyampaikan media dan banyak lagi, akan bekerjasama di lokasi baharu ini.
Sebagai sebahagian daripada pembukaan pejabat, Ink telah mengembangkan kerjasamanya dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan peluang penajaan dan pengiklanan secara dalam talian dan luar talian di lapangan terbang, dalam pesawat dan di rumah. Ink telah melantik kakitangan baharu secara aktif untuk menyokong pengembangan ini.
Assembly, yang baru-baru ini telah memenangi pengiktirafan daripada dua buah badan anugerah pemasaran tempatan yang paling berprestij, Marketing Excellence Malaysia dan MARKies Malaysia, atas sumbangan besar syarikat dalam pasaran di seluruh media, akan menambah kakitangannya untuk menyokong matlamat pertumbuhan jenama Malaysia tempatan dan terus menyokong perniagaan global di pasaran.
"Ketika Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan, kami teruja untuk mewujudkan entiti global terbaharu kami di Kuala Lumpur," kata Randy Duax, Pengarah Urusan Asia Pasifik, Stagwell. "KDNK Malaysia telah meningkat sebanyak 9% pada suku tahun yang lepas dan transaksi e-dagang dijangka akan meningkat sebanyak 25% setiap tahun dalam beberapa tahun akan datang. Untuk jenis pelanggan yang inovatif dan mengganggu yang dilayan oleh rangkaian kami dan jenis bakat yang kami ada dalam portfolio, kami mempunyai kedudukan yang unik untuk memperkukuhkan kedudukan jenama ke dalam, keluar dari dan dalam Malaysia."
Stagwell mempunyai hampir 2,000 orang pekerja di rantau APAC yang bertugas di agensi-agensi termasuk rangkaian kreatif 72andSunny, firma komunikasi Allison+Partners, agensi kreatif Anomaly, agensi media saluran omni global Assembly (dinobatkan sebagai Agensi Media Terbaik Asia Pasifik Tahun 2021 oleh The Drum), agensi transformasi digital Code and Theory, agensi kolektif kreatif Forsman & Bodenfors, (dinobatkan sebagai agensi kreatif terbaik di Singapura oleh Campaign Brief), kandungan perjalanan dan jenama media INK, agensi kandungan pelbagai bahasa Locaria, kempen dan saluran ke arah pembelian MMI Agency dan agensi penyelidikan pengguna National Research Group.
Selain itu, rangkaian gabungan inovatif Stagwell kini mempunyai 70 jenama agensi yang aktif dan bebas. Di APAC, rakan sekutu Stagwell merangkumi Beyond Media Global (Guangzhou, Hong Kong, Sydney, Taipei), agensi kreatif Enormous (Gurgaon, Mumbai), agensi pempengaruh Metric Design Studio (Shanghai) dan agensi digital dan perkhidmatan jenama lengkap Serviceplan (Kuala Lumpur, Shanghai, Seoul).
Tentang Stagwell
Stagwell merupakan rangkaian pencabar yang ditubuhkan untuk mengubah cara pemasaran. Kami menyampaikan prestasi kreatif yang berskala untuk jenama paling bercita-cita tinggi di dunia, menghubungkan kreativiti yang bergerak seiring bersama-sama budaya dengan penggunaan teknologi canggih untuk menyelaraskan seni dan sains berkaitan pemasaran. Diterajui oleh para usahawan, lebih 13,000 pakar kami di lebih 34 buah negara bersatu dengan satu matlamat: untuk memacu keberkesanan dan meningkatkan hasil perniagaan untuk para pelanggan mereka. Sertai kami di www.stagwellglobal.com.
Hubungan Media:
Sarah Arvizo
pr@stagwellglobal.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1586110/Stagwell_Logo.jpg?p=medium600