omniture

HONOR Transformasikan Mercu Tanda Budaya Ikonik Melalui Kuasa Teknologi

HONOR
2022-09-05 09:39 278

Inisiatif Gateway to the Future Baharu Bermatlamat untuk Menjadikan Budaya Lebih Mudah Diakses dan Menarik dalam Era Metaverse  

BERLIN, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan Gateway to the Future (Gerbang menuju Masa Depan), satu inisiatif yang dirancang untuk memperkayakan warisan budaya melalui kuasa teknologi. Dilancarkan semasa ucapan dasar IFA 2022, HONOR mencabar dua artis popular untuk mentafsirkan semula Wasserschloss dengan kreatif, mercu tanda ikonik yang terletak di Speicherstadt Hamburg, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO menggunakan realiti imbuhan (AR). Berlatarbelakangkan minat yang semakin meningkat terhadap metaverse dan pertumbuhan pelancongan hibrid, projek ini bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada bakat kreatif global untuk memanfaatkan inovasi seperti AI, AR dan Audio Ruangan untuk menghubungkan komuniti dengan budaya dengan cara yang lebih imersif dan menyokong pemulihan pelancongan global, ketika dunia mendepani masa depan terhubung.

"Sebagai sebuah syarikat teknologi global, HONOR komited untuk membangunkan teknologi peranti pintar yang membolehkan orang ramai meraikan dan mengalami khazanah budaya dari masa lalu di samping turut meneroka kemungkinan masa depan," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Kami meramalkan peningkatan teknologi AR dan AI digunakan untuk mencipta lebih banyak pengalaman 'phy-gital' untuk pengguna telefon pintar di serata dunia, lalu menyumbang kepada melambungnya pelancongan hibrid. Selain pelancongan, teknologi ini berpotensi untuk memberi manfaat kepada beberapa industri dan komuniti yang lain. Ia benar-benar merupakan Gerbang menuju Masa Depan."


Meraikan Warisan Budaya dalam Metaverse

Terkenal sebagai "Gerbang menuju Dunia" Jerman, Hamburg berkembang daripada sebuah bandar pelabuhan menjadi metropolis yang berkembang maju dengan menerima budaya komuniti, kolaborasi dan inovasi yang berpanjangan. Diinspirasikan oleh sejarah transformasi bandar ini, HONOR memilih Hamburg sebagai lokasi perintis untuk projek ini, dengan tujuan untuk menyumbang kepada melambungnya budaya digital dan memberi inspirasi kepada orang ramai dari seluruh dunia untuk mentafsirkan semula khazanah budaya dalam metaverse.

Bagi menjayakan projek ini, HONOR bekerjasama dengan ARLOOPA, sebuah syarikat pembangunan AR dan VR serta artis-artis terkenal Yunuene dan Timo Helgert yang mentransformasikan dengan kreatif bangunan Wasserschloss yang terkenal dalam AR.

Sumbangan Yunuene kepada Gateway to the Future, bertajuk "Berlayar Merentas Masa" ("Sailing Through Time") memberi penghormatan kepada evolusi pelabuhan bandar tersebut, menunjukkan bagaimana inovasi dalam logistik marin berubah dari semasa ke semasa dengan estetika visualnya yang terkenal. Pengalaman "Masa Depan Berkembang Maju" ("Blooming Future") Timo Helgert, mengambil pendekatan yang lebih futuristik, memanfaatkan status Hamburg sebagai salah sebuah bandar paling hijau di dunia dan membayangkan dengan kreatif bagaimana rupa Wasserschloss pada masa depan hijau yang mana tumbuh-tumbuhan yang indah serta spesies terancam dapat berkembang, membawa mercu tanda bersejarah ini ke alam dunia yang lain.

“Sailing Through Time” oleh Yunuene
“Sailing Through Time” oleh Yunuene

 

“Blooming Future” oleh Timo Helgert
“Blooming Future” oleh Timo Helgert

Menyerlahkan Pengalaman Imersif melalui Kuasa AI dan AR

Melalui pengalaman, HONOR turut menyumbang kepada pelancongan hibrid, satu trend baru muncul susulan pemulihan pelancongan global yang mana pengembara menjangkakan kemajuan digital dibuat semasa pandemik untuk memberi manfaat dan menambah pengalaman perjalanan fizikal. Pengalaman AR di Wasserschloss menyatukan dunia digital dan fizikal, membolehkan pengembara mengalami budaya dengan cara yang sama sekali baharu. HONOR sentiasa melabur dalam teknologi termasuk Pengenalpastian Ruang AI, Audio Ruangan dan AR untuk mengupayakan pengalaman imersif dipertingkat yang sesuai untuk revolusi digital.

"Daerah Gudang ini dinamakan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2015 dengan tujuan untuk melindungi dan memelihara sejarah dan budaya salah satu pelabuhan perdagangan yang terbesar di dunia. Melalui kemunculan teknologi baru muncul termasuk realiti imbuhan, untuk mendidik dan melibatkan generasi-generasi masa depan berhubung warisan budaya kini boleh dilakukan dengan cara yang baharu dan menarik. Justeru itu, kami berbangga kerana mampu membantu inisiatif Gateway to the Future HONOR, yang bukan sahaja menawarkan perayaan kepentingan daerah tersebut kepada Jerman, tetapi juga masa depannya yang mengujakan sebagai metropolis global," kata Bernd Paulowitz, Ketua Warisan Dunia UNESCO Hamburg.

"Dengan pelancongan melonjak ke tahap baharu susulan bertahun-tahun sekatan pergerakan global, hebat rasanya dapat melihat jenama-jenama seperti HONOR membawa pengalaman yang baharu dan diperkaya kepada orang ramai ketika mereka sekali lagi mula meneroka dunia. Pada musim panas ini, bandar kami sekali lagi menyaksikan tahap yang sama dari segi pengunjung pada musim panas 2019, yang sebahagiannya disebabkan oleh tarikan budaya interaktif yang baharu yang didayakan oleh teknologi. Diinspirasikan oleh status Hamburg sebagai Gerbang menuju Dunia, kami teruja untuk bekerjasama dengan inisiatif Gateway to the Future yang mana kami yakin akan membolehkan pengunjung mahupun penduduk Hamburg berhubung dengan Warisan Dunia UNESCO Speicherstadt dengan cara yang lebih imersif. Kami dapat menyaksikan permintaan yang sangat tinggi terhadap pengalaman hibrid, dengan pengembara semakin mengharapkan lapisan maya untuk interaksi mereka dengan mercu tanda budaya. Ini merupakan masa yang tepat untuk memanfaatkan kuasa teknologi dalam pelancongan bagi mencipta pengalaman ajaib untuk pelancong di serata dunia," kata Guido Neumann, Ketua Perhubungan Awam Lembaga Pelancongan Hamburg.

Mentafsirkan Semula Komuniti Anda dengan HONOR Talents

Dilancarkan sebagai sebahagian daripada HONOR Talents Global Design Awards, Gateway to the Future turut bermatlamat untuk menginspirasikan bakat kreatif dari serata dunia untuk memanfaatkan teknologi dan mentafsirkan semula komuniti mereka dalam era metaverse. Buat julung kalinya, HONOR Talents memperkenalkan kategori Reka Bentuk Karya Seni Interaktif AR khusus dan kini menerima permohonan untuk seni digital yang mentransformasikan kawasan kejiranan setempat, termasuk tindihan digital untuk bangunan, dinding, taman dan ruang awam yang lain. Artis-artis yang berminat dengan pertandingan ini boleh menemui maklumat lanjut di sini: https://www.hihonor.com/honor-talents/en Selain daripada pengalaman AR Gateway to the Future, HONOR bekerjasama dengan Central Academy of Fine Arts (CAFA) di China untuk mencipta karya seni AR baharu yang bertajuk "INFINITY". Seni tersebut disediakan di reruai IFA HONOR melalui aplikasi ARLOOPA.

Pengalaman AR Kini Beroperasi  

Tersedia mulai hari ini hingga penghujung tahun ini, pengalaman AR Gateway to the Future dapat diakses melalui halaman khusus HONOR pada aplikasi ARLOOPA yang boleh dimuat turun secara percuma. Pengguna mempunyai pilihan untuk mengalami karya seni AR di tapak di Hamburg, atau di mana-mana sahaja di dunia. Pengalaman di lapangan dihubungkan kepada bangunan Wasserschloss dan boleh dilihat dari Poggenmühlen-Brücke, jambatan bertentangan mercu tanda tersebut. Pengguna yang tidak berada di Hamburg boleh memilih "alami di mana-mana permukaan" pada aplikasi tersebut dan mengikut arahan pada skrin untuk menyemak pengalaman AR secara maya pada permukaan rata berhampiran[1].

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap belanjawan, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/

https://www.facebook.com/honorglobal/ 

https://twitter.com/Honorglobal 

https://www.instagram.com/honorglobal/ 

http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

[1] Untuk pengalaman terbaik, pengguna disyorkan menggunakan telefon pintar serasi ARCore atau ARKit.

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications