omniture

Tronsmart Lancar T7 - Pembesar Suara Bluetooth Luar Unggulan Baharu

Tronsmart
2022-09-05 09:48 221

SHENZHEN, China, 5 September 2022 /PRNewswire/ -- Tronsmart melancarkan pembesar suara Bluetooth mudah alih T7, satu lagi pembesar suara berkuasa yang dinaik taraf daripada Tronsmart T6.

Pembesar Suara Bluetooth Luar Mudah Alih Tronsmart T7
Pembesar Suara Bluetooth Luar Mudah Alih Tronsmart T7

Orang ramai sentiasa berminat dengan pelbagai aktiviti pengembaraan luar bersama rakan-rakan atau keluarga. Sama ada berjalan-jalan atau berkunjung ke pantai, pastinya banyak masa yang diluangkan untuk aktiviti luar. Bagaimana dengan muzik? Barangkali membawa pembesar suara tanpa wayar mudah alih untuk muzik latar belakang. Namun begitu, bagaimana pula dengan perhimpunan luar? Atas sebab inilah T7 dilancarkan.

T-Series Tronsmart menaik taraf pembesar suara Bluetooth tanpa wayar T6 legendanya dengan pelancaran T7. Menampilkan pertunjukan cahaya dipacu rentak, Tronsmart T7 merupakan padanan yang sempurna untuk rancangan luar. Cahaya belakang yang boleh disesuaikan, berdenyut dan berkilauan mengikut rentak muzik. Semarakkan suasana sama ada dengan menganjurkan majlis atau menjemput tetamu.

Apabila melibatkan kualiti bunyi, ia menyampaikan bunyi stereo menyeluruh dengan wufer berkuasa digabungkan dengan twiter berkembar secara berturutan. Menampilkan audio SoundPulse berpaten Tronsmart, ia menghasilkan bass bunyi dentum dalam saiz kompak.

Bagi melanjutkan komitmen mereka terhadap kualiti muzik, Tronsmart melancarkan aplikasi yang membolehkan pengguna memperibadikan mod EQ dengan satu ketikan. Pilih mod EQ secara fleksibel untuk memenuhi citarasa muzik yang berbeza. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menikmati bunyi stereo luar biasa dengan kejelasan unggul dalam mod gandingan stereo.

Mewarisi reka bentuk berbentuk silinder daripada T6 series, T7 mudah digunakan dan dibawa seperti sebelum ini. Kini, ia boleh melangkah lebih jauh dengan pembesar suara luar T7 Tronsmart. Penarafan IPX7 membolehkan perjalanan dilakukan tanpa bimbang tentang cuaca yang buruk dalam perjalanan menuju pengembaraan. Selain itu, bateri tahan lama menjamin sehingga 12 jam main balik muzik yang berterusan dengan sekali cas. Sama ada berbasikal, mendaki atau berkhemah, T7 dapat memenuhi keperluan sebarang pengembaraan yang sukar dihadapi dalam kehidupan dengan mudah.

Walaupun terdapat banyak pembesar suara yang lebih bersifat mudah alih berbanding Tronsmart T7, ia tetap berbaloi untuk dibeli dengan bunyi keliling 360° yang mengagumkan dan mod pencahayaan yang terang. Sekiranya terpesona, jangan teragak-agak untuk mencari maklumat yang terperinci dan diskaun pelanggan awal di Tronsmart Official Store dan beli pembesar suara daripada Amazon US, Amazon UK dan Amazon ES.

Source: Tronsmart
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services