omniture

Coty Inc. dan Prada SA Umumkan Kerjasama Penghasilan Minyak Wangi

Coty Inc.
2013-10-31 01:34 108

-- Peneraju Kecantikan Terkenal Hasilkan Wangian Tersendiri Buat Kali Pertama untuk Jenama Miu Miu

NEW YORK, 30 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Coty Inc. (NYSE: COTY) dan Prada Group (HKSE: Prada, 1913) hari ini mengumumkan pembentukan kerjasama eksklusif untuk menghasilkan, membangunkan dan mengedarkan barisan wangian tersendiri di bawah jenama Miu Miu. Berikutan kejayaannya sebagai jenama fesyen mewah, kerjasama ini merupakan langkah pertamanya ke dalam dunia wangian berprestij.

Miu Miu yang dicipta pada tahun 1993 merupakan wawasan Miuccia Prada yang lain terhadap fesyen dan ialah jenama dengan personaliti hebat, provokatif, sensasi, bebas dan inovatif. Dengan setiap tahun yang berlalu, Miu Miu berkembang menjadi salah satu jenama fesyen kelas atasan yang menerajui di dunia, yang menyasarkan wanita sofistikated yang mengambil kira arah aliran dan idea baharu serta mahu meneroka dan mencuba pelbagai fesyen pilihan mereka sendiri.  

Coty mempunyai reputasi terbukti kerana setia menterjemahkan nilai teras jenama rekaan yang sangat selektif dan sofistikated kepada perniagaan minyak wangi yang berjaya dan dalam masa yang sama mampu mengekalkan identiti jenama tersebut dan memberi perhatian penuh terhadap kualitinya.

"Perjanjian yang terhasil bersama Coty, yang merupakan rujukan diiktiraf antarabangsa dalam pasaran wangian mewah, menandakan satu langkah ke hadapan dalam pelan pembangunan Miu Miu," kata Patrizio Bertelli, Ketua Pegawai Eksekutif, Prada Group. "Oleh itu, saya yakin dengan memanfaatkan kepakaran Coty dan identiti kukuh Miu Miu, kerjasama ini akan menjadi satu kejayaan besar di seluruh dunia dan memberi kepuasan bersama kepada kedua-dua syarikat."

"Miu Miu ialah salah satu jenama koleksi mewah yang paling halus dan dihormati di dunia dan merupakan salah satu jenama global yang paling pesat berkembang dalam industri fesyen secara keseluruhannya," kata Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif, Coty Inc. "Ia merupakan satu peluang yang menarik buat Coty untuk membina perniagaan minyak wangi di seluruh dunia bagi Miu Miu dan juga untuk meningkatkan lagi penguasaan pasaran kami dalam pasaran wangian berprestij."

Barisan minyak wangi Miu Miu dijangka akan membuat penampilan sulungnya pada tahun 2015.

Tentang Coty Inc.
Coty merupakan syarikat kecantikan global yang menerajui dengan pendapatan bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Ditubuhkan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio wangian terkenal, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit dan badan yang dijual di lebih 130 negara dan wilayah di dunia. Penawaran produk Coty termasuklah jenama global seperti Balenciaga, Bottega Veneta, Calvin Klein, Chloe dan Marc Jacobs.

Bagi maklumat tambahan tentang Coty Inc., sila layari www.coty.com.

Tentang Miu Miu
Jenama Miu Miu dicipta pada tahun 1993 dan merangkumi gaya dan rasa sensual, yang bersifat sofistikated tetapi bersahaja. Gaya Miu Miu mempunyai identiti yang hebat, kreatif dan mempunyai semangat bebas. Miu Miu juga adalah sebahagian daripada Prada Group, salah satu daripada peneraju dunia dalam sektor barangan mewah yang turut beroperasi bersama jenama Prada, Church's dan Car Shoe dalam reka bentuk, pengeluaran dan pengedaran beg tangan mewah, barangan kulit, kasut, pakaian dan aksesori. Produknya yang dijual di 70 negara di seluruh dunia melalui rangkaian yang termasuk 491 kedai yang dikendalikan secara langsung (DOS) pada 31 Julai 2013, dan rangkaian terpilih gedung mewah, peruncit bebas dan kedai francais.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
HongKong:1913 NYSE:COTY OTC:PRDSY
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements