omniture

Konsortium Mainstream Renewable Power Diberi Projek Angin 360MW dalam Tender Kerajaan Afrika Selatan

Mainstream Renewable Power
2013-10-31 01:42 122

DUBLIN, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Pelaburan bernilai kira-kira 9 bilion Rand bakal memulakan pembinaan tahun hadapan

Konsortium yang diketuai oleh syarikat angin dan suria global Mainstream Renewable Power hari ini telah diberikan status Pembida Pilihan oleh Jabatan Tenaga Afrika Selatan bagi tiga projek tenaga angin berskala besar di Tanjung Utara dengan jumlah kapasiti janaan sebanyak 360 megawatt. Pemberian ini dibuat sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga Program Pemerolehan Tenaga Boleh Diperbaharui Kerajaan Afrika Selatan. Konsortium Mainstream juga telah diberikan projek angin dan suria sebanyak 238 megawatt dalam pusingan pertama program itu pada tahun 2011 dan ketiga-tiga projek itu sedang dijalankan mengikut perancangan dan bakal beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2014.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541 )

Semua projek ini, yang mewakili pelaburan kira-kira ZAR 9 bilion, dijangka dapat mencapai Tahap Kepuasan Kewangan menjelang Ogos tahun hadapan dan bakal memulakan pembinaan tidak lama selepas itu.

Memberi komen tentang pengumuman itu, Eddie O'Connor, Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power berkata: "Pasukan kami di Mainstream sangat gembira dengan kejayaan kami hari ini. Saya difahamkan kualitinya sangat tinggi; ada 93 bidaan yang dihantar, hanya 17 yang berjaya hari ini dan tiga daripadanya berjaya didapatkan oleh kami. Kini Mainstream ialah pemaju yang menerajui bagi tenaga boleh diperbaharui di Afrika Selatan; kami mempunyai tiga projek angin dan suria yang dijadualkan bakal beroperasi dalam masa terdekat ini dan kini ada tiga lagi ladang angin berskala besar yang dijadualkan akan memulakan pembinaan tahun hadapan. Lebih lima tahun lalu, Mainstream mengenal pasti potensi masa hadapan untuk pasaran Afrika Selatan dan kami gembira kualiti projek kami serta pengalaman pasukan kami telah diiktiraf hari ini.

Kata beliau lagi: Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Afrika Selatan kerana mewujudkan satu proses bertaraf dunia dan untuk cara pelaksanaannya yang mengagumkan. Kemenangan ini mengukuhkan lagi komitmen jangka panjang Mainstream untuk bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membawakan faedah tenaga boleh diperbaharui, bukan hanya kepada Afrika Selatan malah kepada seluruh benua Afrika.

Ini menandakan masa kejayaan secara global yang luar biasa bagi Mainstream. Bulan ini sahaja kami menandatangani perjanjian pelaburan ekuiti bernilai €100 juta dengan Syarikat Perdagangan Jepun Marubeni Corporation, kami menandatangani perjanjian yang memecah kebiasaan dengan Actis di Chile untuk membina projek angin dan suria 600MW menjelang tahun 2016; lebih 500 pemilik tanah persendirian telah mendaftar untuk projek eksport angin 5,000MW kami di Ireland dan IKEA telah membeli ladang angin Carrickeeny kami di Ireland."

Ladang angin yang berjaya dalam pusingan ini ialah:

  • Ladang Angin Khobab 140MW yang terletak di kawasan Perbandaran Daerah Namakwa di Tanjung Utara
  • Ladang Angin Loeriesfontein 2 140MW yang terletak di kawasan Perbandaran Daerah Namakwa di Tanjung Utara
  • Ladang Angin Noupoort 80MW yang terletak di kawasan Perbandaran Tempatan Umsobomvu di Tanjung Utara

Ahli ekuiti konsortium ini terdiri daripada:

  • Thebe Investment Corporation; salah satu syarikat pengurusan Pelaburan BEE berasaskan luas yang paling kukuh di Afrika Selatan (atas nasihat Bridge Capital).
  • IDEAS Managed Fund, diuruskan oleh Old Mutual Investment Group, salah satu pengurus pelaburan bebas terbesar Afrika.
  • Futuregrowth Asset Management, pelabur yang menerajui pelaburan aset pembangunan.
  • Genesis Eco-Energy dengan kerjasama bersama Lereko Metier Sustainable Capital. Genesis Eco Energy ialah pemaju tenaga boleh diperbaharui perintis Afrika Selatan yang aktif di Afrika Selatan sejak tahun 2001. Lereko Metier Sustainable Capital ialah dana ekuiti swasta teknologi bersih dengan pendedahan terhadap projek dalam pusingan 1 dan 2 program tenaga boleh diperbaharui.
  • Ahli Masyarakat Tempatan.
  • Mainstream Renewable Power.

Hutang untuk projek ini telah dirancang dan ditaja jamin oleh Barclays, the Development Bank of Southern Africa dan EKF agensi kredit eksport Denmark.

Tentang Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power ialah salah satu daripada pemaju bebas yang menerajui di dunia untuk projek tenaga boleh diperbaharui. Dengan projek pembangunan yang sedang dimajukan sebanyak lebih 19GW seluruh dunia, ia kini sedang membina ladang suria dan angin merentasi Ireland, Afrika Selatan, Chile dan Kanada.

Sebagai pemaju angin luar pesisir bebas yang menerajui di Eropah, Mainstream sedang membangunkan projek angin luar pesisir sebanyak hampir 8GW di England, Scotland dan Jerman dengan hubungan grid selamat sebanyak 4.45GW untuk projek luar pesisir ini.

Ia menggajikan lebih 180 kakitangan berpengalaman di empat benua dengan pejabat di Berlin, Cape Town, Chicago, Dublin, Glasgow, Johannesburg, London, Santiago dan Toronto.

http://www.mainstreamrp.com

Mainstream Renewable Power
Emmet Curley
Tel: +353-1-290-2027
E-mel: emmet.curley@mainstreamrp.com

Sumber: Mainstream Renewable Power

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Contracts