SYDNEY, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Timbalan Perdana Menteri NSW, Andrew Stoner hari ini mengalu-alukan penerbangan pertama A380 China Southern ke Sydney dan menyatakan ini merupakan perkhidmatan penting bagi pelawat Cina yang ingin melancong ke Australia, dan kini, jumlah pengunjung Cina ke NSW melebihi pengunjung New Zealand.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/28/20131028141608368302.html )
"Penerbangan sulung China Southern ke NSW menandakan kejayaan besar bagi ketibaan A380 yang pertama di Australia dari China," kata Encik Stoner.
"Perkhidmatan penerbangan A380 harian tunggal bagi China Southern dijangka menjana 5,000 peluang pekerjaan dan menyumbang kira-kira AU$390 juta kepada ekonomi Australia dalam masa satu tahun sahaja.
"Baru-baru ini, China berjaya mengatasi New Zealand sebagai pasaran sumber nombor satu bagi pelawat dan saya mengalu-alukan penggunaan perkhidmatan tambahan ini untuk penumpang Cina tiba di destinasi pelancongan terkemuka di Australia, Sydney."
Encik Stoner mengalu-alukan kedatangan Encik Si Xianmin, Presiden China Southern Air Holding Company dan Pengerusi China Southern Airlines Company Limited, rakan-rakan beliau, media dan penumpang untuk terbang menggunakan penerbangan A380 China Southern sulung ke NSW.
"Ini merupakan penerbangan A380 pertama dari apa-apa syarikat penerbangan yang berpangkalan di China untuk tiba di Australia dan saya gembira China Southern dijadualkan menggunakan perkhidmatan ini ke Harbour City yang juga merupakan pintu masuk ke rantau Asia Pasifik," kata Encik Stoner.
"NSW merupakan lokasi nombor satu bagi Australia untuk pelancongan China, menarik 61.2 peratus daripada kesemua pelancong Cina yang melawat negara ini.
"Kini, China berada di kedudukan sebagai penyumbang antarabangsa terbesar bagi pengunjung yang bermalam dan pertambahan perbelanjaan di NSW. Peningkatan sebanyak 18 peratus dengan jumlah 396,000 pengunjung ke NSW dari China bagi tahun itu sehingga Jun 2013, menyumbang sebanyak AU$1.3 bilion bagi ekonomi Negeri.
"Pertumbuhan kukuh kemasukan pelawat Cina ke NSW ialah bukti Strategi Pelancongan China Kerajaan NSW yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan jumlah pengunjung dari China berjalan dengan lancar.
"Kepelbagaian pengalaman yang dirasai oleh pelancong yang melawat NSW menjadi tarikan utama terhadap kemasukan pelancong dari China, memandangkan terdapat pelbagai acara menarik yang diadakan dalam Kalendar Acara Sydney dan NSW seperti Vivid Sydney yang diadakan pada awal tahun ini, menyaksikan 7,200 pakej yang diambil oleh pengunjung dari China."
Sandra Chipchase, Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW, pelancongan Kerajaan dan agensi acara utama, berkata pelancong dari China yang melawat NSW boleh mendapatkan pengalaman terbaik dari Australia di satu lokasi.
"Dari pantai yang bersih hinggalah kawasan Pedalaman dan hutan hujan, dan makanan laut yang lazat dan hidangan wain hinggalah pengalaman membeli-belah yang mewah, NSW mempunyai segala-galanya yang diingini oleh para pelancong."